DIY: Crayon Colourful

4:38:00 pm Sha Nazri 5 Comments


                                    Masa cek colour box Syifa, banyak rupanyer 
crayon colour yang dah patah. 
Boleh guna lagi, tapi crayon yang dah patah ni Syifa tak minat nak guna.
 Maka terbiarlah crayon tersebut tanpa mendapat perhatian sewajarnya.
Nak buang terasa sayang, apatah lagi nak membeli yang baru…
tak nak bazir duit lah kunun..

Ada banyak projek dan idea yang boleh dibuat 
dengan menggunakan crayon yang telah dilupakan
 seperti yang telah saya nyatakan di atas. 
(Oh! bahasa macam nak tulis cover letter dalam resume).
 Salah satu daripadanya ialah recycle balik crayon lama 
yang dah patah tu supaya dapat digunakan semula.

Diy projek kali ni senang je. 
Tak perlu modal. 
Hanya kesungguhan dan kerajinan sahaja yang diperlukan.
 Selain daripada itu, kita juga perlukan bahan-bahan 
dan peralatan (yang sedia ada di rumah) bagi menjayakan diy projek kali ini.

Bahan yang diperlukan:

o   Crayon

o   Trays/ acuan kuih

o   Pisau

o   Cutting mat

o   Optional : Baking paper


Langkah 1
Tanggalkan kertas pembalut pada crayon.
Tugas mengoyak kertas ni diserahkan kepada Cik Syifa.


Langkah 2
Potong crayon kepada kepingan yang lebih kecil 
diatas cutting mat yang saya lapik dengan baking paper, 
supaya kaler crayon tu tak melekat kat permukaan cutting mat ni.

Potong dalam ½ inci.. lebih kurang macam tu la.

Agak-agak je..jangan pulak ambik tape
 pegi ukur panjang cukup ½ inci ke idok..
No..no..no..tu semua tak diperlukan okey..

Saya potong crayon ni kecik sikit, supaya ia cepat cair kat dalam oven, 
tak ambik masa lama dan senang warna tu nak mengalir antara satu sama lain. 
Apekah? 
Harap korang faham hujah yang saya nak sampaikan ni.
 Kalau tak boleh nak proses dalam kepala otak,
 takpe..jangan fikir panjang, buat je langkah seterusnya.


Langkah 3
Isikan tray dengan crayon yang telah di potong kecil-kecil.
Saya campurkan je semua warna,
 tak payah nak ikut gred ke colour gradient ke 
sebab saya nak ia menjadi warna warni macam warna pelangi gitew!


Langkah 4
Masukkan dalam oven atau dalam kes saya ni, 
saya sebenarnya dah masuk dalam oven. 
Tapi disebabkan oven saya berkecah dan berpeta kat dalamnya, 
(segan nak tunjuk oven sendirik!) 
saya terpaksa acah-acah masuk dalam microwave.
 Kira tu demo je, for learning purposes only..kih..kih..kih..
okey..tak lawak..

Jangan lupa panaskan dulu oven anda 180 celcius hokey! 
Kalau oven tak panas awal-awal, 
nanti crayon lambat nak cair jangan pegi maki oven tu pulak! hiks..hiks.. Leks k..
Biarkan selama 10-15 minit 
bergantung pada oven masing-masing atau 
sehingga crayon tu betul-betul dah cair.


Langkah 4
Bila crayon dah cair, keluarkan tray dari oven dengan berhati-hati 
sebab crayon yang cair ni adalah sangat panas.

Biarkan crayon mengeras dalam 30 minit camtu. 
Nak cepat lagi proses, boleh letak kat depan kipas angin,
 macam yang saya buat ;)

Langkah 5
Dah keras crayon tu boleh lah dikeluarkan daripada tray. 
Kalau kat bawah crayon tu keras, senang je nak keluarkan. 
Tapi kalau ada lagi crayon yang degil,
 tak boleh nak tanggal dari acuan atau tray tu,
 cucukkan jarum kat tepi tray tu, 
dah boleh keluarkan crayon dengan jayanya.


Crayon yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk
 yang akan mencairkan hati kanak-kanak seperti Syifa.

Jom kita test crayon ni.

Cik Syifa sedang melukis dengan crayon.


Hasil lukisan Syifa.


A big thank for visiting this little blog!

 Take Care!



















You Might Also Like

5 comments:

  1. waaaa kreatif sgt ni! tapi takut anak2 ingat tu kuih pulak. abis di-ngap nyer nanti. hihuu..

    ReplyDelete
  2. Salam sis..creative, inovatif sgt..
    Paling penting jimat belanja!

    ReplyDelete
  3. Wah..sis ni mmg rajinla..sy bru jumpa blog sis..byk diy, tips yg menarik..lps view 1, byk lg yg sy nk baca..suka baca blog ni..santai je..kdg2 nk tegelak pun ada..
    Suka diy yg murah & jimat tu..kipidap sis!

    ReplyDelete
  4. idea yang bagus. saya tak pernah terfikir nak buat macam ni. selalunya crayon yang kontot2 tu dibuang aje. lepas ni boleh buat lah..

    ReplyDelete
  5. oo maksudnya bentukkan semula crayon tu la..
    ingatkan jadi mainan baru td..

    bila syifa dh conteng2 blk, baru tau asal tujuan baking krayon..hahaha

    selamat hari raya sha.. :)

    ReplyDelete