Makeover Pintu Bilik Air

5:37:00 pm Sha Nazri 3 Comments


Inilah dia pintu bilik air kat rumah saya.
Takdelah kagum sangat kan..
Haha..orang semua dok tunjuk pintu bilik air idaman hati 
yang fancy-fancy dan berkilat-kilat.
Tapi itu tidak berlaku di sini. 

Maaflah sebab terpaksa menjamu mata dengan pintu bilik air yang tak hensem ni.
Walaupun tak cantik, saya bersyukur, 
sekurang-kurangnya ada pintu ini menjadi pelindung.

Oleh kerana selalu kena air, seiring dengan faktor usia
 maka pintu bilik air tersebut semakin berambu-ramba di bahagaian bawahnya.

Kalau rumah sendiri memang nak terus tukar pintu baru.
Tapi disebabkan saya tinggal di rumah sewa,
niat tu saya simpan je.

Buat sementara waktu ni, saya DIY je 
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk DIY kali ini.
Pen, pembaris, gunting, pisau, glue gun dan 
yang paling penting ialah corrugated plastic.


Ini dia corrugated plastic. Ambil dari balance projek kat ofis Encik Hubby.
Corrugated plastic ni biasanya ada jual kat kedai alat tulis.
Harganya saya tak pasti pulak.
Permukaannya plastik dan yang penting kalis air.
Sesuai nak letak dalam bilik air nanti.



Potong ikut ukuran pintu bilik air.


Sementara itu, saya trim bahagian bawah 
pintu bilik air ni untuk efek yang lebih kemas. hhihi..


Keringkan pintu bilik air dengan kain lap.



Saya guna glue gun untuk tampalkan
 corrugated plastic ni kat pintu bilik air.


Dah siap tampal.
Corrugated plastic ni tak cukup panjang untuk cover pintu ni,
 tu yang ada 2 keping satu panjang satu pendek.

Satu lagi, tak puas hati sebab guna corrugated plastic yang transparent, 
dari luar dah nampak pintu yang tak hensem tu.

Glue gun pun tak sesuai digunakan untuk tampal, sebab tak melekat dengan kuat.


Penyelesaiannya, saya guna corrugated plastic yang warnanya lebih pekat.
Lepas tu, lekatkan dengan paku tekan supaya tak tertanggal lagi.


Corrugated plastic yang transparent tadi 
saya lekat kat bahagian dalam pintu bilik air.
Dari luar takdelah nampak sangat pintu bilik air yang tak cantik tu.

Saya potong sikit kat penjuru tu supaya ada ruang 
untuk saya masukkan saluran air mesin basuh.

Bila dah tampal corrugated plastic ni, takdelah basah lantai kat luar pintu bilik air tu.
Sekurang-kurangnya dapatlah menutup keburukan 
pintu bilik air ni buat sementara waktu.

TAke CAre



3 comments:




Safety Drawer Lock : Untuk Si Kecil Yang Hobi Buka Laci

9:30:00 am Sha Nazri 3 Comments

Bulan 7 ni genap usia Syifa 3 tahun.
Bila dah dekat 3 tahun ni, macam-macam perkara baru yang dia belajar..
dan macam-macam pulak perkara baru yang dia boleh buat..

Salah satunya pantang nampak laci. 
Mesti ada je benda yang dia nak tengok kat dalam tu.

Masa Syifa setahun, saya letak solitape kat laci dressing table ni.

Sekarang, Syifa dah pandai tarik solitape ni.
Mungkin selama ni saya tak sedar dia dok perhati je..
macamana mama dia bukak laci…

Pernah satu hari lepas solat, saya masuk bilik, 
terkezut kucing saya dibuatnya bila tengok Syifa bermandikan losyen satu badan. 
Tambah lagi dengan lipstik setompok kat pipi. 

Okey..sekarang Syifa dah tau buka laci ni, saya kena cari alternatif lain.


Sedih tengok laci penuh dengan kesan pelekat solitape ni.
Habis berparut laci.


Masa saya pergi Mr. DIY, saya terjumpa Drawer Lock ni.
Harga: RM2.90
Ada sepesen je, rembat je la yang ni dulu.


Malam tu lepas tidurkan Syifa, saya terus pasang kat laci.
Satu peket ada dua pasang.
Drawer lock ni ada pelekat di belakangnya.


Ada dua cara untuk pasangkan drawer ni.
Cara yang pertama lekatkan di sebelah tepi atau sisi laci.
Tapi pelekat tu saya letak sendiri, 
sebab pelekat cuma ada dibahagian hadapan penyambung lock ni je.

