Sunday, March 22, 2015

Tazkirah: Rahsia Zuhud Di Dunia

by , in




Assalammualaikum..
Nak kongsi sikit kata-kata hikmah hari ni.
Moga jadi panduan dan nasihat buat saya dan orang lain di luar sana. InsyaAllah..


Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
 Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, 
kerana itu hatiku selalu tenang. 

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain,
kerana itulah aku sibuk beramal soleh. 

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, 
kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. 

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH..

Saudara2ku: 

           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        karena syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SIHAT 
       karena syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan 
        Harta Kekayaaan
     Sebab 
    Si kayapun tidak pernah  
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang 
      yang mengenalimu dan 
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang 
     mengenalimu lebih dari 
           pada orang lain. 

      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA

            Saudara2ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
            sedikitpun, 
  padahal aku tahu saat ini 
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini untuk diri sendiri, untuk share dengan kawan-kawan, anak-anak dan keluarga..semoga Allah memberkati dan meredhai kita. Aamiin..

Friday, March 20, 2015

DIY: Kotak Simpan Kertas Pembalut

by , in
Kertas pembalut bersepah-sepah? Takde tempat nak simpan? 
Jom kita DIY hari ini!



Ni bukan nak tunjuk rak pinggan baru beli..Eh..tak..tak..
Rak pinggan dah lama saya rasmikan..ni kotak kosong je.



Ukur mengikut ukuran panjang pendek yang di kehendaki.


Lepas tu boleh potong. 
Saya potong kepada dua bahagian.
Kepak yang tepi tu saya cantum guna double solitape.



Dua bahagian yang saya potong tadi saya cantum guna glue gun.
Saya nak dapatkan kotak yang ada dua ruang didalamnya.



Masa untuk membalut kotak.
Saya guna kertas skrap lebihan projek balut fail yang lepas.



Memperkenalkan Cik Syifa dengan rambut alfro nya dalam
 mood penuh ceria menunjukkan keadaan 
sebelum dan selepas kotak simpan kertas pembalut 
di make up kan.


Kertas pembalut lebih tersusun. 
Lebih kemas dan tak bersepah lagi. 

Thursday, March 19, 2015

TIPS: Simpan Cili Kisar

by , in
Sejak saya menjadi mama kepada Syifa, 
saya jarang masak makanan yang pedas giler. 
Saya memang seorang yang sukakan makanan pedas. 
Boleh dikatakan cili padi memang wajib ada..itu zaman dulu..

sekarang ni kena sesuaikan dengan citarasa Encik Hubby dan Cik Syifa. 
Dua beranak ni tak makan pedas.

Tapi adakalanya saya teringin jugak buat sambal ikan bilis atau sambal telur. 
Dah namanya sambal kan kena letak cili. 
Sambal sudah semestinya bukan menu untuk Cik Syifa. 
Untuk saya dan Encik Hubby.

Cili kering ni biasa saya blender dalam kuantiti yang sedikit.
Blender banyak-banyak pun bukan selalu masak guna cili kisar.

Walaupun blender sikit, tetap jugak ada lebih kan.
 Bakinya saya simpan dalam bekas tipuware macam kat bawah ni.

Nak bagi tahan lama dan tak nak cepat berkulat, 
saya simpan dalam tempat sejuk beku.

Tapi ada masanya saya ni manusia biasa..tak sunyi daripada melakukan kesilapan..
lupa nak keluarkan cili kisar awal-awal, terpaksa menunggu cili kisar yang beku ni nak cair.
 Puaslah rendam dalam besen yang berisi air panas..sampai mood nak memasak pun hilang. 
Tak pun cakar guna garfu supaya cili beku tu dapat di keluarkan.
 Sampai camtu sekali..he he
Oleh itu, saya telah mengambil langkah drastik
untuk menukar cara saya simpan cili kisar sebelum ini.


Saya isikan cili kering yang telah di kisar tadi ke dalam bekas kiub ais 
yang boleh didapati di mana-mana pasaraya berdekatan dengan rumah anda. 
Yang  ni saya beli kat Giant.
Lama dah..beli 2 tahun lepas untuk letak frozen food Cik Syifa.



Dah siap letak cili kisar cantik-cantik, cantik ker..
sebab nak ambik gambar ha.. ha..
gigih mengelap kat tepi-tepi yang comot tu.
Kang nampak comot sangat geli pulak para penonton blog ni menengoknyer. Hi..hi..



Simpan dekat tempat sejuk beku dalam peti ais.


Antara kebaikan yang boleh diperolehi daripada tips di atas:

Siap buat dalam peta minda lagi supaya mudah di hafal.. haha..



Take Care J

















Wednesday, March 18, 2015

Sardin Masak Lemak : Senang Dimasak Sedap Dimakan

by , in
Lauk sardin masak lemak kegemaran kami sekeluarga.
Walaupun nampak merah menyala, tapi sebenarnya tak pedas pun.
Merah tu sebab kuah daripada sardin dalam tin tu.

