Sink Garbage Strainer -Teman Baru Bilik Air Saya

Assalammualaikum dunia!
Lama saya menyepi membawa diri..
Baru hari ni ada story nak kongsi Fa Chai dekat sini. 
Haha..Chinese New Year tak lama lagi kan..tu yang berjangkit sikit.

Merujuk kepada tajuk di atas yang ala-ala edisi majalah tiga..
 Jom kita sebut ramai-ramai…satu..dua..tiga..
Sink Garbage Strainer…ha..ha..

Huk oloh..ape ke bende tu??
Bahasa mudahnye perangkap sampah macam kat sinki tu.
Tapi yang ni saiznyer besar sikit, untuk letak kat dalam bilik air.


Ni muka depan perangkap sampah.


Ni pulak muka belakang beliau.


Diameternya lebih kurang 4.4 inci, 


Tinggi pulak lebih kurang 1.18 inci. 
Ini mengikut apa yang dicetak diatas kertas pembungkusnya.
Saya idokler rajin nak mengukur dengan tepat.


Cara nak install nye senang je.
Tanggalkan penutup saluran air yang konvensional tu.


Kemudian letakkan je perangkap sampah / sink garbage strainer.
 Saiznya muat-muat je untuk menutup lubang saluran air keluar tu.


Lepas tu kalau ada rambut atau sampah yang kecik-kecik tu, 
semuanya terkumpul dalam perangkap sampah ni. 
Tak de lagi nak kotorkan tangan nak kutip rambut gugur yang bersepah diatas lantai bilik air.

Tarik handle perangkap sampah ni ke atas 
dan boleh buang terus ke dalam tong sampah.
Pastu kalau perangkap sampah ni kotor sangat, 
boleh basuh bagi kilat balik. Lagi satu ia adalah stainless steel tahan karat.

 Setakat ni saya dah guna selama 4 bulan, masih elok dan tiada karat.
Secara jujur dan ikhlasnya, saya telah menggunakan benda ni 
di kedua-dua buah bilik air kat rumah.

Ada masanya rasa geram melanda 
bila mana baru je pagi tadi bersihkan bilik air,
 petang dah ada rambut yang bersepah di atas lantai.
Jika korang sehati sejiwa dengan saya yang kurang rajin ni, 
gunakanlah garbage strain sink ni..

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan di kedai Mr DIY 
yang berhampiran dengan anda.
Harga yang ditawarkan ialah RM3.90.
Dapatkan sekarang sementara duit BR1M belum habis. Hehe..

Sekian, terima kasih.

Take Care!





















6 comments:

  1. Nka beli la.. nak letak kat bilik air...
    Senang sikit

    ReplyDelete
  2. saya pun tengah cari solution nak perangkap rambut dlm bilik air tu..selalu memang penuh je atas penutup tu, bila nak buang sy korek pakai dawai..leceh..ni terus angkat strainer tu lagi senang kan..nak beli jugak la nnt.

    ReplyDelete
  3. waaaaa...good idea ni! nak tiru.. =)

    ReplyDelete
  4. idea yang bagus. saya nak buat jugak lah.

    ReplyDelete
  5. lor.. utk lubang bilik air pun ada..
    selama ni ada di sinki dapur je mcm ni..

    nanti nak usha di MRDIY..klu saiz standard, OK la..

    ReplyDelete
  6. menarik jugak ni... nanti pi cari... thanks sharing...

    ReplyDelete




My Instagram