Rasa macam tak yakin je letak drawer lock ni kat belah tepi laci ni.
Syifa ni nampak je cam tu, tapi akal dia panjang.
Lagipun kena kena tampal guna pelekat sendiri, dah rugi di situ. hihi..


Cara yang kedua, lock tu letak kat dalam drawer.
Saya sendiri nak buka pun susah, apalagi lagi Syifa kan..
Okey.. saya lebih yakin dengan cara yang ni.


Tolak je penyambung putih tu ke bawah 
sambil tarik drawer tu..dah boleh buka.



Ni selepas pasang drawer lock tu, saje nak test, 
suh Syifa bukak, boleh ke tak.
Tengok tu sampai berkerut  muka dia..
Memang susah dia nak buka.

“Eee..susahnya mama..
Nape ni..wosak ke..”

“A ah dah rosak..sebab tu Syifa jangan bukak lagi lepas ni tau.”

“Okey mama..”

Yoyo je drama ni..ha ha..


Laci dressing table selepas di pasang drawer lock.
Lepas ni kena bersihkan kesan pelekat tu.
Dan jugak habuk yang bermaharaja lawak dekat dressing table.








3 comments:




Updated: DIY Cara Keluarkan Sisa PVC yang Patah Dalam Batang Paip

4:00:00 am Sha Nazri 1 Comments

Entri ni dah lama saya publish (April 2013),
 tapi sebab penerangan tak lengkap dan ayat yang tunggang langgang,
 saya buat penambahbaikan.
 Maklumlah masa tu masih hijau lagi dalam dunia blogging.

Bak kata anak saya Syifa,

"udak kecik mana tau pape kan.."

Fuh punyala panjang tajuk kali ni.
inila hasilnya setelah 2 jam dalam bilik air 
mengeluarkan paip PVC yang patah kat dalam batang paip tu.
Sampai dah give up nak DIY.
kunun-kununnya nak tunjuk dengan En.Hubby saya pun teror la repair merepair ni.

Tangan dah merah-merah..terus cancel nak buat..
plan nak panggil plumber je datang repair.

Selang beberapa minggu kemudian gigih meng Google..

Terjumpala satu ruangan - Forum Bukit Rahman Putra.
kat forum ni saya baca tips yang diberikan oleh seorang pakcik ni.
Saya kongsikan di sini buat mereka yang dahagakan ilmu
 untuk mengeluarkan sisa PVC yang patah dalam batang paip.

Mula-mula sediakan peralatannya dulu.


Ringkas je.
Cuma perlukan tukul besi dengan skru driver.


Skru driver cari yang jenis flat.
Kalau boleh jenis nipis kat bahagian hujung skru driver tu.


Ini keadaan sisa PVC yang patah yang tertinggal dalam batang paip tu.

Mula-mula cari ruang yang terbuka sikit diantara sisa PVC dan batang paip.
Selitkan/ masukkan skru driver dekat ruang tersebut.


Ketuk sedikit demi sedikit, sampai terasa skru driver 
tu macam bergerak ke dalam batang paip tu.
Berhati-hati..jangan sampai batang paip tu patah pulak.
Ketuk di sekeliling bahagian sisa PVC yang patah tu sampai 
PVC yang patah tu rasa macam dah longgar sikit.

P/s : ketuk bukan sebarang ketuk... kang tak pasal-pasal habis roboh semua.
Sila ketuk dengan penuh kasih sayang.

Cuba gerakkan sisa PVC
 tu ke kiri dan ke kanan untuk melonggarkannya.
Kalau sisa PVC tu terlalu ke dalam, ambil playar yang hujungnya bentuk tirus. 
 Gunakan playar untuk gerakkan atau pusingkan
arah lawan jam untuk longgarkan sisa PVC tu.


Bila sisa PVC ni dah keluar separuh macam ni, boleh gunakan tangan.
Pusingkan untuk menanggalkan sisa PVC ni.
Pusing je macam kita buka penutup botol.


Dah pun tertanggal.

Maaf sebab gambar kurang jelas.
Gambar diambil dengan kamera handphone je.

TAke CAre!












1 comments:




Sup Brokoli yang Menenangkan

9:00:00 am Sha Nazri 2 Comments


Beberapa hari yang lepas saya di serang batuk dan selsema.

Ohh..kalau dua sekawan ni datang menyerang, 
memang saya rasa serba tak kena.
Hidung sebelah tersumbat, mata berair..
walaupun takde perkara sedih yang berlaku pada ketika itu.
Kalau dulu masa pegi keje, dalam LRT, ada yang pandang-pandang, 
jeling-jeling bila tetiba tengok saya mengalirkan airmata.

“ Dia ni tetiba nangis..mesti gaduh dengan laki ni..”

  Ke situ pulak Kak Jemah..

Saya kalau selsema memang tahap hover.
Airmata keluar macam lepas tengok nasib Jang Geu Rae  
yang kena buli dalam drama Korea- Incomplete Life.
Campur lagi dengan bersin bertubi-tubi. 
Dah boleh buat ringtone handphone.

Tu baru alkesah saya selsema. Belum lagi masuk cerita batuk pulak..
Yang tu next time la..

Setiap penyakit kan pasti ada penawarnya.
So..jangan merungut ye Sha…Ujian dari Allah..
Ingatan untuk diri sendiri..

Bila time selsema dan batuk, badan rasa kurang selesa.
Selera makan pun kurang.  
Sup menjadi pilihan utama saya.

Sup brokoli..
 menjadikan saya lebih tenang dan relaks.


Sup brokoli di tambah dengan sayur-sayuran lain, 
dapat mengisi perut kosong saya.

Bahan-bahan nak buat sup ni simple je.
3 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk)
Seinci halia (ketuk)
Secubit serbuk lada hitam
½ kiub ayam/ ikan bilis
1 biji telur
Sayur-sayuran:
Brokoli, carrot, bunga kobis, tomato.

Ikut suka nak letak sayur apa..Tapi brokoli wajib ada. 
Kalau takde brokoli, letak sawi pun boleh..tapi nanti kena tukar tajuk.. 
jadi sup sawi lah pulak.

Cara nak buat senang sangat.
Kalau tak gigih nak masak, resepi ini memang sangat di rekemenkan.

Cara-caranya:
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk lada hitam
dan kiub ayam/ ikan bilis dalam periuk yang berisi air.
Bila dah mendidih masukkan carrot, dan bunga kobis. 
Pastu masukkan pulak brokoli.
Kemudian, pecahkan 1 biji telur, kat tengah-tengah sup tu.
Bila dah hampir masak baru masukkan tomato last sekali.
Kalau tomato masuk awal-awal nanti jadi lembik. Tak cantik…
Pastu boleh perasakan dengan garam.
Hiaskan dengan cili padi.


Cili padi ni hiasan je, lepas amik gambar, cili simpan balik. ekekek..

Jangan lupa ye, orang batuk dengan selsema...
 elakkan minuman berais dan bergas, makanan pedas dan berminyak. 

Take Care
















2 comments:




Makeover Rak Toiletries

9:30:00 am Sha Nazri 2 Comments

Rak untuk letak barang-barang toiletries dalam bilik air saya dah berkarat.
Maklumlah..sejak menghuni rumah ni bertahun tahun tahun tahun lamanya tak berganti.


Rak toiletries ni masih teguh dan utuh, cuma berkarat sikit.
 Dah letaknya pun dalam bilik air, memang patutlah berkarat kan. 


Sementara saya mengerjakan toiletries rack ni, barang mandian
 syampu, pencuci muka, berus gigi dan lain-lain
yang berkaitan saya timbunkan di dalam sinki. Atas sinki pun ada.

Dan.. tentulah Encik Hubby tertanya-tanya…
siapakah yang telah melarikan rak ni???
Setelah saya menyelesaikan tanda tanya dalam kepala Encik Hubby,
barulah dia faham yang saya ada tugas berat yang perlu dilaksanakan.

Tugas berat tu takdelah sampai junjung motor atas bahu
macam tukang angkat barang  kat Sabah tu.
Tugas ni saya percaya, kaum hawa pun boleh buat.


Rak toiletries yang berkarat tadi tu,
saya bersihkan dulu dari sisa-sisa sabun, syampu dan juga karat yang melekat.
Bersihkan dengan guna berus besi ni barulah kekotoran senang ditanggalkan.


Selepas di basuh bersih, rak ni saya keringkan, lapkan dengan tuala.


Saya gosok dengan kertas pasir untuk hilangkan karat
 yang degil tu dan juga untuk permukaan yang lebih rata
tanpa ada kesan menggerutu pada besi rak.

Ingat lagi tak dengan cat yang saya gunakan untuk makeover almari kasut?
Ada baaanyyaak lagi lebih.
Saya guna cat yang sama untuk makeover rak toiletries ni.


Adunkan cat supaya sekata.


Cat ni pekat, senang nak sapu dan melekat kat besi rak toiletries.


Proses pengeringan untuk lapisan cat yang pertama.

Saya sapu 3 lapisan cat.
Setiap lapisan itu amik masa 5 – 6 jam untuk kering.

Dan hasilnya selepas 2 hari…


Bolehla susun semula barang-barang kat rak toiletries ni.

Balance cat masih ada lagi, tak sampai pun separuh tin yang saya gunakan.
Dengan 1 liter tin cat saya dah buat 2 projek DIY.

Kalau saka rajin tu datang lagi, mungkin saya nak cat pintu,
grill dan macam-macam lagi.

Tinggi betul cita-cita...tak salah berangan kan.

Take Care!









2 comments:




Makeover Almari Kasut

9:00:00 am Sha Nazri 0 Comments

Cerita pasal almari kasut lagi.
Kepada yang tak jemu membaca almari kasut journey, terima kasih saya ucapkan. 
Kepada yang terlupa cerita episod pertama dan kedua,
 silalah ke SINI dan SINI untuk mengulangkaji.

Selepas gagal dalam misi makeover yang lepas, 
saya terus mengambil ikhtibar daripada kegagalan tersebut.
Saya kongsikan makeover almari kasut untuk tatapan 
pembaca yang sudi jalan-jalan makan angin kat sini...

Mula-mula sekali, saya gosok permukaan papan almari dengan kertas pasir halus.


Pastu lap habuk dan bendasing kat permukaannya dengan kain lembap.
Ni bahagian atas rak kasut..dulu saya tampal dengan sticker paper, bila dah peel off jadila camtu rupanya..


Alat untuk mengecat almari kasut.
Antaranya, berus pelbagai saiz, sarung tangan, kertas pasir dan 
yang penting cat.


Cat yang saya gunakan. 
Cat ni khas untuk kayu dan juga besi.
Harga RM19.00, beli kat kedai hardware.
Tapi sebab saya adalah sweet talker punye customer, 
Ah soh yang bertindak sebagai tokey kedai cat ni bagi diskaun 10%.
Warna: Glossy Black


Mula-mula kacau dulu cat bagi adunannya sekata.


Sapu cat pada permukaan yang hendak di cat.
Macam atas ni saya cat pintu almari kasut yang tak sempat nak
di habiskan dalam episod spray paint yang lepas.

Pastikan cat tak meleleh-leleh kat berus masa sapu cat tu, kalau tak nampak comot.
Tak cantik.
Saya cat 3 lapisan. 
Selepas lapisan pertama, biarkan dulu cat kering, 
kemudian baru cat lapisan yang kedua, biar kering dan last sekali lapisan yang ketiga.
Cat 3 lapisan supaya cat akan tahan lama, hasil lebih kemas dan warna lebih menarik.


Takde masa nak basuh berus cat?
Saya masukkan je dalam dua lapis plastik zip lock dan simpan dalam peti ais.
Make sure plastik zip lock tu di seal kan, rapat-rapat. Kalau tak..habis peti ais bau cat.
Cara ni akan membuatkan berus cat tak kering dan keras melengkung 
bila nak digunakan dalam jangka masa yang singkat.


Proses pengeringan untuk lapisan cat yang ketiga.


Sementara menunggu cat kering, saya makeover pulak rak almari kasut ni.
Bahan-bahannya gunting, double solitape dan drawer mate.

Lepas cat kering, pasang dulu rak yang telah di lapik dengan drawer mate.
Lepas tu pasang pulak pintu almari kasut.

Dan hasilnya...

Rak yang telah siap di pasang.


Boleh susun kasut kat dalam ni.
Nak letak kat dalam rumah pun dah tak segan dah.


Dan inilah rupa almari kasut saya
 sebelum dan selepas di make over.





TaKe CAre!













0 comments:




Cikgu...Pahlawan Ilmu

9:30:00 am Sha Nazri 0 Comments


Gambar cikgu - cikgu yang pernah mengajar saya di SMKSC

Buat insan yang bergelar CIKGU..
Puisi ini untuk cikgu..
jangan pernah lelah mengajar anak-anak bangsamu yang dahagakan ilmu..
cikgu, 
kamulah sumber inspirasi buat kami..


Cikgu, 
Pahlawan yang berjuang
Demi masa depan anak bangsa
Tidak pernah mengharap pingat kebesaran
Tidak pernah lelah menabur jasa

Dengan kasihmu kau bekalkan kami ilmu Dengan tabah kau ajar kami menulis Dengan tekun kau ajar kami membaca Dengan sabar kau ajar kami mengira
Memerdekakan kami dari kebodohan

Cikgu, 
Andainya pahlawan ini syahid 
di medan perjuangan
Jasamu tetap menjadi sebutan
Namamu tetap tersemat di relung hati
Terima kasih cikgu!
KAMI SAYANG CIKGU KAMI







0 comments: