Simple Tips untuk Kemas Barang Jahitan

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak kongsi tips yang simple
untuk mereka yang nak organize barang jahitan.


Saya ni taklah banyak sangat barang jahitan..adalah sikit. 
Tapi kena jugak susun dan kemas supaya senang nak cari.

Senang je tips kali ni.
Semua guna barang-barang yang dah ada kat rumah.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah pita ukur dan paper klip.

Kalau nak menjahit, benda yang
paling basic mesti ada ialah pita ukur.


Pita ukur ni walaupun dah gulung
mesti bahagian hujungnya terbuka.


Jadi, saya ambil paper clip dan klipkan je kat hujung pita ukur
 supaya ia akan tetap kat situ.


Selain daripada pita ukur,
elastic dengan bias tape pun saya klip kan.

Seterusnya kita beralih pulak kat satu lagi barang jahitan
yang agak penting dalam bidang jahitan :)
Bobbin atau bahasa melayunya sekoci. 


Sebelum ni saya campur semua
dalam bekas coklat chip yang dah kosong.
Tapi masalah saya, bila dah campur dalam tu,
benang pun bergumpal, lagi bila Cik Syifa buat main..abis…


Penyelesaiannya saya letak dalam bekas kristal ni.

Panggg!! Tampo kang...
 berangan je ada bekas kristal..


Sebenarnya ni bekas untuk simpan pil.


Kebetulan bekas ni memang muat-muat je
untuk saya letak bobbin kat dalamnya.
Cukuplah untuk saya simpan bobbin saya yang ciput ni.
Setiap satu bobbin dah ada rumah masing-masing.
Masalah benang kusut?? Kini tidak lagi... hihi..

Okey tu je.

TakE CaRe!




























3 comments:

  1. idea letak sekoci benang dalam bekas ubat tu sempoi la..
    nak tiru la...
    nanti nak g kedai beli benda alah tu.

    ReplyDelete
  2. comelnya sekoci letak dalam tu...Good Idea.. :)

    ReplyDelete




My Instagram