Cik Syifa pun boleh join makan sekali.
Saya masukkan cili padi seketul-seketul, masuk last sekali supaya tak rasa pedas.
Resepi ni hasil perkongsian daripada SIL.
Senang jer nak masak ni.

Jom tengok apa yang diperlukan untuk masak resepi ni.


Bahan-bahan:
Serai, halia, cili padi/cili merah besar, 
bawang putih, bawang merah dan kentang.



Hiris bahan-bahan seperti diatas.
Serai tu saya ketuk je.



Kentang ni saya potong 8 bahagian supaya cepat empuk.


Mula-mula saya goreng ikan sardin cap ayam ni dulu dalam kuali ajaib saya ni.  
Saya beli yang jenis mackarel tu. Isi dalamnya besar sikit daripada jenis sardine tu. 

Goreng sardin ni adalah salah satu perkara yang mencabar, 
sebab ia akan meletup-letup. Habis dapur berminyak. 
Tapi saya guna api yang paling kecil untuk menggoreng, 
jadi kuranglah letupan tu. he..he..


Kalau tak nak goreng pun boleh, 
cuma saya rasa lagi sedap bila sardin ni digoreng dahulu. 
Goreng kejap jer..jangan sampai hitam lak. 
Ketepikan dulu sardin yang dah digoreng.



Seterusnya saya tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila dah layu masukkan halia yang dihiris dan serai.
Tumis lagi sampai naik bau.



Lepas tu masukkan cili padi dan masukkan santan cair dahulu.



Masukkan pula kentang.



Masukkan perasa, garam dan serbuk kunyit.
Kacau sebati dan masukkan santan pekat.
Bila dah mendidih, terus masukkan sardin yang telah digoreng tadi.



Bila kuah dah agak pekat, boleh lah di hidangkan.



Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Senang je kan nak buat...



Take Care!


Tuesday, March 17, 2015

Install TP Link Wireless Adapter

by , in
Susah hati sebab tak boleh guna wifi kat desktop saya ni.
Desktop pc saya ni takde built in wifi, 
kalau nak guna internet kena connect guna kabel.
Nasib baik ada penyelesaian terhadap permasalahan di atas.
 Hi..hi..ayat skema memanjang.

Saya beli Wireless Adapter. Beli online.. senang..ku tunggu mu di depan pintu rumahku..
tak payah menjelajah ke Low Yat. 
Kang plan nak beli wireless adapter je, tapi balik bawa kasut baru pulak sebagai selingan.


Ini dia Wireless adapter TP Link. Harga tak sampai RM20.



Comel je... Saiz dan bentuk sebijik macam pen drive. 
Warna putih..saya suka..suci murni gitu.
Kat dalam kotak ada installation cd, USB kabel dan manual.



Mula-mula sambungkan Wireless adapter ni kat USB port PC.


Tunggu sampai ada cahaya warna hijau tu muncul.



Masukkan  installation cd dalam CD drive.



Pastu akan keluar box macam ni kat PC.
Cari model yang sama wireless adapter dan pilih Install Driver & Utility.



Bila InstallShield Wizard window ni keluar, klik Next untuk teruskan installation ni.



Pilih Install TP-Link Wireless Configuration Utility and Driver dan klik Next.



Klik Next lagi.


Klik Install.


Tunggu dia install dalam 1- 2 minit camtu.
Pastu klik Finish.

Dah install dalam PC. 
Senang je kan.

Kemudian Double klik icon TP-Link Wireless Configuration Utility.

Klik pada network dan pilih network mana yang nak di sambungkan.
Kemudian klik connect.

Kalau ada password macam biasa masukkan password dalam kotak security key.
Kalau dah keluar box connected to………
(nama network) maknanya dah berjaya connect kat internet.









































Monday, March 16, 2015

DIY: Tukar Socket Plug

by , in
Nak cerita sikit pasal kejadian minggu lepas.
Dalam pukul 10 pagi, saya macam biasa temankan Syifa kat playroom dia.

Tiba-tiba saya terbau hangit. 
Saya tengok ke luar, kot la ada makcik cleaner bakar sampah.
Takde pun.. Takpelah..mungkin bau hangit tu dari rumah jiran yang berdekatan kot.

Tapi saya rasa kurang senang, makin lama bau hangit tu makin menusuk ke hidung.
Saya mula mencari-cari punca bau tu di dalam rumah.
Saya cek suis di setiap bilik, dan akhirnya saya jumpa punca bau tersebut.



Rupa-rupanya suis kat dapur yang terbakar.
Nampak tak kat anak panah tu..dah lopong dah suis on off tu.

Menggigil satu badan. Masa tu Encik Hubby takde kat rumah.
Nak call, bateri hp dah kong..



Terus saya off suis utama.

Berpanas lah saya dengan Syifa. Dah tak boleh nak pasang kipas..berpeluh-peluh..
Nasib baik nasi dah masak awal-awal.
Nak tunggu Encik Hubby balik kerje mungkin malam nanti baru sampai rumah.
Kalau Encik Hubby balik pukul 12 malam acaner? Bergelap la pulak kami 2 beranak.

Baru saya teringat..
Saya ada simpan satu socket plug kat dalam kotak storage box.
Lama dulu saya pernah tukar socket plug sendiri. 
Tapi masa tu ada Encik Hubby tolong bagi arahan kat saya.
Bab elektrik ni saya banyak belajar dengan Encik Hubby sebab dia pakar dalam bidang ni.

Saya buka balik nota yang saya belajar dari Encik hubby dulu.
Harap-harap dapat membantu saya tukar socket plug yang dah terbakar tu.



Peralatan yang diperlukan:
1) Pemutar skru phillips
2) Test Pen
3) Pemotong wayar
4) Socket plug yang baru RM5.90
5) Keberanian tahap ultramen

Mula mula pastikan suis utama yang besar MCB nama dia ye, kalau tak salah..
Yang tu kena tutup. Pastikan langkah keselamatan dipatuhi.


Kat belakang socket plug yang baru ni kena hafalkan kedudukan untuk 
nak sambungkan wayar nanti.



Buka skru pada socket plug yang dah terbakar tadi.



Ini rupa socket plug yang hangit tu.
Dah cair dalam tu.



Longgarkan skru pada socket lama untuk tanggalkan wayar yang bersambung.



Sekali lagi..ingat warna wayar tersebut.
Boleh tengok kat SINI.


Sambungkan wayar mengikut kedudukan masing-masing.
Jangan lupa ketat kan skru.



Dah siap. 
Pasangkan plug. On suis utama. 
Alhamdulillah..saya berjaya melakukannya!

Mujurlah dah boleh on suis. Kalau tak sampai maghriblah kitaorang berpanas bergelap.
Tengkiu Encik Hubby kerana beri panduan dan tunjuk ajar kat saya.

Saya minta agar korang yang nak buat sendiri benda yang melibatkan arus elektrik ini agar tahu dan faham apa yang korang nak buat. Jangan main belasah jer. Benda yang melibatkan arus elektrik adalah sangat berbahaya. Jangan cuba-cuba sendiri jika tak berapa tahu pasal benda ni. 
Dapatkan nasihat dan bantuan daripada mereka yang lebih pakar.



Disclaimer
 Segala paparan hari ini adalah untuk panduan sahaja. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan atau kemalangan yang di hadapi daripada percubaan membaiki sendiri socket plug ini. Sebarang pengubahsuaian yang melibatkan barangan elektrik adalah membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jika terdapat sebarang kemusykilan, seharusnya anda pergi mendapatkan khidmat profesional untuk menjalankan kerja-kerja pendawaian eletrik. Pastikan anda betul-betul tahu dan yakin sebelum mencuba apa-apa teknik di atas tadi.
Artikel ini hanya untuk perkongsian di alam maya sahaja. Artikel ini tidak boleh digunakan di mahkamah syariah atau juvana mahupun Mahkamah Persekutuan untuk dijadikan bahan bukti. 

Sunday, March 15, 2015

Bubur Kacang Hijau Berkeju

by , in
Salam hujung minggu. 
Hari Ahad mesti ramai yang ada plan nak pergi bersuka ria kan..
Saya tak..Duduk kat rumah sambil membuat eksperimen. ha..ha..

Ini dia eksperimen resepi terbaru saya. 
Bubur kacang dengan keju.
Kepada yang boring makan bubur kacang "konvensional" tu kan 
boleh lah cuba pulak letak keju dalam bubur. Ala-ala asian fusion gitu..



Membuatnya pun sangat mudah sekali. 
Masak jer bubur kacang macam biasa.


Warna putih dalam bubur ni sebenarnya santan pekat. 
Kunun-kunun nak buat hiasan..
Nak buat macam bentuk bintang..
yang jadi bentuk matahari tak jadi..ekekek..
Nyesal pulak letak kat situ..
Tulah orang tua-tua cakap.. nyosal kemudian tak berguno. 
Padan muko den..!

Dah siap bubur kacang panas-panas, 
ambik sekeping keju dan masukkan dalam bubur kacang.
Pastu boleh lah di makan begitu sahaja 
atau cicah dengan biskut cracker cap Ping Pong.

Pendapat Masterchef:
Bubur ni terasa lemak berkrim..
Ada rasa masin sikit, rasa masam dari keju sikit.
Okeyla..not bad..resepi baru bubur kacang berkeju ni 
boleh di terima oleh tekak saya. he..he..

Mungkin lagi sedap kalau letak whipping cream atau aiskrim vanila ke..
Ada yang berani cuba?
Sahutlah cabaran bubur kacang berkeju hari ini juga! he..he..



My Instagram