Saturday, February 28, 2015

Homemade Jeruk Ikan Masin

by , in


Teringin nak makan ikan masin jeruk, tapi..tapi apa ya?
Tapi yang ada ikan masin je kat rumah.
Ikan masin jeruk atau ikan pekasam makan dengan nasi panas-panas..yumm..
makan dengan ulam pulak tu, memang konsep kampung habislah…

Tapi kat rumah ada ikan masin jer..
Kalaulah ikan masin kering tu boleh bertukar jadi ikan masin jeruk..

Light bulb! Apa kata buat ikan masin kering tu jadi ikan masin jeruk.



Mula-mula keluarkan ikan masin dari plastik bungkusannya.



Lepas tu buang kepala ikan masin tadi.



Ikan masin yang telah di asingkan.
Nampak macam kejam je kan gambar ni.



Sebelum itu ikan masin kenalah dibersihkan terlebih dahulu.



Dah cuci ikan masin tu masukkan air panas di dalam bekas.
Pastikan semua ikan masin terendam di dalam air.



Saya masukkan beberapa keping asam keping ke dalam bekas tadi.
Nak bagi rasa masam ala-ala ikan jeruk gitu.
Biar kat luar sampai air panas tu sejuk.



Dah sejuk bolehlah tutup bekas tadi.
Saya simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

Jeruk ikan masin versi saya ni saya dah goreng lepas 24 jam proses tadi di lakukan.
Bila goreng memang rangup dan rasanya lemak-lemak masin. 
Masam tu ada rasa sedikit, mungkin sebab asam keping saya tak letak banyak
 dan tempoh saya simpan pun tak lama sangat.

Saya suka sebab rasa masin ikan masin ni dah kurang,
 sesuai untuk mereka yang tak suka makan masin.
Tak sampai seminggu jeruk ikan masin ni dah habis stok..
















Thursday, February 26, 2015

DIY: Alif Ba Ta Flashcard

by , in



Kebanyakkan ibu-ibu mesti dah tahu flashcard memainkan peranan
 yang penting dalam pembelajaran awal kanak-kanak.

Hari ni tak nak cakap panjang lebar. 
Tutorial yang super duper simple. Rasanya semua orang boleh buat.

Saya nak DIY flashcard Alif Ba Ta untuk Syifa.
 Memang mudah kalau beli sahaja di kedai, tapi saya rajin nak ber DIY hari ni. 
Tak susah pun, cuma makan masa sikit nak buat. 
Harapnya usaha mama Syifa ni berbaloi 
dan mudah-mudahan anak mama dapat membaca dan hafal Quran
 dengan lancar suatu hari nanti. 
InsyaAllah.

Okey, sekarang masa untuk buat Alif Ba Ta Flashcard.



Saya nak kongsikan satu blog yang sangat-sangat bermanafaat untuk kita semua.
 Blog dari negara jiran kita, Indonesia. 
Boleh jenguk DISINI.

Dekat blog ni kita boleh jumpa banyak printable huruf A B C, 1 2 3, 
bahasa arab, bahasa Melayu dan paling best doa-doa 
yang boleh di jadikan panduan dan hafalan untuk anak-anak. 
Oh..saya sangat teruja bila ada blogger yang kongsikan  
ilmu macam ni untuk manafaat kita bersama. 
Semoga dia mendapat ganjaran dari Allah di atas usaha murni beliau ni.

Ini bukan iklan yang saya terima bayaran, 
 ikhlas dari hati saya..untuk kita sama-sama berkongsi.


 Mula-mula saya print dulu huruf Alif Ba Ta ni.
 Kalau print dengan kertas bersaiz A4, muat untuk 2 keping flashcard.



Saya suka sebab flashcard ni ada huruf hijaiyah dan juga
anak boleh belajar mengenal baris atas, baris bawah dan baris depan.



 
Sapukan gam dan cantumkan 2 keping flashcard menjadi satu. 
Maknanya bahagian hadapan ialah huruf dan bahagian belakang huruf yang ada baris.



Dah siap flash card.
 Lepas ni bolehlah dijadikan jadi bahan belajar untuk anak.


Take Care!















Wednesday, February 25, 2015

Projek Mengemas Wayar

by , in



Wayar berserabut sudah pasti membuatkan hati sesiapa yang melihatnya menjadi tak tenang.
Kalau ada yang tenang jiwanya melihat wayar berserabut tu, 
kotlah tengok terus dapat ilham mencurah-curah, saya respek la kat korang beb!

Ada masa terluang minggu lepas, 
saya manafaatkan untuk mengemas wayar.

Oh..sebenarnya saya bukanlah pencetus idea 
untuk mengemas wayar seperti  apa yang akan saya dedahkan sekejap lagi..
saya mendapat inspirasi daripada blogger yang turut menjadi sumber inspirasi saya.  
Google sahaja..baaanyyaakk dah mereka buat, saya cuma follow jer. 
Tapi ada lah sedikit sebanyak perubahan yang saya buat mengikut kesesuaian.



Jemput tengok wayar serabut saya. J
 Amacam..sakit hati tak tengok?..he..he

Memang pening  kalau ada desktop computer ni. Banyak sangat sambungannya. 
Campur lagi dengan  wayar printer, wayar speaker.. 
dah bersilat masing-masing kat situ. Bersilat ke berselirat…
Tengok wayar terus tatabahasa jadi haru-biru.

Tapi takpe, always think positif.
Dimana ada jalan di situlah ada mat rempit. Haikk?

Mula-mula kena cari kotak..dan kotak kasut zalora menjadi mangsa.
Maka berplastiklah sahaja kasut saya tu.



Kotak tu saya ukur, potong dengan pisau, buat lubang dan gamkan di bahagian tepinya.



Kepit dengan klip supaya gam tadi melekat dekat kotak.



Untuk memberikan keceriaan pada kotak ni,
 saya balutkan dengan kertas pembalut pokaldot yang menjadi kegemaran saya ketika ini.




Dah siap. Macam pernah tengok je kan idea ni..hi.hihi,, 
sila google untuk mendapatkan lebih informasi.
Penutup kotak saya tak balut. Macam ni pun dah ok. Simple je.



Saya tanggalkan semua wayar dan komponen-komponen
 yang terlibat, untuk menjayakan misi mengemas wayar. 



Saya guna velcro tape yang khas untuk ikat wayar. 
Saya potong jadi 2 bahagian, jimat lagi..haha..tak..sebab tak cukup. 
Kalau ada lebih, apa salahnya simpan. 
Manalah tahu nak guna untuk kemas wayar lain pulak kan.




Masukkan wayar dalam kotak yang dah di buat lubang tadi.
Dah lepas satu lubang, saya gulung atau dalam erti kata lain 
simpulkan wayar tu dan ikatkan dengan velcro tape. 
Kalau takde velcro tape ni boleh gunakan dawai pengikat wayar.
Lepas dah ikat kemas-kemas, keluarkan hujung wayar melalui lubang yang satu lagi.



Saya letakkan kotak tadi di bahagian belakang, antara monitor dan CPU.



Keadaan wayar di belakang meja.



 Wayar yang berjuraian di bahagaian belakang meja 
saya kemaskan lagi dengan mengikat menggunakan velcro tape.



Untuk memberi sentuhan yang lebih kemas, 
saya gunakan klip wayar yang ada paku macam ni. 
Saya pakukan kat belakang meja. Tujuan saya gunakan klip ni supaya
 wayar tak jatuh diatas lantai.



Extension untuk desktop PC ni pula saya skrukan dekat bawah meja macam ni.



Dah kemas wayar di bahagian bawah meja.



Keadaan sebelum dan selepas.
Baru rasa tenang nak buat kerja.















































Tuesday, February 24, 2015

Jual: Lukisan Dan Meja Berlaci

by , in
Salam semua.
Tajuk pun dah tau kan apa yang saya nak cerita hari ni.
Meh abang kakak pakak-pakak datang dekat. Nak buat jualan besar-besaran.
Okey..tak mo over. 

Saya sebenarnya tolong jualkan barang kepunyaan rakan saya.
Jom kita tengok apa barang-barang yang saya maksudkan tu.


Lukisan karya pelukis kontroversi, Abu Bakar Idris tahun 2003.
Menggunakan medium akrilik di atas kanvas. 


