Kembara Mencari Baju Raya- KL SOGO

4:24:00 pm Sha Nazri 2 Comments

Kisah ini bermula di suatu hari, sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Sogo tengah buat sale.
 Members day 3 hari berturut-turut.

Maka saya pun tergerak hati nak pergi Sogo sale ni,
 memandangkan baju Syifa dah banyak yang makin mengecut
 selari dengan tumbesarannya.

Lama dah tak pergi Sogo ni. 
Dekat jer tapi jauh…jauh sebab mengadap jam.

Hari yang di nantikan pun tiba. 
Hari nak pergi tu Syifa tak nak tido. 
Kalau dia tidur, boleh tinggal dengan mak, tolong jaga Syifa kejap. 
Mata Syifa celik, macam tau-tau jer saya nak keluar hari tu.
Meraung dia nak ikut bila nampak saya buka kunci grill.

Okey..terpaksa bawak juga. Tak sanggup dengar dia meraung.

Perjalanan hari tu lambat sikit, plan nak gerak awal hancuss..
so redhor jelah..Dah dapat rasakan mesti ramai giler orang dekat Sogo.

Encik Hubby hantar sampai depan Pertama Kompleks je,
 tu pun dah kira bernasib baik.

Saya pun jalan mengusung Syifa, sampai ke Sogo.
 Depan pintu masuk Sogo tu, dia buka booth khas untuk member card Sogo,
 ada yang baru nak apply, ada nak renew macam saya dan ada nak replacement.
Pintu masuk pun one way sahaja, masuk ikut pintu lain keluar ikut pintu lain.

Daripada pemerhatian saya, ramai yang masuk dari yang keluar.

Risau jugak, ramai macam ni,
 Syifa kena sentiasa dalam genggaman.
 Kepit ketat-ketat, takut terlepas.

Lepas je pintu masuk tu, saya dah tak cari benda lain, 
misi kali ni cuma nak cari baju Syifa.
Jam menunjukkan pukul 11 pagi.
 Dari tingkat bawah sampai ke 4F (baju kanak-kanak) punyerlah ramai manusia.

Ruang yang besar kat level 4F tu dah jadi sempit.
 Ada yang bawa stroller anak. Adoi..sakit kaki saya kena langgar dengan stroller. 
Tapi mujurlah takde kecederaan, cuma agak terkilan la, 
mak budak tu dah langgar tumit kaki saya, tak minta maaf pun.
 Muka ketat, macam saya pulak yang salah.


Banyak sangat pilihan dengan harga yang agak murah.
Lepas 15 minit saya pilih-pilih baju yang berkenan di hati,
 Syifa dah mula menunjukkan tanda-tanda memberontak.
Asyik nak berdukung je.

Memang mencabar bawa Syifa, 
masa saya pilih baju yang nak di beli, Syifa saya pastikan sentiasa di hadapan saya.
 Kepit kat depan perut.


Nak bayar kat kaunter pun beratur panjang. 
Syifa dah mula menangis nak balik.
Sampai satu tahap dia jerit..
nakkk baalikkk!

Okey..orang dah mula pandang-pandang. 
Kata-kata manis pujuk rayu saya tak di hiraukan Syifa.
Terpaksalah saya letak semula baju-baju tadi 
dan keluar dari Sogo dengan tangan kosong.


Kat luar Sogo, ada Uncle clown tengah membentuk belon. 
Bila Syifa nampak belon colourful tu, baru ceria sikit. 
Uncle clown tu memang pandai menghiburkan budak-budak. 
Syifa tadi bad mood, dah mula ketawa.
 Dapatlah Syifa belon bentuk rama-rama. 
Pastu, jangan lupa pulak masukkan sumbangan seikhlas hati dalam tabung uncle clown tu.


Jalan depan sikit, ada pulak pakcik jual bubble. RM10 satu set.


Happy betul Syifa tengok bubble yang berterbangan tu.
Berpusing-pusing sambil menari-nari Syifa kat situ.


Masa ni gelagat Syifa jadi tumpuan mata-mata pejalan kaki
 yang lalu lalang kat situ.

Jalan depan lagi kelihatan seorang ibu 
yang sedang duduk menjual anak patung, ditemani oleh anaknya.
Sempat juga saya berbual-bual sekejap dengan si ibu.

Cerita si ibu, anaknya (nama timangannya Ikin)  
demam panas selepas dilahirkan. Sejak itu, dia menjaga Ikin. 
Sekarang usia Ikin dah mencecah 16 tahun.


Seorang ibu yang sangat tabah.
Masa saya berbual dengan ibu, tak de sikit pun rasa sedih, kecewa, 
atau malu kerana mempunyai anak OKU.
 Malah dia bersyukur kerana Allah berikan dia anugerah 
yang paling istimewa dalam hidupnya. 

Walaupun perbualan kami singkat,
 banyak yang saya belajar. Belajar bersyukur.
 Syukur..itu yang selalu saya lupa. Jangan selalu merungut!. 
Syukur apa yang ada. Ingat tu Sha!

Sebelum balik, saya minta Syifa menghulurkan 
sedikit sumbangan kepada kakak Ikin yang kelihatan ceria.
Biar Syifa yang hulurkan sendiri sumbangan tu, 
supaya dia dapat belajar berkongsi dengan insan yang memerlukan.
 Kakak Ikin sempat salam dengan Syifa. 


Sebelum balik, saya minta izin Ibu 
untuk mengambil gambar Kakak Ikin buat kenangan saya dan Syifa.


Saya dan Syifa meneruskan perjalanan ke stesen LRT Bandaraya.
Balik ni Encik Hubby tak dapat jemput, sebab ada urusan kat tempat lain.

Tu jer cerita saya kali ini.

Sekian.

P/s:-Gambar-gambar diatas diambil
 menggunakan kamera handphone Asus .
Hak cipta terpelihara.




































2 comments: