DIY T-Shirt Anak

Psst..psstt..meh sini jap..
Tau tak kita boleh buat sendiri T-shirt untuk anak?

Tak tau?? Susah nak buat?..
eh..takdelah..

Boleh buat..serius ni..yang tangan ketaq nak menjahit boleh buat,
 asalkan kita amalkan 3 prinsip tu..
Doa, usaha, tawakal..
Mesti boleh kan.

Dah..jangan dok je situ, pi selongkar almari baju..
jangan pulak p almari pinggan mangkuk, 
pasal hari ni kita nak diy T-shirt untuk si kecik.

Are you ready gaissss? Lets do this!

Before we get started, sediakan dulu barang-barang
 yang kita nak kerjakan selepas ini.

1)  Baju T-shirt saiz dewasa 
T-shirt ni Encik Hubby beli masa outstation.
Saya tak pernah pakai sebab baju ni body fit sangat,
 ahaks! Tak ngaku lagi dah gemuk.

2) T-shirt anak- saiz yang anak pakai sekarang.

3) Jarum peniti

4) Gunting

5) Mesin jahit

6) Pensel/ kapur fabrik untuk penanda.

7) Pita ukur

Korang boleh jer beli kain untuk buat T-shirt ni,
 tapi saya gunakan T-shirt yang memang dah ada kat rumah.
 Jimat..hihi..dan lagi satu, saya juga akan gunakan jahitan 
yang dah sedia ada pada leher, lengan dan tepi baju. 
Cepat dan jimat..
 Awesome sangat kan?!

Mula-mula sekali potong  baju T-shirt ni di bahagian kiri dan kanan yang berjahit tu.
 Potong jugak lengan kiri dan kanan dan bahagian bahu yang bercantum.


Sekarang dah dapat 4 bahagian daripada T-shirt yang dipotong tadi.

Ambil bahagian hadapan T-shirt yang dipotong tadi, 
(wrong side di bahagian atas) dan lipatkan memanjang menjadi separuh.

Next step, terbalikkan baju T-shirt anak (wrong side kat luar).
Letakkan bahagian belakang T-shirt anak mengadap keatas.
Lepas tu lipat memanjang menjadi separuh dan 
letakkan di atas baju yang dipotong tadi.

Pastikan bahagian di bawah lipatan di ratakan,
 tak nak ada yang terlipat dan berkedut, terutama sekali bahagian leher.


Samakan kedudukan leher T-shirt anak bahagian depan 
dan leher baju T-shirt yang telah dipotong tadi dibawahnya.



Sekarang saya trace T-shirt anak saya yang berada diatas. 
Buat garisan pada T-shirt yang dipotong mengikut bentuk T-shirt anak. 

 Jangan lupa untuk tinggalkan baki jahitan/ seam allowance.

Bila sampai ke bahagian lengan, 
lipatkan lengan baju T-shirt anak ke atas 
dan buat garisan dibahagian bawah ketiak sehingga bercantum ke garisan bahu.

Hari ini kita belajar body parts ye anak-anak. :)


Kemudian guntingkan T-shirt ni mengikut garisan yang kita buat tadi.

Ambil bahagian belakang baju t-shirt tadi
 dan lipat memanjang menjadi separuh (wrong side diatas).


Baju bahagian hadapan yang telah di potong mengikut saiz baju T-shirt anak tadi,
 di letakkan diatas bahagian belakang baju T-shirt. 
Samakan bahagian bahu di kedua-dua belah kain.

Potong bahagian belakang T-shirt mengikut garisan yang di buat 
berdasarkan baju T-shirt bahagian hadapan yang telah dipotong tadi
 kecuali bahagian leher. 
Leher di bahagian belakang baju lebih tinggi
 daripada leher di bahagian hadapan baju. 

Kat sini, saya tak gunting bahagian leher yang berjahit, 
sebab nanti saya tak perlu jahit lagi untuk kemaskan bahagian leher.
 Bahagian leher di belakang jangan gunting,
 gunting sampai garisan bahu sahaja.

Untuk bahagian lengan pulak,
 saya ambil baju anak saya yang berlengan panjang 
(yang di terbalikkan ) untuk dijadikan pattern.

Buat garisan mengikut bentuk lengan baju anak 
pada lengan baju t-shirt yang dipotong tadi 
dan jangan lupa untuk tambahkan baki jahitan.

Bahagian yang berjahit di hujung lengan t-shirt tu,
 saya tak potong. Tak payah jahit lagi hujung lengan tu.
 Senang dah ada jalan shortcut.

 Ulang proses yang sama untuk lengan di bahagian lagi satu.


Ini baju yang telah saya potong mengikut saiz T-shirt anak.


Seterusnya, cantum bahagian hadapan
dan belakang baju T-shirt (right side together), 
pinkan dengan jarum peniti dan jahitkan bahagian bahunya.


Untuk jahit kain yang meregang macam T-shirt ni saya gunakan jahitan jenis zig zag.
 Kalau guna mesin jahit Brother GS2700 ni, saya suka jahitan nombor 18.
 Sebabnya jahitan lebih kemas dan lebih rapat.


Lepas jahit bahagian bahu, kita nak cantumkan pulak bahagian lengan.
Buka T-shirt tadi, wrong side dekat atas dan match kan setiap penjuru dan
hujung lengan pada T-shirt. Pinkan supaya tetap kat situ.

Jahitkan di kedua-dua belah lengan.


Kemudian, satukan semula T-shirt bahagian depan,
 belakang dan lengan, make sure bahagian tepi T-shirt sama dan tak senget. 
Pin kan dan jahit bermula dari tepi lengan baju sehinggalah ke penjuru bawah baju.
Ulang langkah yang sama di bahagian baju T-shirt yang sebelah lagi.


Dah hampir siap pun baju untuk si kecik ni.

Sekarang boleh trim bawah baju yang tak berjahit tu.
 Lipatkan lebih kurang satu inci , dan jahitkan supaya lebih kemas. 
Boleh jugak gunkan double needle (jahitan 2 line)  
kalau nak jahitan macam T-shirt yang kat kedai tu.

Tapi, saya tak berhenti setakat ni,
 saya masih ada baki kain T-shirt yang saya potong tadi.


Baju T-shirt yang dah berjahit tadi labuhnya
 dari bahu sampai ke bawah punggung. 
Saya potong bawahnya.
kemudian saya ambil lebihan T-shirt tadi, 
saya buat kedutan sikit kat kain tu dan cantumkan dengan T-shirt yang berjahit tadi.


Dah jadi T-shirt dress.


Dah siap baju untuk Cik Syifa.


Bolehla Cik Syifa melaram buat baju basahan kat rumah.







1 comment:




My Instagram