Homemade Coconut Shake yang fresh Kebaboom!

4:57:00 pm Sha Nazri 4 Comments

Salam Ramadhan
Semalam tekak teringin nak minum yang special sikit.
Tetiba Encik Hubby bagi idea buat coconut shake.
Masa Encik Hubby outstation ke Melaka hari tu, ada sebuah gerai tu,
Kat situ punyalah ramai orang beratur order coconut shake sahaja.

Maknanya, sedap sangatlah coconut shake ni kan.
kalau tak takde la ramai orang berduyung tiba kat kedai tersebut.

Petang tu saya, Encik Hubby serta Cik Syifa pergilah terjah gerai jual kelapa. 
Dapatlah kelapa yang tak muda dan tak tua sangat..
kira yang sedang-sedang je la untuk buat coconut shake.
Sebiji kelapa dah siap kopek berharga RM4.

Lepas tu pergi speed mart beli barang dapur sikit.
 Tak lupa juga aiskrim vanilla untuk letak dalam coconut shake.
On the way nak balik, tetiba teringat pula ais ketul takde kat rumah. 
Menyinggah pulak ke 7 eleven beli ais.

Lepas abis masak untuk juadah berbuka puasa, 
terus semangat berkobar-kobar nak buat coconut shake.


Mula-mula sediakan blender.
Masukkan satu gelas air kelapa kedalam blender.

Pastikan blender bersih, takde cili, atau bau lengkuas 
dan serai masih terlekat kat blender tu.
Kesimpulannya blender kena bersih suci murni.


Pastu masukkan pula isi kelapa.
Kalau boleh cari isi kelapa yang lembut  sikit,
 isi kelapa saya ni agak keras.


Next step ialah ais. 
Sukatan ais sama dengan air kelapa tadi.

Saya guna ais yang ada lubang kat tengah tu. 
Tak berani blender guna ais kiub yang 4 segi tu, takut blender retak pulak.


Masukkan 4 sudu susu pekat manis.
Ni ikut tekak sendiri, kalau suka manis letakla lebih sikit.
Tapi ingat..kurangkan gula dalam manisan..tambahkan manis dalam senyuman.


Letak 2 scoop aiskrim vanilla pulak.
Nyum..nyum..terliur tengok aiskrim.
Sabar..lagi setengah jam nak berbuka.


Pastu apalagi..blenderla sampai semuanya sebati.


Dah siap blender, tuang dalam gelas.


Taburkan dengan coklat rice sebagai penambah seri.


Ni dia coconut shake. Tengok tu..
putih, suci dan gebu..


Sejuk je tekak menikmati coconut shake ni.
Alhamdulillah..
Memang terbaikkk..suka sangat..
Rasa lemak, manis dan sangat fresh..

insyaAllah ada rezeki nak buat lagi.
Kata Cik Syifa,
Mmm dap..nak lagi..























4 comments:




Susun Atur: Kemas Toolbox

4:09:00 pm Sha Nazri 1 Comments

Dah lama bertahan dengan peralatan yang bersepah-sepah dalam toolbox ni.
Baru hari ni rasa nak mengemas.


Encik Hubby punya kotak toolbox sebelum di kemas.
Pening..semua dah bercampur aduk.

Keluarkan semua barang-barang dalam kotak.
Bersihkan semua habuk-habuk dan sampah sarap kat dalam tu.
Resit makan burger King tahun 2012 pun ada. Punyalah lama tak pernah kemas.



Susun ikut kategori. Like with like item.


Paku, skru dan wall plug letak dalam compartment yang kecik-kecik ni.
Senang nak cari mana skru kecil dan mana skru besar.



Peralatan yang besar sikit tu macam tukul besi, 
spana dan skru driver panjang letak kat bahagian bawah.


Dah siap susun tollbox yang pertama.
Toolbox ni special untuk peralatan pertukangan.


Toolbox yang kedua ni pun dah siap kemas.
Ni khas untuk barang-barang yang berkaitan dengan kerjaya Encik Hubby.
Jangan sangka kerja kat stesen TV ada microfon dengan kamera je..
Macam-macam part elektronik yang kecik-kecik ada.
Semua kena ada dalam ni, tak boleh keluarkan.
 Tu amanat dari Encik Hubby.
Kalau tak muat tu kena pandai-pandai adjust celah mana nak letak.


Last sekali tampalkan dengan label yang simple ni.
Tak konfius kan..



Barang-barang hardware yang rasa-rasa tah bila lagi nak guna, 
saya masuk dalam storage box.
Simpan di tempat yang selamat.
























1 comments:




Kisah Opah dan Ramadhan

1:26:00 am Sha Nazri 0 Comments


Akhirnya Ramadhan yang di tunggu-tunggu 
oleh seluruh umat islam di dunia telah tiba.
Alhamdulillah..
syukur saya masih hidup dan dapat bertemu 
dengan bulan yang penuh barakah di tahun 2015.

Sayu dan tiba-tiba sebak…teringat arwah Opah…

Tiap kali datang bulan ramadhan, 
arwah Opah yang saya panggil “Pah”, 
orang yang paling sibuk di dapur menyediakan makanan untuk bersahur.
 Ketika itu saya masih di sekolah menengah.

Opah bangun seawal 4 pagi, menyediakan nasi goreng. 
Bau nasi goreng Opah mengejutkan saya dari tidur yang lena. 
Tiada nasi goreng yang dapat menandingi nasi goreng Opah..
sebab Opah masak dengan penuh kasih sayang.

Mak bekerja di KL mencari nafkah untuk saya dan Opah.
Mak balik menjenguk saya dan Opah 
waktu hujung minggu untuk menghantar duit belanja.

Sejak saya lahir, arwah Opah lah yang menjaga saya,
 sehingga saat-saat akhir pemergiannya dia masih menjaga saya.

Secawan air kopi..
itulah kali terakhir saya menghirup air kopi yang dibuat 
Opah untuk saya berjaga malam mengulangkaji pelajaran 
sewaktu saya menghadapi peperiksaan.

Esoknya, waktu petang selepas saya pulang dari sekolah, 
saya dikejutkan dengan suara Opah dari bilik air.
Mujur masa itu mak ada di rumah..
Saya bergegas ke bilik air, mak meminta saya mengangkat Opah ke luar.
 Tubuh Opah tidak boleh bergerak, tapi suaranya masih ada meminta di berikan air.
Saya masih ingat kata-kata terakhir Opah..
“ Bagi aku air, aku dahaga sangat”..
Air..air..perkataan itu yang diulang-ulang beberapa kali.

Selepas saya berikan Opah air, Opah terus terlena.
 Saya baring  disebelah Opah.
Saya melihat wajah Opah sangat tenang.
Waktu itu saya yang masih berusia 16 tahun,
 tidak menyangka apa-apa yang buruk akan berlaku.
Saya menyangka Opah sedang tidur, mungkin terlalu penat.

Selepas waktu asar, saya kejutkan Opah, 
sebab jiran saya baru balik dari menunaikan haji, 
ada sedikit buah tangan yang dibawa dari Mekah untuk diberikan pada Opah.

Saya panggil Opah, tapi Opah masih tidur lena. 
Dadanya turun naik menghembus nafas. 
Sesekali nampak seperti Opah menyedut nafas panjang, 
menahan nafas dan menghembus perlahan-lahan.
Saya bagitahu mak yang Opah masih tidur lagi. 

Sampailah waktu Isyak, mak dah mula risau kerana 
Opah masih belum bangun lagi sejak petang tadi.
Mak panggil jiran, Makcik Siah datang dengan suami dan anak-anaknya ke rumah saya.
Sejak petang tadi Opah belum lagi makan dan minum.
Bila nama Opah dipanggil, mulutnya terbuka sedikit 
seperti ingin meminta sesuatu, tapi matanya masih terpejam. 

Mak sudukan air susu ke mulut Opah, 
kerana itu sahaja yang  mampu dilakukan pada ketika itu. 
Air susu yang di berikan mak ke mulut Opah mengalir ke luar,
 tidak di telan setitis pun.

Kebetulan, jiran saya, Makcik Siah baru balik dari Mekah 
dan ada membawa air zam-zam.
Disudukan air zam-zam ke mulut Opah.
Air zam-zam itu terus masuk ke mulut Opah dan 
nampak Opah menelan air zam-zam tadi walaupun matanya masih tertutup. 
Subhanallah..

Saya mula mengerti sekarang..
betapa dalam waktu Opah sedang merasai kesakitan saat-saat terakhir hayatnya, 
Opah masih boleh membezakan air yang di minumnya.

Saya melihat Opah semasa hayatnya, 
tidak pernah sekalipun tinggalkan solat, selalu amalkan puasa enam, 
tiap-tiap malam baca Yassin dan selalu bertasbih selepas solat.
Arwah Opah akan koyakkan kertas kecil-kecil. 
Satu kertas kecil tu mewakili 1000x bacaan tasbihnya.
Dia akan kumpul kertas kecil-kecil tu dalam Muqaddam,
 setiap malam Opah akan kira berapa tasbih yang telah di bacanya. 
Kalau tak cukup, Opah akan berjaga malam
 sampai bilangan tasbih yang dibacanya cukup 10,000x.

Malam tu, Paksu saya pulang ke rumah dan
 terus membawa Opah ke Hospital Kuala Lumpur. 
Saya dengar cerita Mak Su yang Opah di masukkan ke ICU.

Saya dan mak tinggal di rumah, sebab esoknya saya
 akan kesekolah, ada peperiksaan.

Malam itu, saya tak boleh lelapkan mata. Hati saya berdebar-debar.
Saya bangun, ambil wuduk dan solat hajat.
Dalam doa saya, saya mohon hajat saya di makbulkan.
Dengan linangan airmata , 
saya berdoa pada Allah tolong jangan ambil nyawa Opah saya.
Saya mohon agar Allah panjangkan umur Opah 
supaya Opah dapat melihat saya berjaya.
Saya pernah berjanji untuk tunaikan satu-satunya impian Opah, 
bila saya dah bekerja,
 saya nak bawa Opah ke tanah suci Mekah.

Esok petang, saya menerima berita yang paling saya takuti selama ini.
Allah telah menjemput Opah..
Opah telah pergi selama-lamanya.
Sedihnya saya memang tak dapat di tahan-tahan. 
Saya menangis semahu-mahunya.

Sehingga satu tahap saya ingin pergi bersama arwah Opah.
Ambillah nyawa saya supaya saya dapat bersama 
dengan arwah Opah ketika itu.
Waktu saya kecil hingga saat itu,
cuma ada dua nama sahaja yang paling saya sayang..
arwah Opah dan Mak saya.
Walaupun saya ada ayah dan seorang abang, 
tapi mereka seperti tidak pernah wujud dalam hidup saya.

Memang susah nak terima hakikat yang Opah telah tiada.
Malam itu, jenazah Opah sampai dirumah dengan menaiki ambulan.

Jenazah Opah di baringkan di ruang tamu 
dengan kain putih yang membalut badan Opah.
Muka Opah agak sedikit mengembang 
dan di sekelilingnya di ikat dengan kain putih. 
Wajahnya tenang..tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan.

Sebelum ini saya agak takut-takut melihat jenazah
. Saya akan duduk paling belakang
 bila ada orang meninggal dunia terutama dalam ahli keluarga terdekat.
Tetapi bila saya lihat jenazah Opah, saya tiada langsung rasa takut.

Saya duduk disebelah jasad Opah, 
membacakan surah Yassin yang di ajarkan arwah Opah kepada saya.
Hati saya lebih tenang semasa saya membacakan surah Yassin untuk arwah Opah.
Tiada setitis airmata pun yang mengalir. 

Saya lihat sekujur tubuh kaku di hadapan saya. 
Saya pegang kaki Opah. Sejuk..pucat..kaku..
Tubuh inilah semasa hayatnya yang telah menyambut kelahiran saya.
 Inilah orangnya yang telah menukarkan lampin, 
membersihkan najis dan hancing kencing saya semasa saya masih bayi.
Dia juga yang bersengkang mata menjaga saya ketika saya demam, sakit..
Dia juga yang memandikan saya, memakaikan saya pakaian, 
menunaikan permintaan saya di saat saya merengek meminta di belikan sebuah kamera.
Dia juga yang berhempas pulas mencari rezeki, bangun seawal pagi,
 berjalan kaki ke kebun untuk menoreh getah.

Walaupun hidup sederhana, kalau ada rezeki lebih, 
arwah Opah akan belikan ketam atau udang untuk hidangan waktu berbuka.
Sambal udang petai dan sup ketam air tangan Opah 
memang menjadi kegemaran saya. 
Oh! alangkah rindunya saya dengan masakan arwah Opah.

Malam itu saya tidur di sebelah Opah. Itu kali terakhir saya dengan Opah.
Saya masih mengingati setiap detik terakhir bersama Opah.

Melalui pengalaman sebegini dalam usia yang muda, agak sukar bagi saya.
Selepas Opah meninggal, saya demam seminggu dan hilang semangat untuk ke sekolah.
Saya tidak mengambil peperiksaaan, pertama kali dalam sejarah, 
saya mendapat tempat paling corot dalam kelas.

Malam ke 7 arwah Opah datang dalam mimpi saya.
Dalam mimpi saya, Opah datang ke rumah, memakai pakaian serba putih.
Saya tidak dapat melihat wajah Opah dengan jelas kerana ada cahaya yang melindunginya.

Saya menyambut Opah di tangga rumah dengan perasaan yang terlalu gembira.
Dalam mimpi saya, saya berkata.. Opah dah balik!!
Bila saya terjaga, saya kembali ke alam realiti.
Saya beristighfar..Opah dah takde…

Sesungguhnya memang saya sangat merindui saat-saat dengan arwah Opah.
Saya bersyukur pada Allah.. saya masih ada mak..Susah senang dengan mak.
Sekarang ada Encik Hubby yang sentiasa bersabar dengan kerenah saya.
Dan juga penyeri hidup kami, Syifa Hana.
 Kalau arwah Opah masih ada..tentu dia ..
Ah..Opah dah takde..

Saya bersyukur 16 tahun saya dapat bersama dengan arwah Opah.
Allah dah berikan peluang kepada saya untuk hidup bersama Opah yang paling baik di dunia ini.
Mudah-mudahan arwah Opah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah untuk arwah Fatimah Binti Baginda.
The Best Opah in the World!

p/s: Selamat menunaikan ibadah puasa.
Mohon maaf kalau terkasar bahasa.
 Hargailah setiap insan yang masih ada.
Jika masih ada ibu ayah..pulanglah..
Sambut ramadahan bersama mereka..
supaya ramadhan ini lebih bermakna..




























Tutorial Shawl Kaler-Kaler by Syifa Hana

9:30:00 am Sha Nazri 1 Comments

Hai kawan-kawan..
Hari ni Syifa akan tunjukkan cara memakai shawl
 yang paling senang dan simple tanpa menggunakan satu pin tudung pun.

Mudah, cepat dan jimat..eh..jimat pun ada..
Jimat..tak perlu beli pin tudung.


Mula-mula kita kena rembat shawl mama kita dulu, 
sebab kita kecik lagi, takde shawl lagi.


Ambil shawl tadi, letak kat atas kepala.
Opss..sorry mulut ternganga pulak.
Terr..over exited...


Pastikan shawl tu betul-betul terletak atas kepala kawan-kawan.


Shawl tadi kena jadikan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang. 
Panjang pendek tu tak kira la belah kiri ke belah kanan, 
ikut selera kawan-kawan ye.


Cakkk!
Pastu ambil yang panjang dan lilitkan.

Masa tengah lilit ni, gambar takde sebab photographer 
aka mama kita tengah bizi.


Dah siap dah.
Senang je kan..
Tak sampai 5 minit pun.

Ok bye!


















1 comments:




Ruang Dobi Yang Kos Rendah

2:44:00 pm Sha Nazri 6 Comments


Hai semua…
Saya kembali dengan membuat sedikit perubahan 
untuk ruang dobi di rumah saya.

Ruang Dobi Sebelum ni saya terletak di dapur, 
betul-betul dekat sebelah dapur gas dan mengadap sinki.

Memang sempit..
Kalau sorang basuh pinggan kat sinki,
 sorang lagi nak basuh baju, berlaga punggung la nampaknya.

Ruang mendobi baru saya ni lokasinya 
dihadapan pintu masuk masterbedroom
dan di laluan masuk ke bilik air.

Rumah comel, otak kena berpusing 360 darjah 
untuk mencari penyelesaian kepada ruang yang ciput tu. 
Hanya ruang ini sahaja bagi saya 
yang paling sesuai untuk meletakkan mesin basuh.

Kos rendah je..
sebab saya menggunakan semua peralatan 
dan barang-barang yang ada di rumah.

Rak yang saya pasang kat atas mesin basuh tu
saya gunakan rak DIY yang dibelah dua.
Potong dengan gergaji..bukan belah dengan parang ye.

Lebih kurang macamni la bentuk rak tu, cuma warna je lain.
Bila dah potong menjadi dua, 
saya dapat dua rak yang boleh di gunakan untuk letak barang lain.


Atas rak ni saya letak bakul-bakul 
supaya nampak lebih teratur dan kemas.


Kat bahagian yang pertama ni, saya letak wayar untuk extension plug.
 Kalau berjurai kat bawah nanti abislah Cik Syifa buat tali skipping.
Berus mencuci pulak saya masukkan dalam satu bekas.


Bahagian ke dua pulak saya letak kotak yang ada 
lilin, ubat nyamuk, lighter dan lain-lain yang berkaitan.
 Senang nak cari kalau blackout. Blackout tu memang jarang berlaku..
Kalau dalam keadaan kecemasan, dah tau nak cari kat mana.

Tapi agak bahaya kan simpan kat sini, nanti kena cari tempat yang berkunci. 
Buat masa ni Syifa belum cukup tinggi nak capai benda kat atas rak ni, 
cuma takut kalau ada anak buah datang, bahaya..main api pulak.

Botol spray letak dalam satu bekas.
 Ni spray untuk elak kucing poo poo kat depan rumah
 dengan spray untuk iron baju.
Berus baju pun letak sekali dalam tu.


Bahagian yang ketiga pulak satu bakul pink tu diisi 
dengan sabun basuh baju. Bekas sabun basuh baju tu saya recycle, 
daripada balang plastik gula-gula cadburry.
Pastu ada botol Vanish - 
sangat penting untuk hilangkan kotoran degil kat baju kaler putih
 dan juga fabric softner Daia untuk baju lebih wangi.
Selain tu ada spray untuk nyamuk, 
spray Dettol untuk hilangkan bau yang kurang menyenangkan 
dan WD40 untuk kegunaan ketika diperlukan.


L shape bracket ni satu-satunya barang yang saya beli 
untuk ruang dobi saya ni
Harganya kalau tak salah dalam RM3 - RM4.
Wall bracket dengan rail yang saya pasang bawah rak ni
 untuk letak hanger dan penyepit baju.
Selain itu, ia berfungsi sebagai tempat gantung
untuk baju yang belum cukup kering untuk disimpan.

Sebelum ni bracket dengan rail ni tempat asalnya 
di dalam bilik air untuk gantung tuala.
 dah berkarat... 
Mula-mula saya pindah kat rumah ni memang dah berkarat kat situ.

Saya spray paint wall bracket dengan rail tu dengan warna chrome.
Lepas sembur spray paint, barulah nampak berkilat.


Bakul kat tepi mesin basuh ni untuk kumpul semua baju-baju kotor.

Kesimpulannya, saya suka dengan ruang dobi yang baru ni,
sebab bagi saya, sangat praktikal
nak menguruskan pencucian untuk baju-bajan kat rumah saya.
Mudah nak merendam pakaian kotor,
baju yang direndam dalam baldi boleh diletakkan dalam bilik air.
Pastu saya rajin nak membasuh sebab dekat dengan bilik sendiri.

Ni je yang terdaya nak buat sekarang ni.
Maklumlah rumah comel..
Take Care!
























6 comments:




Tips: Elak Kucing Membuang Poo Poo Di Depan Rumah Jiran

5:29:00 pm Sha Nazri 3 Comments

AMARAN KERAS:
Artikel ini mengandungi unsur-unsur yang boleh mengganggu emosi, 
unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan;
serta parasit berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan Toksoplasmosis.
Jangan baca ketika anda sedang makan karipap, nasi lemak atau makanan yang lain.

Cerita bermula di sebuah tempat....

Sejak akhir-akhir ni, bila buka je pintu, 
nampak selonggok hasil buangan kucing depan pintu grill rumah saya. 
Lepas 2 hari  dia buat lagi selonggok..
Baunya haduyai..pening..

Disebabkan bau yang tak tertanggung lagi, 
saya meng offer kan diri membersihkan poo poo kucing tu.

Makcik cleaner pun tak naik-naik dah seminggu..
takut nanti ada jiran dan anak-anak jiran yang terpijak,
 bertambah banyak  printed tapak kasut taik kucing. 

Selain daripada itu, abang pos laju yang datang 
menghantar bungkusan ke rumah saya juga 
kemungkinan akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap saya.

Itu bulan lepas..
sebelum ni kesabaran saya hampir menipis
 bila si kucing yang dikenali dengan nama Zack (bukan nama sebenar) 
telah membuang betul-betul di hadapan pintu rumah saya.

Ini sudah melampaui batas. 
Banyak-banyak rumah, kenapa rumah saya yang menjadi pilihan dia.
Why..why oh why..tell me why!!

Mungkin dia rasa sayalah orang yang 
paling rajin dalam bab membersihkan ni.

Melalui sumber-sumber yang boleh di percayai, 
saya pun mula membuat penyelidikan tentang cara 
nak mengelak si Zack ni menjadikan depan rumah saya ni sebagai tandas awam dia.

Perkara yang mula-mula sekali, 
mestilah kena bersihkan dulu poo poo si zack ni.


Saya cuci dengan campuran Clorox dan sabun basuh baju
 supaya bau busuk tu dapat dihilangkan.
 Spraykan kat tempat yang kotor tu, pastu lap.

 Saya tak boleh lah nak jirus sebaldi air, 
sebab saya tinggal kat rumah apartment, kalau air mengalir ke bawah,
nanti bising pulak jiran kat bawah tu.

Ada beberapa tips yang saya baca dan cuba
 untuk elakkan kucing daripada dating membuang lagi di tempat yang sama.

Antara tips yang saya cuba ialah:

Campurkan baking soda dan cuka kedalam air.
Masukkan dalam botol spray dan spraykan di sekitar 
kawasan yang selalu kucing buang poo dia.

Keputusannya: Tidak Berjaya
Saya spray semalam, pagi tu saya nampak dah ada dia buang depan rumah.


Cara yang kedua, saya gunakan lada hitam biji.
Rebuskan dalam periuk.
Air rebusan lada hitam tu masukkan ke dalam botol spray.
Spraykan di tempat yang menjadi feveret si kucing tu membuang.

Keputusannya: Kurang Berjaya.
Lepas 3 hari di datang balik. 
Kali ni jauh sikit dia buang kat depan rumah jiran saya pulak.

Picture: Google

Last sekali saya masukkan je Clorox Citrus Blend 
yang dicampur dengan air dalam botol spray.
Clorox ni ada bau oren, bau fresh je bila sembur.


Dah seminggu, nampaknya cara yang last ni berhasil.
Tapi semburan ni tak boleh terhenti setakat sekali dua je.
 Kasi sembur hari-hari barulah kejayaan dapat dicapai. Hehe..

Bila saya google, rupa-rupanya kucing ni 
tak sukakan bau-bauan buah-buahan citrus macam limau dan lemon.
Lagi satu, tempat yang selalu kucing buang tu kena 
bersihkan sampai takde bau poo poo kucing tu lagi.

Kalau bau poo poo tu masih ada lagi,
 memang kucing akan datang lagi dan lagi dan lagi di tempat yang sama.

Satu lagi cara nak elak dari berlaku perkara yang sama,
  gunakan cat repellent.
Yang ni saya tak jumpa lagi dan tak tau kat mana nak beli.
Kalau ada sesiapa yang pernah cuba, bolehlah share nanti.

Encik Hubby cakap, kalau dia jumpa suspek utama 
yang buang poo poo kat situ, siaplah dia nak tangkap dan bawa ke muka pengadilan.

Masalahanya sekarang, si kucing  
ataupun dikenali dengan Zack bukan nama sebenar ni 
amat bijak mengatur strategi.
Tak pernah nampak kelibat dia membuang kat depan rumah saya.
Tau-tau je pagi-pagi buka pintu, dah ada selonggok kat situ.

Kucing siapa? 
Tu masih menjadi tanda soal..






















3 comments: