Tukar Mentol Lampu Kalimantang ke LED

Assalammualaikum semua..
Lama tak jenguk blog ni..Banyak sebenarnya nak share, tapi busy manjang.
Hari ini baru ada masa nak update cerita kat dalam blog ni.

Kali ini saya nak kongsi cerita pasal tukar mentol lampu kalimantang/ pandaflour ke mentol LED.
Tapi sebelum tu nak minta maaf sebab gambar kelabu asap, amik guna kamera handphone je. Maklumlah handphone tak canggih.


T8 glass tube 16 watt, beli di Mr DIY berharga RM12.90.

Al kisahnya, ballast (choker) mentol lampu kalimantang kat rumah terbakar, wayar kat dalam dah putus dua. Masa buka suis abis berasap, mujurlah takde kejadian yang tak diingini berlaku.


Beginilah nasib yang menimpa wayar tersebut.

Alang-alang nak tukar lampu, nak try la bermentolkan LED.
Macam peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Okey...dua ayat tu tak sama maksud, tapi bunyi macam dah nak serupa.

Jadi saya pun ambil keputusan untuk tukar lampu kalimantang ke mentol LED.
Fitting dia saya tak tukar, pakai je housing lama lampu kalimantang kat rumah. sebab saya dok menyewa lagi, jadi takde la beria sangat.

Untuk teknik tukar mentol LED ni, ianya 
tidak memerlukan ballast ataupun starter macam lampu kalimantang. 
Note: Ballast lampu lama dah terbako berasap, tak boleh guna dah.
Starter lama kat lampu pun tak function.

Antara ciri-ciri mentol T8 LED

Safety first!
Mula-mula sekali saya tutup dulu suis utama kat box besar tu sebagai langkah keselamatan.

Lepas tu sediakan peralatan yang berkaitan:

Tangga, lampu kalimantang lama, mentol LED yang fresh dari kedai, test pen dan skru driver phillips, playar, pemotong wayar, dan connector.


Tanggalkan mentol lampu kalimantang yang lama tu
dan buka pulak penutup casing luar dia.

Lampu kalimantang hanya ada 2 je wayar yang penting,
 iaitu LIFE dan NEUTRAL.

Update: Saya tak cerita pasal warna sambungan wayar di sini,
untuk elakkan ramai yang confius.
Terima kasih jugak pada pembaca blog saya yang bagitau.
Malangnya saya telah terdelete komen beliau, asalnya nak reply tapi pegi click delete pulak.
Huhu..

Kalau tak nak confuse, sebelum tanggalkan wayar, 
labelkan dulu wayar tu. 
Contoh wayar warna hitam bersambung dengan wayar hitam berjalur putih,
 jadi 2 wayar ni labelkan bersama.  
Takpun snap dulu gambar sebelum tanggalkan wayar tu
supaya tak terlupa tempat asal wayar tu.

Okey, lepas dah tanggal semua skru kat casing lampu
 yang melekat kat siling rumah, 
bolehlah bawak turun lampu tu dengan penuh kasih sayang.

Tanggalkan ballast dengan membuka skru yang ada kat ballast tu.


   Tanggalkan starter dengan menolak kedua-dua hujung starter tu ke tengah.


Untuk tanggalkan wayar yang bersambung pada starter tu, 
tolak cover starter dengan player atau skru driver,
kemudian tarik je wayar yang bersambung kat starter tu.


Next step, saya potong wayar merah jalur putih dan biru jalur putih 
yang dah terbakar tu dan buangkannya jauh-jauh dari sudut hatiku.


Disebabkan wayar yang terbakar tadi saya dah potong, dah jadi pendek. Jadi, nak bagi panjang, kenalah sambung wayar asal dengan wayar lain. 

Lepas tu saya satukan,bahagian wayar LIFE 
masukkan pada connector dan skru kan ketat.

Ape yang saya buat untuk elakkan kekonfiusan ialah sebelum saya bawak turun lampu tu, saya labelkan dulu dengan sticker supaya saya tak tersalah sambungkan wayar.

Jangan salah sambung wayar ye, kang trip kalau silap pasang.
Hijau/ Hijau kuning = Earth (Bumi)
Hitam/ Biru= Neutral
Coklat/ Merah= Life (Hidup)

Bila semua wayar dah pasang, skrukan penutup housing lampu.

Lepas tu bolehlah pasangkan mentol lampu LED. 

Dekat mentol LED ini dah bagitau :
 Bahagian N=Neutral dan L= Life.
Jangan salah pasang pulak.

Jom kita try dulu..
On kan suis.


Taraaa..berjaya!

Amaran: Jangan tiru aksi diatas- buat kerja atas karpet.


Dan inilah dia lampu yang saya dah siap pasang kat atas siling rumah.

Selepas tukar pada mentol LED, antara perbezaannya ialah:

1) Cahaya mentol LED ni lebih terang berbanding mentol fluorescent kalimantang.

2) Bila suis dihidupkan, mentol LED terus menyala, tak macam mentol lampu kalimantang yang lama tu, berkelip- kelip sebelum nak menyala.

3) Serangga seperti semut dan kelkatu tak datang kat LED Tube.
Cicak akan berkurangan di siling sebab katanye lampu LED ni tidak mengeluarkan sinaran UV-
 ni ulasan yang saya baca dari group CG.

4) Dari segi penjimatan elektrik, belum dapat di buktikan oleh saya sendiri, sebab saya baru je tukar satu mentol LED kat rumah.

Pesanan saya, jangan buat wiring kalau tak yakin boleh buat.
 Dapatkan khidmat dan nasihat pakar.

Tutorial ini untuk tujuan pembelajaran dan rujukan saya di masa kan datang.

Update 20/5/19:
Lampu mentol LED dalam keadaan baik.
Sehingga tarikh ini Alhamdulillah tiada sebarang masalah.


Selamat ber mentolkan lampu LED! Bye!












































19 comments:

  1. x yah susah² nak tukar wayar,,,takut merbahaya plak,,beli je casing & lampu 1set trus,,tp mahal la skit (x pe mahal skit tapi susah nak rosak)...kat rumah sya smua lampu ni,,,senang,,,petik suis trus idup lampu x yah tunggu²,,starter pun tak yah pakai,, klu banyak guna lampu LED mmg jimat..

    ReplyDelete
  2. Wah...bgus2, langkah demi langkah yg lngkap..blh cuba nt...tq2

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Ikot step tuan.. Selesai psg kalimantang Led ni terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Assalam... Nk lagi senang klurkan stater je... Pastu tukar lampu led tu... Waring tk payah ubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikusalam..Terima kasih info tu Tuan

      Delete
  5. Yes it's working great.its so simple,what have u to thinking is left side have to wire need to connect to neutral and right site have to connect to life.that all.forget about other wire.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..thank you so much for your advice Sir

      Delete
  6. contoh tuan guna lampu LED dari DIY ker?

    ReplyDelete
  7. As salam, bro
    Kalau salah pasang mentol LED, masalahnya tak tau mana L / N kat housing kalimantang tu? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  8. Nak senang cabut je starter pastu ganti tiub lama dgn tiub led..xpayah cabut ballast atau potong wayar pun boleh hidup guna perumah lama..

    ReplyDelete
  9. Trima kasih sis2 & bro2 yg bagi komen..
    hehe..bertambah ilmu..
    Sy sgt menalu-alukan..klu ade yg nk berkongsi lg boleh jgk sertakan link/ video sbgai panduan tuk saya dan kwn2 yg nak psg lampu led ni..
    TQ so much!

    ReplyDelete
  10. harga da naik pulak lampu LED MR.D.I.Y.. rm21.90..promo merdeka ni rm15.90

    ReplyDelete
  11. Lebih mudah

    Boleh cari jenis lampu led Ecofit Philips dekat Mr.DIY RM11.50 saiz T8.(harga termasuk starter,masa beli nanti, tengok hujung lampu, mesti ada)

    Tanpa wiring. Pasang macam biasa.

    Cabut starter lama, buka kalimantang, pasang led starter baru dan lampu led.

    ReplyDelete
  12. rasa nya fungsi dia cabut ballast tu and bypass wyre tu utk kurangkan lg power consumption kan? if im not mistaken la. sorry kalau salah. thats why dia bypass.

    ReplyDelete




My Instagram