Friday, January 30, 2015

Review Pasal Pakcik Lori dan Lorinya

by , in

Ada sesiapa di luar sana yang nak pindah rumah, pindah barang kat ofis atau nak shopping sakan sampai kena bawa dengan lori?..ada..ada..?

Kalau ada saya recommend Pakcik lori ni..sebab saya dah menggunakan perkhidmatannya.
Last week saya pindah barang kat rumah mak saya kat Rawang.
Lepas mencari-cari lori yang menawarkan harga patut, saya pun ambil keputusan untuk gunakan perkhidmatan lori pakcik ni.

Tentang lori Pakcik:

BARAKAH SEJATI ENTERPRISE menyediakan perkhimatan penghantaran barang iaitu perkhidmatan lori sewa bercanvas 1 tan.

* Perkhidmatan yang disediakan :-

->Pindah rumah

->Pindah pejabat

-> Penghantaran barangan/produk kilang SME .

-> Penghantaran hasil/produk pertanian.

-> Lain-lain penghantaran yang mampu dilakukan.

* Kelebihan :-

-> Pemandu terlatih dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pengangkutan.

-> Pemandu amanah dan mesra pelanggan.

-> Tenaga pekerja/tukang angkat barang disediakan mengikut permintaan.

->Kami menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti.

->Bayaran perkhidmatan masih boleh dirunding bergantung kepada lokasi penghantaran.

* Kami juga menerima kontrak kerja bagi jangka pendek dan panjang.

OUR RATES
(All the rates below is applicable to Klang Valley, Rawang, Bukit Beruntung Area)

1 Ton Lorry : RM180 - RM250 /trip
Manpower : RM60 – RM100/person

Jika berminat, Sila Hubungi kami untuk keterangan lanjut:

SHAMSUDIN/SHAM –
 (013-6063361)
RAMLI – (013-3462363)

atau

E-mel :- barakahsejati@gmail.com

Quoatation PERCUMA

Deal dengan pakcik ni memang mudah dan cepat. Menepati masa, takde charge tersembunyi dan yang penting jujur dan amanah.

Pada yang yang nak pindah kat sekitar kawasan Batang Kali, Rawang, Bukit Beruntung, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Tanjong Malim dan Kuala Lumpur ke seluruh Semenanjung Malaysia, bolehlah hubungi nombor telefon pakcik lori.

Saya ni tolong promote kan je..takde dapat payment apapun.
Pakcik ni pun tak tau saya tulis kat blog.


Thursday, January 29, 2015

Aktiviti Anak : Warna Warni

by , in
Sepetang bersama Syifa..
Syifa mengajak saya untuk mewarna dengan krayon barunya.

Tak sabar-sabar nak mewarna.


Leka Syifa mewarna.


Hasil mama Syifa mewarna dengan photoshop .


Selepas Syifa mewarna di atas kertas lukisan dengan menggunakan krayon, 
saya warnakan pula dengan watercolour warna hitam di atasnya.
Ini adalah salah satu teknik yang saya belajar 
dari cikgu Pendidikan Seni semasa sekolah rendah dulu. 
Hasilnya, warna dari krayon tadi nampak lebih timbul dan menarik.



Dah siap..
Gantung dengan hanger.
Tunggu warna tadi kering.
Sebelah kanan tu pun hasil daripada contengan Syifa menggunakan water colour,
 ditambah dengan effect warna merah macam darah oleh mama Syifa.
Efek agak tragik untuk lukisan ni. 


Selepas habis aktiviti mewarna kenalah kemas dan bersihkan.
Guna spray air ni lebih mudah untuk lap kesan watercolour 
yang melekat di atas tikar evamatic ni.

Aktiviti yang seronok di lakukan bersama anak-anak.
Hasil kreativiti ni nanti bolehlah di bingkaikan.







Wednesday, January 28, 2015

Hasil Tangkapan Di Zalora

by , in

Puas dah membaca pengalaman kaum adam dan hawa membeli-belah kat Zalora.
Tapi baca review yang bagus je tak cukup..kenalah cuba beli dulu..baru tau..

Tahun 2015 menjadi sejarah yang mungkin akan berulang selepas ini..
sejarah membeli belah di Zalora. 

Saya sebenarnya nak mencari kasut yang harga patut 
di kedai-kedai berhampiran dengan rumah saya.
 Malangnya kebanyakkan harga agak tak patut dengan kasut tersebut. 
Nak murah tapi dalam masa yang sama nak yang maaanyakk cantekkk..
Susah nak dapat tu..
Memang ada niat nak beli kat Zalora tapi tulah..
risau saiz kasut tak menepati saiz kaki yang agak panjang. 
Tawakal jer lah..kalau kasut tak muat, pulang je la balik.

Di pendekkan cerita, saya pun pergi ke website Zalora, 
sekarang kan tengah macam-macam promosi..
Nak nak pulak dekat Chinese New Year ni kan.. 

Setelah menklik di sana sini, saya pun membeli kasut yang berkenan di hati.
Selepas 4 hari 3 malam menunggu, 
akhirnya kasut yang menjadi pilihan hati pun sampai ke depan pintu rumah saya. 
Yahoo!!..happy go lucky nyer saya..

Mula-mula dapat bungkusan..


Packaging yang baik. Siap berbalut lagi.

Buka lagi satu kasut dalam kotak..
kasut di bungkus dengan baik dalam plastik.


Saya suka kasut ni sebab yang pertama murah 
dan yang kedua nampak comel.
Warna hitam senang nak matching dengan baju.
dan..yang paling penting sangat selesa!

 Sekarang tibalah masa untuk cuba kasut yang lagi satu tu..
Eh?..mana perginya kasut saya yang sepasang lagi?
 Baru tadi saya letakkan di dalam kotak kasut.
 Hati saya mula tertanya-tanya..
siapakah penculik kasut saya?..Teng..teng..teng..!


<<

<<

<<

<<

<<

<<

Ha..dah jumpa!..Rupanya si kecik Syifa yang melaram dengan kasut mamanya..
Di pusingnya satu rumah..siap tunjuk dengan Encik Hubby..
Cantik tak kasut Syifa?..Iye..iye..caaantikk..

Saya juga membeli sehelai tudung berwarna pink.
 Tudung tu awal-awal lagi telah di rasmikan oleh Si kecik Syifa.

Haiih..takde can mama nak pakai macam ni..



Zalora siap bagi slip pos laju dan return slip 
in case kalau customer nak pulangkan barang.

Baguslah macam ni, tak perlu nak email bagai minta return slip kan.
 Dah siap semuanya.
Ada juga di sertakan voucher 15% untuk pembelian seterusnya.

Ada promosi kat Zalora kan sekarang ni..Apalagi, jomlah singgah ke ZALORA.















Thursday, January 22, 2015

Susun Menyusun Bahagian Sejuk Beku Peti Ais

by , in

2 hari lepas saya ada kongsikan aktiviti mengemas rak peti ais DISINI.
Hari ini saya nak berkongsi tentang menyusun 
bahagian sejuk beku dalam peti ais saya pula.
Bahagian beku peti ais saya ni terletak di bahagian bawah.

Wajah peti ais sebelum di makeupkan adalah seperti berikut:

Aduih..sakit mata melihatnya disitu.

Walaupun saya cuba menambahkan colour dan hue and saturation 
untuk membuat gambar ini kelihatan lebih menarik,
 tetapi ia masih lagi kelihatan busuk pada pandangan mata saya.
Jadi saya keluarkan semua barang, cuci bersih-bersih, lap 
dan hasilnya ia kembali bersinar-sinar.


 Untuk bahagian ini saya gunakan bakul transparent
 hasil tangkapan di kedai Mr DIY dan bakul hijau empat segi tu.
   Elok je diaorang kat situ. 
Muat-muat je di letakkan di sebelah bekas ais kiub yang berwarna-warni tu.

Bakul hijau tu free jer..
bekas untuk isi barang hamper sempena 
Encik Hubby memenangi pertandingan memancing. 
Sekarang saya guna untuk letak koleksi kentang sejuk beku.

Ikan yang dah siap di pack . 
Ini stok ikan untuk satu minggu. 
Dah dibersihkan dan di asingkan mengikut kategori masing-masing.

Untuk menjimatkan ruang, 
saya gunakan bekas yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
 Barulah ruang penyimpanan sejuk beku saya
 dapat di gunakan semaksima yang boleh.

Jom tengok keadaan sebelum dan selepas...



Bahagian hadapan peti ais, saya biarkan kosong. 
Baru rasa lapang mata ni tengok. 
Kalau sebelum ni sarat dengan fridge magnet, rasa sempit je tengok peti ais ni.

Di bahagian luar tepi peti ais ni pula saya letakkan magnetic whiteboard.
Ada marker pen dan pemadam untuk saya tulis stok makanan
 yang ada dalam peti ais. Bila dah habis, saya cross je. 
  Senang nak plan bila nak masak dan nak buat pembelian atau tak.

Fridge magnet tu adalah 4 ketul saya letak kat situ. Nak jugak ber FM sesekali.

Bunga seketul tu ialah sticky note untuk saya tulis
 barang yang akan dibeli nanti.
 Saya akan bawa sticky note ni ke pasaraya masa saya beli barang dapur. 

Bahagian atas peti ais saya ni sangatlah berhabuk dan berminyak.
 Bila habuk dah melekat dengan minyak..nak menyentalnya punyalah malas.
Gigih panjat kerusi nak ambil pose yang paling kiut dari pandangan atas. 
Sampai tersiku dinding..adooii..terasa macam kena renjatan letrik sekejap.
Penyelesaiannya, saya letak drawer mate. 
Kalau berhabuk cuma lap kan je dengan kain. Mudah di bersihkan.

Demikianlah ia puan-puan hikayat mengemas dan
 susun menyusun barang dalam peti ais yang dapat saya kongsikan dengan anda semua..
iye..saya idaklah rajin tahap ultraman ribut seperti sangkaan sesetengah pihak. 
Cuma nak berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan je.

Yang baik jadikan teladan dan yang buruk tak mo ambik..
buang jauh-jauh ke dasar lautan..
Hey..jangan! jangan buang kat laut..nanti tercemar hidupan akuatik kita..

Okey dah habis..
Take Care !


























Wednesday, January 21, 2015

Kaedah Mengemas Flash Card

by , in
Flash card Syifa yang bersepah di sana-sini. 
Letih mamanya ni nak mengutip.
Jadi kena fikirkan cara untuk bagi flash card ni tak bersepah.


Susun dulu ikut turutan abjad.


Album ni free jer, hadiah daripada YANA  anjuran Sifu Fizah
 dalam contest cabaran susun atur.
Thank you!
Lama dah album ni terperap. 
Daripada tak digunakan..baik saya jadikan ia menjadi sesuatu yang lebih menarik.


Ambil flash card yang saya susun ikut abjad tadi 
dan masukkan satu persatu ke dalam album.


 
Kalau nak baca perkataan di belakang flash card tu,
 cuma keluarkan sahaja daripada album ni.
Dah habis belajar atau main masukkan semula dalam album.


Dah siap susun semuanya dalam album ni.
Senang Syifa nak belajar dengan flash card ni, yang paling penting..tak bersepah lagi.

Flash card ni saya kenalkan pada Syifa sejak usianya 8 bulan. 
Dulu saya tunjuk kad ni tapi tak bagi dia pegang,
 takut renyuk di kerjakannya.
Tapi sekarang Syifa dah boleh pegang,
 sebab nampak dia semakin faham fungsi flash card, 
bukan untuk dimakan sebaliknya untuk belajar.
Alhamdulillah..
berkat kesabaran yang ada kalanya menjadi kurang sabar jugak. 
daripada mengenal huruf A B C, sekarang pada usia 2 tahun 
Syifa sudah boleh menyebut perkataan berdasarkan gambar pada flash card.
Mummy-mummy kat luar sana..
flash card satu benda yang wajib ada untuk anak-anak belajar sambil bermain. 
Memang sangat-sangat membantu.

Take Care!



Tuesday, January 20, 2015

Projek Mengemas Peti Ais di Tahun 2015

by , in

Saya tanya apa khabar..
Saya tanya apa khabar..
Saya tanya apa khabar semua…
Uhuhu..nak nyanyi  jugak tu..
Tahniah Joe Flizzow feat SonaOne kerana menang AJL 29,
 walaupun saya sangat teruja mendengar suara Caliphs Buskers yang sangat merdu..

Saya dah tanya awak apa khabar..
Saya sihat je..Tak tanya pun tak pe..
Saya memang nak bagitau ikhlas dari hati yang suci murni ni, 
sesuci lebaran di hening subuh sunyi.

Dalam beberapa minit ni sudi-sudikanlah kiranya melapangkan dada 
membaca story morry saya pasal mencuci, membasuh, mengemas
 dan menyusun peti ais di rumah saya. 
Ini adalah projek mengemas saya yang julung-julung kalinya di tahun 2015.

Salah satu azam saya untuk tahun 2015 telah tertunai dengan jayanya.
 Ada banyak lagi senarai yang akan menyusul selepas ini.
 Hanya yang shortlisted sahaja akan terpilih untuk di ke udarakan 
di blog kesayangan saya ini. 
Okey..sit back and relax.. Ayuh kita mulakan cerita saya Mengemas Peti Ais.

Sebelum itu mari kita lihat keadaan peti ais saya sebelum di kemas.
Tahun lepas saya cerita tentang mengemas peti ais saya DISINI.
Setelah lama masa berlalu meninggalkan saya, 
susunannya kembali  ke zaman kemelesetan kerajinan.
Kalau peti ais ada perasaaan seperti manusia, 
sudah tentu beliau menyumpah saya menjadi peti ais jugak 
supaya saya dapat memahami kedudukan beliau sebagai peti ais. Haha..


Fuyoo..sepahnyerr..

Sebelum apa-apa hal, saya mesti mencari cara yang efficient 
(betul ke ejaan ni, kalau salah tolong salahkan google,
sebab saya copy paste dari google jer..haha..dah slow,
lama tak menjejak kaki ke sekolah) 
untuk menjadikan peti ais kelihatan lebih menarik. 
Jadi dengan semangat yang sehangat api,
saya terus memandu memecut ke Giant Taman Permata.
Tempat yang pertama saya tuju ialah Mr DIY. 
Pusing satu MR DIY mencari idea dan bahan-bahan
 untuk projek mengemas peti ais kali ini. 
Saya di temukan dengan bekas yang saya anggap so comel ini. 
Saya beli 4 biji, ke buah..Saya dah lupa apakah penjodoh bilangan yang sesuai di gunakan. 
Tapi takpe..Itu bukan masalah saya. Muhaha..tu masalah Cikgu Bahasa Melayu.

Saya gunakan bekas transperant yang di beli Di MR DIY berharga RM2.50 x 4=?
Kiralah sendiri. Saja je tau nak main teka silang nombor pagi-pagi ni kan.
 Wat orang celik mata.

Saya letakkan 3 daripada 4 bekas yang saya beli 
di Mr DIY tu di bahagian atas rak atas peti ais.
Dalam bekas disebelah kiri tu ialah cheese, yogurt dan minuman booster
 untuk Syifa senang nak membuang.
Dalam bekas yang lagi satu tempat saya meletak marjerin, 
susu cair (masih dalam tin) dan butter.
Tengah-tengah tu kosong, jadi saya letak pisang yang dah terlajak masak, 
dah di kupas dan dimasukkan dalam bekas, cita-cita menggunung nak buat cekodok pisang.

 Semua rak ini saya lapik dengan place mate dari ruang makan saya. 
Pernah saya cerita kat SINI dulu. Saya tak guna dah placemate ni kat atas meja, 
sebab semak pulak rasanya. Saya suka meja saya nampak neutral. 
Ececeh..macam-macam lah Cik Puan Sha ni..

 Rak nombor 2 tu pula bakul yang saya beli tahun lepas di MR DIY. 
Susah nak cari bakul putih macam ni, kat MR DIY selalu cepat jer habis. 
Murah jer, bakul ni kalau tak silap tak sampai RM5 pun.
Dalam bakul putih ni tempat saya simpan buah-buahan.

 Buah epal memonopoli bakul putih saya,sebab epal ni kegemaran Cik Syifa dan Encik Hubby. 
Epal ni bukan jenis yang beracun tu...InsyaAllah..selamat. Dah test makan..
Dah nak abis pun sewaktu saya menaip entri ini.
Alhamdulillah.. kami sekeluarga sihat walafiat.
  Bekas transperant yang saya baru beli tu saya letakkan ubat jenis cecair
 seperti ubat batuk, ubat demam, selsema dan lain-lain lagi.


Beralih pula ke rak nombor 3. 
Kat sini saya simpan barang-barang yang saya nak masak untuk beberapa hari. 
Dalam bekas berpenutup putih tu gula merah, gula kabung, belacan dan juga kerisik. 
Saya nak kena labelkan bekas ni sebab rupa dan warna mereka hampir-hampir sama. 
Saya selalu silap ambil. Nak ambil belacan, terambil kerisik..haiihh..

Bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar dalam bekas berpenutup biru. 
Tak lupa juga cik petai yang di rendam didalam air untuk menjamin kualitinya, 
saya simpan dalam bekas tipuware. 
Saya letak di rak ke tiga ni sebab rak ni mudah di lihat oleh mata saya,
 senang saya plan nak masak apa untuk hari tu 
tanpa terlupa bahan-bahan yang perlu untuk di jadikan rencah dalam masakan.


Rak yang ke 4 pula saya letakkan 2 buah bakul ni untuk di isikan dengan sayur-sayuran.
 Sayur ni saya masukkan dalam plastik zip lock. 
Tahan lama dan yang paling penting senang nak organize.
 Sayur yang kurang daya ketahanannya saya letak kat depan, 
contoh macam bayam, sayur ni saya akan masak dulu 
berbanding dengan kacang buncis yang lebih tahan lama kalau disimpan.


.
Bawah sekali kat dalam ni pun sayur juga. 
Peminat sayur..adalah sikit brokoli, timun, cili dan lain-lain lagi dalam tu. 
  Saya masih menggunakan plastik zip lock yang saya beli di Giant,
 cap giant dengan harga Giant jugak.  


Begini rupanya plastik zip lock aka sandwich bag tu, 
satu kotak berharga lebih kurang RM6, berukuran 177mm x 205mm. 
Satu kotak ada 30 bag. Saya selalu recycle plastik tu.
 Lepas guna saya bilas manja-manja kat bahagian dalam plastik tu
 dan keringkan dekat bottle rack dryer Cik Syifa.
 Dah kering boleh guna semula untuk bungkus sayur yang lain pulak. 
Kalau dah nampak macam uzur sikit tu bolehlah buang. 
Super duper jimat kan.
Im lovin it! :P


Beralih ke ruang di pintu peti ais pula.
Bahagian atas sekali saya gunakan plastik tipuware
ala-ala bekas tau fu fa tu tanpa penutup,
 dan letakkkan ubat yang perlu di sejukkan
macam ubat demam dan ubat sembelit yang masuk pungg***.
Dalam bekas biru tu pula pewarna masakan yang jarang guna.
 Satu botol tu sampai 3 tahun tak habis-habis lagi. 
Cuma perasa vanilla dan perwarna hijau je yang saya selalu guna.

Tingkat ke dua tu pula ada coklat yang tinggal beberapa keping, 
kalau letak dalam plastik bungkusannya nampak macam banyak 
walau hakikatnya tinggal 3 keping je.

 Perencah masakan macam kiub ayam, kiub ikan bilis, 
dan perencah nasi goreng semua saya letak dalam bekas warna purple tu.
Dalam bekas yang berpenutup biru tu sebenarnya gula halus dan gula icing. 
Kalau letak kat luar penuh dengan semut sebab bekas tu tak berapa kalis semut. 
Semut boleh menyelinap masuk ke dalam tu. 
Sebab itulah saya simpan je dalam peti. Dijamin semut tak masuk.


Ini bahagian untuk botol atau jar antaranya taucu, tom yam paste, jem dan mayonis.

Bahagian yang paling bawah sekali untuk botol-botol kordial. 
  Kalau nak bancuh air senang je..ambil kat sini.
Tepi sekali yang ada tumbuh-tumbuhan tu, (dalam bekas)
saya letakkan serai dan daun saderi yang direndam dalam air nak bagi tahan lama. 
Cara ini akan melambatkan proses pengecutan serai dan daun saderi. 
Saya selalu simpan menggunakan cara ni sampai serai dah tumbuh akar.
Kalau ada tanah kat rumah, dah lama saya tanam serai.
Boleh buat kebun serai..Tapi tu cuma angan-angan je. 


Sebagai penutup tirai cerita mengemas peti ais hari ini,
 saya jamu anda dengan gambar keadaaan sebelum dan selepas peti ais di kemas.

Macamana? Bersemangat nak kemas peti ais tak lepas ni?
Mestilah kan..Chaiyok!

Tangan dah lenguh menaip, maklumlah..lama berehat dari berblogging kan. 
Sampai sini dulu. 
Nanti akan menyusul chapter 2 pula, 
cara saya menyusun bahagian sejuk beku dalam peti ais.

Take care…

My Instagram