Diy Headband dari T-shirt Lama

9:00:00 am Sha Nazri 2 Comments

Assalammualaikum
Diy datang lagi menyerikan monday blues korang.
Kali ini nak share pasal buat sendiri headband.

Kisahnya bermula bila hakak ni asyik stress
 bila cekak asyik dipatahkan oleh si anak.

Walaupun cekak rambut tu rege idaklah beriban-riban,
 tapi kalau satu RM 3.50 posen darab dengan 10..
tak ke sama juga jawapannya dengan RM 35.

Banyak tu..boleh beli aiskrim..kih kih kih..

Satu hari di pagi yang cerah, 
hakak ni terajin nak mengemas baju-baju 
zaman bujang trang tang tang dulu.
Tang tang tu jugak dapat idea nak buat headband.



Tanpa membuang masa kita yang sedia terbuang,
 meh sini kita tengok sama-sama.


Macam biasa, pengenalan mesti tunjuk gambar bahan-bahan yang diperlukan.

Gunting
Pita ukur
Jarum peniti
T-shirt lama


Saya potong kain dan ambil bahagian lengannya sahaja.

Tapi sebelum itu, pastikan kain dipotong 
mengikut arah kain tu meregang.
 Ada kain yang boleh regang kiri, kanan, atas, bawah (two way stretch)
 dan ada juga jenis yang regang kiri dan kanan sahaja (one way stretch).
 Kalau nak tau yang mana satu, cuba tarik kain tu, 
belah mana yang lebih banyak stretch.

T-shirt tadi saya potong 20 inci panjang dengan 6.5 inci lebar.
Headband ini boleh dibuat lebih panjang 
atau lebih pendek daripada 20 inci bergantung kepada 
berapa ketat headband yang diinginkan.


Ambil kain di sebelah yang panjang tu dan lipat kain separuh.
 (bahagian dalam (wrong side) kat luar).
Saya pin dengan jarum peniti.
 Memang  feveret saya pinkan dengan jarum peniti supaya kain tak lari. 
Maklumlah amatur.


Gunakan jahitan zig zag 
dan terus jahit di tepi kain sampai ke hujung.
Kalau guna jahitan lurus, bila kain jenis stretchable ni diregangkan,
 benang akan senang terputus.

Now dah sampai ke trickier part.

Lepas dah jahit, keluarkan kain, 
sekarang bahagian luar kain (right side) kat luar.


Kemudian masukkan semula kain separuh jer
 sampai kain tadi bertemu dihujungnya.
Pastikan jahitan bahagian luar dan bahagian dalam disamakan.
Libaskan kain nak bagi kain sama rata.
Hati-hati bila melibas, jangan terlibas mak mentua sudah..kih kih kih


Jahit di sekeliling kain yang bertemu dihujung tadi,
 dan tinggalkan 1 inci ruang untuk keluarkan kain tu.



Seterusnya keluarkan kain.


Tarik kain melalui ruang yang yang tidak dijahit tadi.


Bila kain tadi dah tarik keluar, lipatkan lebihan kain
yang tidak dijahit kedalam 
dan jahit bukaan ruang kat kain ni.


Cik Syifa yang merasmikan headband ni.
Boleh lipat headband tu kalau nak penampilan yang berbeza.
Special edition, tak de jual kat mana-mana kedai pun.

Selamat ber-headband!





































You Might Also Like

2 comments:

  1. Boleh jimat kos. Yang pasti boleh design macamana headband yang kite nk..

    ReplyDelete
  2. seronoknya la kalau pandai menjahit kan.,.

    ReplyDelete