Free Printable Label

2:03:00 am Sha Nazri 0 Comments

Hello peeps!

Ramai pulak yang minta printable label ni..
Ada yang saya dah email softcopy, tapi dah ramai yang request ni, 
tak larat pulak nak reply semua.
Ada jugak yang mencari saya, sampai pm kat FB, 
sorrylah dear..dah setahun berlalu baru saya reply.
Jarang cek inbox..ala..jangan merajuk yer..

Atas permintaan kawan-kawan di luar sana 
yang dah lama request printable label ni, saya share kat blog ni..
Semua orang boleh download, tanpa sebarang sekatan ekonomi.

So..kalau nak label barang-barang dapur ke, stationary ke boleh print 
dan boleh jugak ikut macam step yang saya buat kat SINI.

Caranya mudah jer..mula-mula klik link kat bawah gambar label ni.

Free Printable Label


Pastu keluar screen macam ni, klik download kat atas tu.
Kemudian open file Ms Word yang dah di download tadi.


Pastu korang klik kat tulisan dalam label tu,
 untuk tukar ke nama barang yang korang dah senaraikan siap-siap.
Kat dalam tu contoh je.
Jangan lupa save file yang dah edit tu.

Lepas dah dah taip semua senarai barang
yang nak di labelkan tu, boleh terus print.


Ni yang dah siap print.

Okey semua..Selamat melabel!

You Might Also Like

0 comments: