Cara Tajamkan Gunting

Gunting yang tumpul memang bukan
menjadi masalah peribadi yang serius.
Tapi kalau gunting tumpul boleh ditajamkan sendiri
dah selesai satu masalah.
Tak payah keluar duit beli gunting baru.

Hari ini saya nak kongsi beberapa tips
 yang boleh kita cuba untuk tajamkan gunting.

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

1)  Gunting tumpul
2 )  Kertas pasir halus
3) Aluminium foil
4 ) Kertas

Saya guna WD40.
Korang boleh jugak gunakan baby wipes.


Cara Pertama:
Ambil kertas pasir dan potong kertas pasir
dengan permukaan yang berpasir tu mengadap ke bawah.

Masa potong kertas pasir tu, pastikan semua permukaan mata
pada bilah gunting tu dikenakan pada kertas pasir.

Potong kertas pasir beberapa kali sehingga naluri anda
merasakan gunting anda telah tajam. Hihihi..


Lepas tu boleh cuba potong kertas, tengok berhasil ke tak cara ni.


Cara Kedua:
Lipatkan aluminium foil menjadi beberapa lapisan,
supaya aluminium foil tu tebal sikit.


Kemudian guntingkan aluminium foil.

Macam tadi jugak, pastikan semua permukaan mata
pada bilah gunting tu dikenakan pada aluminium foil.

Dah rasa puas hati menggunting, try pulak potong kertas.

Kalau gunting tumpul tahap raksaksa ultromen ribut,
 meh sini guna cara kat bawah pulak.


Cara Ketiga:
Cara ni agak ganas sikit. Ekekekek..
Sediakan batu asah dan gunting tumpul.

Mula-mula buka gunting luas-luas sampai
kita dapat pegang bilah gunting lagi satu dengan selesa.


Pegang batu asah dan letakkan mata
pada bilah gunting di atas permukaan batu asah.

Pastikan kedudukan mata bilah gunting tu rata
 dan selari kat permukaan batu asah.

Geserkan mata bilah gunting dari atas ke bawah.
Buat dalam 8-10 kali, atau sampai gunting tajam.
Ulang proses yang sama pada lagi satu bilah gunting.


Nak lebih clear lagi boleh tengok video ni.


Lepas tu boleh test kat kain.
 Kalau potongannye smooth je tak sangkut-sangkut,
 dah tajamlah tu gunting korang.

Berdasarkan pengalaman saya,
cara pertama dan kedua kurang menjadi
pada gunting saya yang super tumpul tu.

Tapi selepas mencuba cara yang ketiga, saya sangat puas hati.
Sebelum guna batu asah ni, nak gunting kain pun tak lut,
 tapi lepas guna batu asah, gunting yang tumpul dah jadi tajam.






1 comment:

  1. asah macam asah pisau la ek..

    adoi, rasa ngilu je spnjg baca entri ni, hahaha..
    bab asah2 ni, sensitip la...

    ReplyDelete




My Instagram