Thursday, September 17, 2015

Ada Apa Dengan Mesin Jahit Brothers

by , in
Salam Petang Khamis..
Dah petang baru tergerak hati nak kongsi cerita.
Bukan apa dari pagi sampai tengahari bizi sikit, tak sempat nak curi masa.

So beralih kita kepada cer arini.
Ape cer?
Macam kata pepatah Apek kedai hardware, 
sudah gaharu cendana pulak, dah tau lagi mau tanyer..hihi
Baca tajuk dah tau kan.


Inilah dia mesin jahit Brothers Model GS2700.

Maka dengan ini saya mengisytiharkan 
bahawa setelah berpenat lelah membanting tulang, 
memerah keringat, akhirnya termakbul juga doa 
untuk memiliki mesin jahit cap Brothers ni.

 Alhamdulillah..berkat solat dhuha..

Kenapa nak beli mesin jahit?
Dah berumahtangga, 
dah ada anak ni kejap-kejap nanti seluar Encik Hubby rabak,
 poket koyak, zip tertanggal..
perkara-perkara lazim macamni lah 
yang menjadikan mesin jahit sangat diperlukan.

Belum lagi pikir nak buat design gempak-gempak 
cuma kalau ada rezeki bolehla buat dress yang mudah-mudah untuk Syifa.

Sebelum ini saya guna mesin jahit yang simple jer,
 sesuai untuk beginner, tapi selepas dah yakin boleh dengan ilmu jahitan
 yang seciput ni, saya mengambil langkah drastik 
membeli sebuah mesin jahit baru.

Masih banyak lagi fungsi-fungsi jahitan 
yang belum di eksplorasi  kat mesin jahit ni, 
tapi adalah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan 
kepada mereka yang masih tertanya-tanya tentang mesin jahit Brothers GS2700.

              Kenapa saya pilih mesin jahit Brothers GS2700?
1)      Harga berada di dalam kemampuan saya untuk membeli.
2)      Mesin ini berharga dalam lingkungan RM700 ke bawah
3)      Ada pelbagai fungsi yang menawan hati saya.
4)      Antaranya needle threading, boleh guna double needle,
       quick set bobbin,1 step buttonhole dan macam-macam lagi.
5)      Disertakan dengan manual dalam bentuk DVD yang mudah difahami.



 Disertakan dengan aksesori tambahan.
Antaranya zig zag foot, buttonhole foot A,
 Zipper foot I, Darning plate, Button sewing foot M, 3x Bobbin,
 3 piece jarum mesin, 2 piece double needle,
 extra spool pin, blind stitch foot dan oval screwdriver.



Manual,  foot controller dan 1 tahun jaminan
Foot Controller dengan plug dia satu kabel. 
Senang jer nak simpan. Tapi kalau hilang satu tu, mesin ni tak jalan. 
Kalau takut kena curik simpan di tempat yang selamat.



 
Main part mesin jahit Brothers GS2700.



Pandangan di bahagian belakang.



Ada 27 jenis jahitan.
Selalu yang saya guna jahitan lurus dengan zig zag je.
Yang lain tu dalam proses pembelajaran.



Pilih jenis jahitan yang dikehendaki dengan pattern selection dial ni.



Tak yah  risau kalau tak sure macamana nak pasang benang.
Ikut je guide yang ada kat atas mesin jahit ni.

Stitch Width Dial dan Stitch Length Dial  fungsinya untuk 
sesuaikan lebar jahitan dan panjang jahitan, 
manakala tension dial pulak untuk laraskan ketegangan benang. 
Dengan adanya fungsi ini, ia dapat menjadikan projek jahitan menjadi lebih mudah.
 (bahasa macam dalam iklan pulak)



Mudah nak pasang benang sebab dah siap ada nombor untuk di follow.

Rasanya semua mesin jahit zaman sekarang ni user friendly. 
Takde dah sampai terbeliak biji mata baca buku manual tu.
Kalau maleh baca versi manusia macam saya ni,
 tengok je DVD yang disertakan sekali. Lagi cepat faham.
Kat youtube pun boleh tengok.



Pandangan kat belah tepi.
Button power on off dengan plug.



Ada bahagian yang boleh di tanggalkan 
untuk memudahkan para penjahit yang nak jahit kaki seluar atau lengan baju.
Bahagian ni juga boleh dijadikan ruang 
untuk simpan aksesori jahitan macam benang atau extra bobbin.



Part kat bahagian bawah pulak.
Ada LED light sebagai cahaya tambahan.
Kalau waktu malam, lampu bilik ala-ala romantika de amour..
adanya lampu LED ni membantu penglihatan untuk pencahayaan yang lebih baik.
Satu lagi..needle threader ni paling saya suka.
Tak perlu julingkan mata setiap kali nak masukkan benang dalam jarum.
Buttonhole lever belum lagi explore, jadi tak dapat nak story kat sini.



Quick-Set Bobbin ni sangat saya suka.
Kalau nak tukar bobbin dengan benang kaler lain, 
sangat mudah nak masukkan bobbin kedalam rumah bobbin tu.

Secara keseluruhannya memang saya suka dengan mesin jahit Brothers model GS2700 ni.
Satu pelaburan yang agak baik untuk permulaan.
Harga pun amat berpatutan.
Lagi kalau dapat harga diskaun. Berbaloi-baloi.































Tuesday, September 15, 2015

Sebuah Catatan Perjalanan

by , in
Assalammualaikum..

Sebelum saya cerita lebih panjang,
 mari kita sedekahkan Al-fatihah 
kepada saudara-saudara seislam kita
 yang telah syahid dalam peristiwa kren tumbang di Mekah.

SubhanaAllah..
mereka semua telah di ambil nyawa
 ketika sedang menunaikan ibadah di rumah Allah.
Mudah-mudahan mereka di tempatkan 
bersama-sama para solehin dan para syuhada di syurga Allah.

Baiklah..sekarang saya mulakan cerita saya.
Saya terpanggil untuk berkongsi warna warni kehidupan di Kuala Lumpur.

Hidup di KL memang tidak mudah. 
Banyak godaan dan cabaran yang perlu di tempuhi.  
Kalau tersalah langkah mungkin akan menjadi gelandangan di Chow Kit, 
takpun tidur bawah jambatan Central Market atau berakhir lemas di Sungai Klang.

Syukur Alhamdulillah..
saya sentiasa di selamatkan dan berada di landasan yang betul. 
Tak dapat dinafikan, kalau kita punyai kawan yang baik, 
insyaAllah kita pun akan ikut perangai baik kawan kita.
Tak gitu?


LRT pengangkutan utama saya ke tempat kerja.

Pergi pagi balik malam.
Kadang-kadang hari sabtu, Ahad dan public holiday
 pun perlu berkhidmat untuk company.

Kerja memang stress, tapi seronok ada stok kawan-kawan yang satu kepala.


Lokasi: LRT Masjid Jamek
Mesin layan diri untuk beli tiket LRT.



Masa ni belum lagi  waktu puncak,
 tak ramai manusia yang berduyun tiba.




Tu dia..kejap je dah ramai balik.


Ni pulak “panorama” biasa dekat trafik light
berhadapan dengan LRT Masjid Jamek.
Tak pernah sunyi dari manusia yang nak
melintas untuk ke seberang jalan di sana.


Kalau berhenti di LRT Masjid Jamek,
kaki ni mesti secara automatiknya bergerak kearah
deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis tudung dan pakaian.



Pakcik jual tudung mengalu-alukan kedatangan
para "potential buyer" dihadapan gerainya.


Di laluan tangga menuju ke bawah,
ada pakcik dan makcik yang menjual tisu.



Pandangan dari atas.



Mencari rezeki di tengah kota tak semudah yang di sangka.

Biarpun harus duduk di tepi tangga
 dari pagi hingga ke petang dengan pendapatan yang tidak menentu,
 tapi pakcik dan makcik ni gigih menjual tisu.

Lihat diri kita atau diri saya yang sempurna fizikalnya..
Sanggupkah kita menjual tisu di kaki lima berpanas dan berhujan. 

Walaupun tak dapat melihat,
tapi merekalah antara golongan selalu bersyukur
 kerana di beri kesempatan untuk hidup di dunia.

Kata Makcik ni,
Syukur nak, makcik dapat bekerja lagi..
makcik boleh cari rezeki untuk diri dan keluarga.
Panas hujan dah biasa nak…
Mana ada kerja yang senang..semua kerja susah.
Yakin Allah sentiasa berikan kita yang terbaik.
Jangan mudah putus harapan dengan Allah.

Oh..airmata saya bergenang.
Serta merta saya melihat ke dalam diri sendiri..
Saya tak mungkin setabah itu.

Tapi saya belajar satu perkara..walaupun hidup susah,
kesusahan itu menjadikan kita lebih kuat semangat untuk berusaha lebih lagi.

Walaupun kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang diinginkan,
 selalu merasa tidak cukup apa yang ada dan selalu merungut atas musibah yang datang,
 kita (dan diri saya sendiri  terutamanya) harus bersyukur kita masih hidup di atas bumi Allah,
 setiap hari dikurniakan rezeki dan nikmat…

Lihat di sekeliling kita..berapa banyak nikmat yang telah kita dapat..
berapa banyak pula yang telah kita syukuri atas nikmat yang telah di berikan.



Hidup adalah satu perjalanan..

Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan untuk pembaca blog yang saya sayangi.
Saya bukan insan yang sempurna untuk memberi nasihat.
 Saya juga banyak kekurangan dalam diri.

 Sekadar berkongsi pengalaman...Mudah-mudahan bermanafaat…










































Thursday, September 10, 2015

It's Showtime!

by , in
Sebenarnya saya nak share moment masa kat zoo
 lagi dan lagi kat  sini sebab bukan hari-hari kita semua dapat pergi zoo kan. 
Lagipun kat blog la saya boleh berkongsi
 dengan mereka di luar sana 
yang mungkin merancang bawa anak-anak ke Zoo Negara.

Walaupun saya tidak menerima sebarang royalty dari mana-mana pihak, 
baik pihak harimau mahupun gajah, 
tapi saya dengan senang hati mempromosikan mereka semua.
Bila kita tengok kehidupan lain, haiwan contohnya..
kita akan bersyukur dengan kurniaan Allah 
yang menjadikan pelbagai jenis hidupan, tumbuh-tumbuhan di dunia ini.

Betapa indahnya haiwan-haiwan yang di ciptakan oleh Allah. 
Berbagai-bagai jenis, rupa, pattern dan warna.

Untuk episod terakhir jalan-jalan Zoo Negara ni, 
saya kongsikan animal show buat tatapan anda semua.


Tengah tunggu animal show, tetiba muncul panda.
Exited Syifa..tak dapat peluk panda ori pun takpe, panda palsu pun jadila..

Animal show start pukul 3 petang,
 tapi saya dan syifa dah ada kat situ pukul 2.20 pm.
masa ni tak ramai pengunjung datang lagi.

Pukul 3.00 pm seperti yang dijanjikan, animal show pun dimulakan.


Mula-mula burung ni buat fashion runaway gaya next top model. 


Dah penat buat gaya model, 
nak upah..minta cookies pulak


Helang melebarkan sayap.


Tengah makan snek waktu petang.


Putih kuning..sejuk je mata memandang burung ni.



Burung ni bukan je comel, tapi pandai cari duit pulak tu.



Tengah tergantung macam ni pun boleh makan


Tell everybody i'm on my way


Hensem tak saya?
Sayalah si kacak yang sedang mencari cinta.

Yang paling saya tunggu-tunggu ialah superstar kat bawah ni yang sangat comel.
Aksinya memang sangat menghiburkan.


Jom main bola!


Shoot the ball!


Yang ni aksi anjing laut tabik spring


Satu.. dua.. tiga..lompat!


Siap boleh salam lagi
Selamat hari raya..

Jom tengok anjing laut imbangkan bola pulak.







Okey  boleh tepuk tangan..
Show dah habis...

Animal show ni cuma 30 minit je, tapi memang menghiburkan.
Seronok tengok kemesraan haiwan ni dengan pelatihnya.

Walaupun cuaca agak panas, 
tapi seronok tengok pertunjukan singa laut, burung dan yang lain-lain tu.
Comel sangat!


Wednesday, September 09, 2015

Bila Pak Belang Mengaum..Auummm!

by , in
Salam Rabu J
Masih lagi cerita masa kat Zoo Negara.
Di sebabkan hari ni wordless Wednesday, jadi saya kurangkan bercakap.


Jom kita tengok si leher jinjang ni dulu.
Dari jauh Syifa dah jerit..


Mama..mama..tengok tu..it's a giraffe!
mama mama can't you see it?

Ye..ye..mama nampak...mama nampak..

Perhentian seterusnya…

Welcome to Savannah Walk!


Tengok Cik Leopard di balik pagar ni..
tak nak pandang kamera langsung…
Sorry..i'm not in the mood..

On the way nak pegi tengok group-group mawas tu, 
merayap jap kat rumah Pak Belang.

Tetiba Pak Belang ni mengaum manja..Aaauumm!
Syifa tetanjat sotong! Tetiba mengalirkan airmata kerana terkejut.
Drama saangatt..


Rupanya Pak belang aka harimau ni mengantuk.
Tak lena tidur kot malam tadi.


Berendam adalah salah satu cara untuk menyejukkan hati yang panas.


Singgah kejap kat rumah Cik Harimau Putih.


Puan ke Encik ni..tak sure… sebab dia malu nak tunjuk.
Si harimau putih ni memang suka menyorok kat belakang daun keladi.
Malu kot…

Cantik pattern kat bulu dia..jarang tengok harimau kaler macam ni.


Seterusnya…dijemput ke rumah Encik Singa. 
Yang ni saya memang pasti encik.

 
Aksi akrobatik ke tu?..


Tak baik tau jelir lidah..
seksila tu konon..


Ko tau jemah, si polan polan tu semalam..sok sek sok sek..


Naik atas sikit jumpa Tok Gajah.
Ada dua ekor, lagi sekor terlindung di sebalik kayu balak tu.

Hai..ente apa khabar syekh?


Opss..kat sini tak boleh ambik gambar..
tapi dasar degil macam saya ni, ambik jugak..hihi..

Kalau nak bergambar kat sini kena guna photographer Zoo.
Lepas tu bersedia untuk bayar RM30 untuk sekeping gambar.

Terkilan sikit sebab tak dapat tengok orang utan.
Staff Zoo dah simpan orang utan awal-awal kot.
Takpela..tengok kat youtube je.


My Instagram