Ke KLCC Ke Kita

12:09:00 pm Sha Nazri 0 Comments

KLCC favourate spot anak beranak.
Kalau nak turun 1/2 kilo berat badan tu boleh datang tawaf taman KLCC.


Saya suka datang sini sebab dekat dengan rumah, 
nek LRT tak perlu nak hadap jam.


Mommy kat luar sana, kalau tak pegi kenduri kahwin esok lusa,
 bolehlah bawak anak-anak pergi KLCC.

Kat sini macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama.
Selain menyoping, makan KFC dengan tengok gelagat orang, Syifa boleh berlumba lari jugak dengan Mama dia.
 At least hilanglah sikit lenguh-lenguh badan duduk kat rumah tu kan..

Jom tengok apa yang ada kat KLCC.


Bulan Disember kan..banyaklah deko untuk Christmas nanti.


Mula-mula jumpa pokok Christmas dengan perhiasan 
yang berwarna warni betul-betul depan pintu keluar ke Taman KLCC ni.


Terujalah Syifa nengok pokok besar tak pernah lihat..pokok yang besar.


Mama..Mama..tengok tu ada ball kaler-kaler kan..


Mama..tengok ni..ada Syifa kat dalam ball..hik..hik..
Masa ni nak balik dah..baju dah tukar lepas swimming.


Ni gambar lama, rasanyer ambik masa bulan 6 aritu


Menikmati tempias air..hihihi


Syifa berangan jadi F1 driver wanita pertama Malaysia.


Sebelum buat ape-ape, kita selfie dulu.


Aktiviti yang paling Syifa suke, main bubble.
Seronok tengok bubble berterbangan di tiup angin.
Maknyer pun join sekali.


Main buaian pun best gak. 
Kalau teringin nak jadi budak-budak balik, 
mak mak pun boleh join, tapi make sure Mak guard belum buat operasi, 
kalau tak kena sound.
Hihi..appara..buaian budak-budak pun..orang tua silakan tengok je..
Terlebih berat..Kang putus rantai besi tu..


Main kuda-kuda diatas turtle. Pelik tapi benar..


Wheeee..main gelongsor pulak.


Jom main bola pulak.
Satu, dua, tiga..sepak bola!


Rehat kejap sambil baca buku cerita bersama bear bear purple nyer.


Masa untuk swimming!
Inilah acara yang paling di tunggu-tunggu oleh Syifa.


Nampak kolam macam ni mesti nak berenang. 
Disebabkan Syifa ni obsess sangat nak berenang, 
gigihlah bapaknyer membelikan swimming suit cap Snow White.

 Anaknye pesan belikan baju cap Anna Frozen, 
tapi apaknyer tak boleh bezakan antara Snow White dengan Frozen. 
Manalah apaknyer nak tau..baru anak ajak nak tengok Frozen..mata dah kuyu.kih..kih..


Bola ni bawa dari rumah, tu sebab beg Mama jadi bulat.
Main bola dalam air..boleh kuatkan otot kaki dan lengan..haha..


Sebelum balik, singgah lagi sekali kat play ground.
Syifa dan play ground ni..tak sanggup berpisah..
Baju pun dah tukar lepas swimming.


 The wheel on the bus goes round and round…
Seronok la Syifa dapat kawan baru.

Tu la antara aktiviti Syifa kat KLCC.
 Mama tukang jadi bodyguard jer..
Yang seronoknyer Syifa.
Paling penting kalau datang sini kena bawak air 
dan kudap-kudapan macam keropok ke. 
Seronok je tengok Mat Saleh datang dengan family and freinds
 siap bawak bekal dari rumah makan kat sini.

Yang kurang best sebab permainan kat sini ni ada yang dah tertanggal cat, 
kat belah hujung tu ada area yang berlecak, tak berapa dikemaskinikan.

Kesimpulannya, tempat ni memang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak.
Syifa pun boleh jumpa dengan ramai kawan-kawan kat sini.


Ke KLCC Ke Kita versi youtube...

So..next time kita datang lagi.
Bye guys!!
Take Care!




























































You Might Also Like

0 comments: