DIY Folding Board: Mudahnya Nak Lipat Baju

2:49:00 pm Sha Nazri 3 Comments

Hola!!!
Salam Jumaat..
Apa khabar anda semua di luar sana? 
Semoga mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh barakah ini. 
Kata alim ulama, hari Jumaat adalah salah satu waktu dimana doa kita akan dimakbulkan.  InsyaAllah...
Jadi doa banyak-banyak mudah-mudahan jadi jutawan! 
Tapi bukan sebarang jutawan tau!

Mengikut kata Kak Ton yang 10 tahun berdoa, baru dapat jadi jutawan..

“Niat nak jadi jutawan mesti disertakan dengan niat nak bantu orang susah,
 nak tolong saudara-saudara seislam..baru betul..
Doa mesti seiring dengan usaha, 
kalau doa pastu dok lepak king jer..jangan la berharap sangat!”

Baiklah..
Hari ini saya nak cerita versi cara melipat baju yang paling cepat, 
mudah dan paling penting ianya adalah menjimatkan. 
 Lipat baju cara ni bukan sahaja mak bapak anak yang boleh buat,
 malah anak-anak pun boleh melakukannya.

Dah lama sebenarnya saya niat nak DIY folding board ni,
 tapi selalunya masa sangat mencemburui saya.

Bila sampai satu ketika, baju berlambak tak lipat….it’s time for back up.

DIY folding board ni guna kotak cardboard je,
 kotak pun ambik je yang ada kat rumah.
Boleh ke guna kotak je untuk lipat baju?? 
Macam tak jer..
Well, my friends, the answer is yes!! Yes!! 
(senyum kambing sambil mengangkuk-anggukan kepala)





Hey! apa tunggu lagi, mari kita mulakan!

First thing first, bahan yang diperlukan:
1)      Kotak cardboard yang keras
2)      Baju yang nak dilipat
3)      Pembaris
4)      Pensel
5)      Pisau/ exacto knife
Optional:
6)      Cutting Board
7)      Sticker paper atau kertas pembalut


Letakkan baju t-shirt diatas kotak. 
Baju t-shirt ni saya ambil baju anak saya.
 Sebabnya saya nak buat folding board ni ikut saiz baju anak saya. 
Boleh jugak guna t-shirt saiz dewasa untuk buat folding board yang lebih besar saiznya.


Lipatkan bahagian baju di bahagian kanan dan kiri.
Kemudian buat garisan untuk tanda bahagian kotak 
yang akan di lipatkan nanti.


Lipatkan baju jadi 2 bahagian, dan buatkan garisan di bahagian tengah kotak.


Kesimpulannya, inilah gambarajah dan ukuran yang diperlukan.
1)      A & B dilipatkan.
2)      A & B yang dilipat tadi tu, potong daripada bahagian tengah 
ikut garisan putus-putus warna merah tu.
3)      Bahagian yang ada dots biru tu jangan potong,
 tu untuk bahagian kotak yang akan dilipat ke dalam.


Potong kotak dari bahagian tengah kotak sampai ke bawah dengan exacto knife.
Kemudian lipatkan bahagian tengah kotak yang dots biru tu ke atas.

Ukuran tu tak semestinya buat macam kat dalam gambar atas ni.
Sesetengah pihak merasakan ukuran saya ni tak sesuai
 sebab baju semua saiz XL, ikut je kesesuaian dan saiz lipatan baju yang diinginkan.


Ni folding board yang dah siap saya balut dengan sticker paper bercorak.

Sekejap je dah siap!

Apakata kita test pulak folding board ni.

Hari ini Syifa akan tunjukkan cara 
macamna nak lipat baju dengan menggunakan DIY folding board.


1)      Mula-mula letakkan baju di tengah-tengah board, 
bahagian belakang baju berada di atas.
Ratakan dulu baju sebelum nak start lipat ye..

2)      Lepas tu ambil bahagian sebelah kiri kotak dan letak di bahagian tengah.
(meja bersepah.. watla macam pura-pura tak perasan.. T______T)

3)      Ambil pula bahagian sebelah kanan kotak 
dan letak di bahagian tengah macam yang Syifa buat tadi tuuu...

4)      Last sekali  kotak bahagian tengah tu lipatkan ke atas.

Dah setel dah!!


Yeayyy! Syifa berjaya melipat baju. 
High five dengan mama dia!

Dengan menggunakan folding board ni, 
Syifa yang 2 tahun 8 bulan pun boleh lipat baju sendiri. 
Tu baru first try. 
Dengan beberapa kali latihan praktikal, 
 dah boleh melipat baju dengan pantas.

Lipatan baju pun jadi lebih kemas 
walaupun dilipat oleh kanak-kanak berusia 2 tahun macam Syifa.

Anak-anak kat rumah mesti seronok nak menolong mak lepas ni kan.

Pas ni takdelah tension nak lipat baju sambil kerut-kerut dahi 
menahan kemalasan dalam diri.

Okey..dah abis..sila bersurai..

Take Care!
























You Might Also Like

3 comments:

  1. saya buat banyak2 folding board ni.. bila time melipat baju aje saya panggil semua anak utk asing ikut tuan punya dan lipat sendiri punya.. memang senang sgt

    ReplyDelete
  2. Bukan anak jer excited... mama pun sama... saya pun gunakan tempat lipat baju ni saiz besar dan kecil. beli kat mr diy... tak rajin nak buat... tapi memang bagus. baju pun kemas jer..

    ReplyDelete
  3. Salam sis..sy dah diy folding board ni, ikut tutorial sis..mmg jadik! Lipatan pun kemas..sy jd rajin nk lipat baju.thanks sis..diy yg mudah dan jimat sgt!

    ReplyDelete