Karya seni abstrak menggabungkan
imej tumbuh- tumbuhan tradisional ubat-ubatan melayu sebagai motif utama. 
Harga : RM370

Yang ini pun karya pelukis Abu Bakar Idris. Di hasilkan pada tahun 2003.


Pandangan keseluruhan.
Harga: RM370


Ini pula lukisan karya pelukis Zila Zain tahun 2002. 
Karya beliau sering di lihat
menghiasi dinding di pejabat dan bank di Malaysia.
Lukisan ini di kenali sebagai seni catan naif. Berlatar belakang budaya  dan
keadaan di kampung. 
Harga :RM 400


Meja mempunyai 4 laci.
Masih berkeadaan baik.
Beli pada tahun 2000.
Harga : RM 800

Berminat boleh whats app/sms/call.
011 21368987
No email please.
Serius buyer only.

Tuesday, February 24, 2015

Makeover Ruang Dalam Almari

by , in

Kali ini saya nak cerita ruang dalam almari pulak.
Memandangkan baju semakin bertambah, 
saya merajinkan diri untuk buat makeover dalam almari
 seiring dengan pertambahan baju sekarang ni.

Sebelum tu, jemput tengok ruang dalam almari saya 
sebelum di makeover  DI SINI.  
Saya share tentang cara saya kemas baju kurung.

Rak dalam almari saya ni memang dah tak boleh
 menampung baju yang di lipat, semakin hari semakin melendut. 
Jadi saya mengambil keputusan yang drastik
 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini adalah penyidai baju yang tak di gunakan lagi.
 Besinya masih kuat tapi saya tak gunakan 
sebab penyidai ni di bahagian bawahnya tak balance, kalau jemur baju kat balkoni tu, 
bila kena tiup angin..terus tumbang, rebah menyembah simen.
 Simen la kak..sebab umah saya takde tanah.

 Mengikut perancangan, saya akan ambil salah satu daripada besi ini 
(yang di tanda dengan anak panah) 
untuk di jadikan tempat menyangkut baju dalam almari nanti.

Nampak tak permainan penjimatannya di situ?  
Saya memang suka benda-benda yang dapat mengurangkan kos operasi macam ni. He..he..

Eh? Cik Syifa pun ada kat dalam gambar ni..
ingat tido tadi..pantang nampak kamera, ada je dia menyelit kat situ. 
Sekarang ni dah pandai ambil gambar selfie pulak...

Tanggalkan besi tadi dan ukur panjang besi dan lebar ruang dalam almari.
Lepas tu…


Kena gergaji besi ni mengikut ukuran tadi.


Sebelum itu saya nak memperkenalkan objek di atas.
Dua objek ni saya akan gunakan untuk menyangkut atau meletakkan 
besi yang saya potong tadi.

Beli kat kedai hardware depan Giant Taman Permata, Ulu Kelang.
Ha..lengkap alamat dia.. poskod?..poskod adalah rahsia..hik..hik..

 Sedikit review pasal kedai yang menjual objek tersebut:

1) Mahal..RM 1.50 satu. Satu jer bukan sepasang hokey..

2) Menyesal tak pergi kedai hardware kat Taman Melawati tu..
murah sikit, 50 sen je satu.

3) Takpelah…yang mahal lebih berkualiti kot..
mungkin ada hikmah disebalik ini semua...eceh!



Tandakan lubang untuk meletakkan tempat penyangkut besi tadi.
 Saya panggil benda ni bracket, agak-agak je la..
nama betul dia saya tak begitu pasti.

Pastikan ukuran bracket yang pertama selari 
dengan bracket di bahagian yang sebelah lagi dalam almari.
Jangan senget..nak sangkut baju nanti roboh pulak.


Kemudian saya drill dengan mata drill yang paling kecil,
bila dah buat lubang kat sini,
lebih mudah kerja saya untuk masukkan skru nanti.


Pasang skru kat bracket. Skru bracket di kedua-dua bahagian di kiri dan kanan.


Dah siap pasang. Bracket yang sebelah lagi terlindung dengan pintu almari, 
tu yang nampak separuh je.
Dah macam-macam position saya cuba,
 tapi tak dapat jugak nak tunjuk gambar penuh.

Yeay! Sekarang saya boleh letakkan baju kurung saya dekat tempat penyangkut baru ni.


Baju yang telah di disusun rapi.


Kat bawahnya saya letakkan kain batik dan baju t-shirt yang di susun dalam bakul..


Ruang dalam almari yang telah saya makeover.


Keadaan keseluruhan dalam almari.


Take Care!





































Monday, February 23, 2015

Coklat Cadbury dan Dato' Siti

by , in

Umum mengetahui tentang coklat Cadbury yang dah bertukar status sekarang ni..
Dulu single sekarang in relationship.
 Eh..bukan status yang itula..status lain.
Dulu haram sekarang halal.

Saya percaya ada yang keliru termasuk diri saya sendiri.
Betul ke dah halal??..

Iye..dah halal, dah dapat confirmation daripada JAKIM.

Bila dah ada lesen JAKIM yang mengesahkan halal,
 apa lagi kita nak ragu. Kan Janet kan..kan.

Tapi ada juga suara-suara yang mengatakan ini semua adalah redbull!
Mereka yang terlibat telah mempermainkan perasaan umat Islam di Malaysia. 
Macam chipsmore,
kejap ada kejap takde..kejap cakap haram kejap lagi cakap halal.

Ini bukan saya cakap tapi ada orang cakap 
“kita kena saman Syarikat Cadbury atas dasar telah menjadikan
rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap produk coklat yang yang ada logo halal di pasaran".

Orang Islam kalau bab solat tak bertempik macam ni, 
tapi kalau bab makanan halal haram jangan sesekali di cabar.
Camtulah..

Begitulah sedikit sebanyak situasi yang dapat saya gambarkan 
bila mana coklat Cadbury tengah haram dulu.
 Kecoh kat media, kedai kopi, malahan di pasaraya yang berdekatan.

Saya juga turut merasa terkesan dengan perkara tersebut.

Sehinggalah suatu hari saya sendiri melihat iklan Cadbury
 yang bercirikan islamik di You tube.
Kisah seorang bapa yang berkopiah membawa pulang coklat Cadbury ke rumah.
 Si isteri yang berhijab kelihatan ragu-ragu untuk menjamahnya, 
tetapi segera di yakinkan oleh si suami bahawa coklat Cadbury sekarang di yakini halal.

Suatu hari, saya membeli barang dapur di pasaraya. 
Saya terlihat deretan coklat Cadbury di rak.
Dulu sebelum timbulnya isu coklat Cadbury haram,
 saya memang suka makan coklat Cadbury, terutamanya jenis Black Forest.
 Tergerak hati untuk membelinya.
Tapi saya teragak-agak nak beli atau tak.

Memori saya kembali mengimbas berita tentang pengharaman coklat Cadbury.
 Walaupun saya telah beberapa kali melihat
pengunguman di kaca TV mengenai status halal coklat Cadbury,
 tetapi hati saya masih ragu-ragu untuk membeli coklat tersebut. 
Akhirnya saya meletakkan coklat itu semula.

Sehinggalah saya melihat iklan coklat Cadbury yang terbaru di TV.
Iklan yang menampilkan Dato' Siti makan coklat Cadbury 
dan menyanyikan lagu berentak catchy dengan mood happy go lucky.
Suka pulak lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti dalam iklan tersebut. 
Rasa tak puas nak dengar lagi. Macam best jer.

Hati saya mula berkata, kalau Dato' Siti makan coklat Cadbury, 
maknanya coklat Cadbury ni boleh diyakinilah kehalalannya.

Wah..hebat sungguh pengaruh Dato' Siti kan..
Sekejap je saya boleh berubah fikiran.

Tapi saya teringat kata-kata seorang ustaz,
 kalau kita ragu-ragu tentang kehalalannya lebih baik tinggalkan.

Hmm..anda pula bagaimana? 
Ada yang dah makan coklat Cadburry selepas bertukar ke status halal ni?

Apapun Dato' Siti memang comel dan cantik bertudung purple.

Take Care!



Monday, February 23, 2015

Fail Lama Jadi Baru

by , in

Saya sudah kembali mengisi kekosongan hati anda di hari yang indah ini.
Hehehe..begitu puitis mukadimah saya..
Saya nak berkongsi Gong Xi Gong Xi Ni (hihi..tempias tahun baru Cina) 
cerita tentang fail lama yang agak uzur 
yang telah di make up menjadi sebuah fail 
yang boleh di abadikan untuk kegunaan 
menyimpan dokumen saya selepas ini.
Lebih kurang macam fail yang saya cerita DI SINI.



Fail ini Encik Hubby ambil dari ofis dia. 
Memang dah lama saya request kat Encik Hubby 
kalau ada fail yang dah tak di gunakan cepat-cepat booking 
untuk bawa balik rumah. 
Haha..akhirnya wish list saya terlaksana jua. Amin..


 
Beginilah rupa fail yang saya ceritakan tadi sebelum ia di baik pulih.


Sebelum nak pakaikan fail ni dengan baju yang baru, 
saya perlu tanggalkan dulu setter pada fail.
Tu yang macam besi tu setter la kan nama dia. 
Kalau salah tolong maafkan saya.. 
Jangan serang saya dengan nama unknown or anonymous lah ye..
tak rock la kak..cam baling batu sembunyi tangan..
eh..ada kaitan ke dengan peribahasa tersebut?
Saya tanggalkan setter ni menggunakan pemutar skru jenis flat..
Tolak besi setter tu dengan berhati-hati.
 Agak mencabar juga situasi tersebut,
 tapi dengan kesungguhan dan ketabahan hati, akhirnya ia membuahkan hasil. 
Dah macam tagline usahawan industry kecil dan sederhana SME pulak kan..
Dah tanggalkan setter tu sila simpan, jangan buang dulu ye..Simpan elok-elok.

Sekarang ni ambil kertas pembalut yang cun tu 
dan mulakan proses meng adjust kan kertas dekat fail tersebut.


 Lepas dah ukur mengikut lebar dan panjang faill, saya potong lebihan kertas pembalut tadi.


Seterusnya, untuk memudahkan proses membalut fail, 
saya gunakan klip macam ni untuk kepitkan kertas pembalut 
supaya ia tetap pada kedudukannya. 
Takdelah kertas pembalut tu tersenget nanti.


Saya gam di sebelah bahagian fail,
 guna berus macam ni supaya sapuan gam menjadi rata.


Cik Syifa pun tak ketinggalan nak menolong.
Ada jer si kecik rambut gulung ni enterframe kan..

Lepas gam, balut kan fail tersebut dengan penuh kasih sayang. 
Ratakan kertas pembalut supaya tak terdapat gelembung-gelembung udara di atasnya.
Potong bahagian kertas pembalut dekat tempat yang kita nak letakkan setter tu nanti.

Selesai membalut kini kita ada misi yang harus diselesaikan.
Bagi melengkapkan fail ni, sediakan tukul besi.
Masukkan kembali setter yang ditanggalkan tadi ke tempat asalnya.


Bila kedudukannya dah di yakini sesuai 
barulah gunakan tukul besi tadi dan ketuk setter tu 
untuk meratakan dan secure kan kedudukannya.
Untuk keselamatan, pastikan setter tu rata dan tak bergerigi. 
Kang sangkut pulak kat baju..dah carik baju kurung kerawang-kerawang..


Fail yang dah siap di balut. Inilah hasil titik peluh sendiri.
Tak rugi kan bersusah payah dahulu, bersenang-senang kemudian..
yang penting tak kuar satu sen pun duit dari tabung ayam.

Dengan ini saya berbesar hati mengumumkan bahawa 
kos untuk membuat fail lama jadi baru adalah K.O.S.O.N.G.

 Fail = Percuma (kutip kat ofis)
Gam = Dah ada kat rumah
Klip = Dah ada kat rumah
Tukul Besi = Dah ada kat rumah
Kertas Pembalut = Guna mana yang ada kat rumah
Pisau pemotong = Dah ada kat rumah
Berus = Pinjam Encik Hubby
Jumlah Keseluruhan= Tiada.


Sebagai penutup mari kita imbas kembali fail sebelum dan selepas di makeover.


Take Care!








My Instagram