Rainbow By Cik Syifa

9:00:00 am Sha Nazri 0 Comments


Assalammualaikum

Hujung minggu dah kan..
Mesti ada banyak program yang di atur time cuti sekolah ni.
Tapi kalau takde aktiviti kat luar rumah, pun takpe.
Kalau bosan tahap kronik tu boleh lah cuba aktiviti kat bawah ni.

Saya pasti mak mak bapak mesti mengimbas kembali kenangan 
masa kat sekolah rendah kan bila buat aktiviti ni.


Apa yang diperlukan hanyalah water colour, kertas lukisan dan plastik zip lock.
Plastik tu kalau tak nak kotorkan perabut jati kat rumah. Kih kih kih..


Perkenalkan Cik Syifa yang sedang menggaul water colour 
dengan sedikit air sehingga sebati.


Letakkan warna-warna diatas kertas.
Hari ni kita belajar warna-warna pelangi.
Sambil tu boleh nyanyi sekali lagu 
rainbow rainbow in the sky..
red, orange, yellow, green, blue, indigo and violet to...lalala..
Bagi lebih semangat nak buat aktiviti hari ni.


Ni lah tujuannye kita sediakan plastik zip lock kat awal tadi.
Nak elak daripada tangan jadi warna warni,
 kita masukkan kertas yang ada warna ni ke dalam plastik.


Lepas tu biarkan tangan kecik tu berkreativiti dan berinovasi dengan bebasnya.


Inilah dia hasil daripada kreativiti Cik Syifa.
Yang ni kita guna kaedah lipatan kertas.
Warna tu letak kat tengah-tengah kertas
 pastu kertas lipat dua dan ratakan supaya warna tu 
dapat membentuk corak seperti diatas.


Warna yang berlebihan boleh buat teknik mengecop
 dengan menggunakan tuala lama.


Ni lah hasilnya.

Take Care!



You Might Also Like

0 comments: