Tips Kemas Wayar

Assalammualaikum

Ini dia rupa wayar charger saya sekarang.


Keadaan wayar charger saya dua tiga hari yang lepas.


Hari ni saya nak share cara saya kemas wayar
yang berjuntaian macam kat dalam gambar kat atas.

Sebelum ini saya pernah Mengemas Wayar Komputer 
dengan menggunakan kotak kasut.
Kali ni menggunakan method yang sama, 
tapi pendekatan yang sedikit berbeza. Hiks..
Tu dia..ayat dokumentari dah masuk.

Saya nak buat pengikat untuk wayar ni. 
Kalau yang lepas-lepas saya cuma gunakan getah, tali 
dan jugak dawai pengikat wayar tu. Tapi tu semua tak berapa nak tahan.
 Getah lama-lama akan putus, tali leceh nak ikat, 
dawai pengikat wayar tu pulak selalu hilang. 
Haiihh..banyak tul alasan kan.

Okey..tak nak banyak alasan lagi, 
jom kita mulakan projek mengikat wayar.

Bahan-bahan yang di perlukan. 
3 je..tak banyak manapun.


Mula-mula kita potong velcro pengikat wayar 
kepada bahagian yang lebih kecil.

Hari tu kat Mr DIY saya ada jumpa velcro pengikat wayar macam ni. 
Harga rasanyer dalam 2-3 ringgit. Dalam tu ada 4 keping kalau tak salah.

Velcro untuk ikat wayar ni ada dua bahagian,
 bahagian yang kasar dipanggil hook 
manakala bahagian yang lebih lembut tu dipanggil loop.
Pelajaran baru hari ni. Saya pun baru tau dari Cik Google.



Dah siap potong saiznye agak-agak jela, 
jangan kecik sangat. 
Nak jimat pun takdelah sampai potong saiz lidi penyapu kan..
Nanti tak boleh nak lekat pulak.


Ambil charger handphone ke, atau kat atas ni 
charger untuk cordless screwdriver.
Velcro yang dah dipotong tadi letakkan di bahagian hujung wayar.


Sekarang ni kita nak gamkan pulak hujung velcro dengan hot glue.
Tujuan saya gam velcro kat wayar ni supaya
dia tetap je duduk kat situ, dah tak berjalan dah lepas ni.


Lepas tu lekatkan hujung velcro tu. 
Jangan balut velcro dengan wayar tu terlalu ketat. 
Biar dia longgar sikit, supaya senang nak adjust kedudukan velcro ni.


Sekarang kita gulungkan wayar ni, macam bentuk angka 8 kan.


Velcro yang dah digam tadi bolehlah kita ikatkan pada wayar,
 supaya wayar tak berjuntaian lagi selepas ni.


Macam ni rupanye selepas di kemaskan.

Dah buat satu kenalah buat lagi dan lagi dan lagi.
Jangan susah hati..step dia nampak macam bnyak kan, 
sebab saya tunjuk sebijik-sebijik.
Tapi bila dah buat satu laju je nak buat lagi satu.

Nampak lebih kemas bila simpan dalam drawer

TaKe CaRe!








































1 comment:

  1. wah! Tutorial bergambar yg lengkap. Pas ni umah x bersepah dgn wayar2 bagai...TQ.

    ReplyDelete




My Instagram