Sink Garbage Strainer -Teman Baru Bilik Air Saya

8:56:00 am Sha Nazri 6 Comments

Assalammualaikum dunia!
Lama saya menyepi membawa diri..
Baru hari ni ada story nak kongsi Fa Chai dekat sini. 
Haha..Chinese New Year tak lama lagi kan..tu yang berjangkit sikit.

Merujuk kepada tajuk di atas yang ala-ala edisi majalah tiga..
 Jom kita sebut ramai-ramai…satu..dua..tiga..
Sink Garbage Strainer…ha..ha..

Huk oloh..ape ke bende tu??
Bahasa mudahnye perangkap sampah macam kat sinki tu.
Tapi yang ni saiznyer besar sikit, untuk letak kat dalam bilik air.


Ni muka depan perangkap sampah.


Ni pulak muka belakang beliau.


Diameternya lebih kurang 4.4 inci, 


Tinggi pulak lebih kurang 1.18 inci. 
Ini mengikut apa yang dicetak diatas kertas pembungkusnya.
Saya idokler rajin nak mengukur dengan tepat.


Cara nak install nye senang je.
Tanggalkan penutup saluran air yang konvensional tu.


Kemudian letakkan je perangkap sampah / sink garbage strainer.
 Saiznya muat-muat je untuk menutup lubang saluran air keluar tu.


Lepas tu kalau ada rambut atau sampah yang kecik-kecik tu, 
semuanya terkumpul dalam perangkap sampah ni. 
Tak de lagi nak kotorkan tangan nak kutip rambut gugur yang bersepah diatas lantai bilik air.

Tarik handle perangkap sampah ni ke atas 
dan boleh buang terus ke dalam tong sampah.
Pastu kalau perangkap sampah ni kotor sangat, 
boleh basuh bagi kilat balik. Lagi satu ia adalah stainless steel tahan karat.

 Setakat ni saya dah guna selama 4 bulan, masih elok dan tiada karat.
Secara jujur dan ikhlasnya, saya telah menggunakan benda ni 
di kedua-dua buah bilik air kat rumah.

Ada masanya rasa geram melanda 
bila mana baru je pagi tadi bersihkan bilik air,
 petang dah ada rambut yang bersepah di atas lantai.
Jika korang sehati sejiwa dengan saya yang kurang rajin ni, 
gunakanlah garbage strain sink ni..

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan di kedai Mr DIY 
yang berhampiran dengan anda.
Harga yang ditawarkan ialah RM3.90.
Dapatkan sekarang sementara duit BR1M belum habis. Hehe..

Sekian, terima kasih.

Take Care!





















6 comments:




32 Set Tapak Jahitan

2:17:00 pm Sha Nazri 0 Comments

Assalammualaikum

Kepada mereka yang sedang mencari-cari 32 Set tapak mesin jahit,
 ada berita gumbira untuk anda.. :)
Sekarang anda boleh dapatkan daripada saya. 

Tapi sebelum tu jom saya perkenalkan kepada anda 32 Set Tapak Mesin jahit ni.

Condition: New
Material: Stainless steel
Sesuai untuk kebanyakkan mesin jahit portable. 
Antaranya mesin jahit jenama Brother, Singer, Juki, Acme, etc. 
Tidak sesuai untuk mesin jahit jenis lama, mesin jahit industri dan mesin jahit mini.


Kegunaan:
Membantu untuk memudahkan kerja-kerja menjahit.
Kerja menjahit lebih cepat dan kemas.
Sangat sesuai untuk melancarkan  dan membuat jahitan hiasan pada kain.








 Set 32 Pieces Tapak Jahitan
Harga : RM90
Pos Laju
 Semenanjung Malaysia : RM5.95
Sabah dan Sarawak postage RM8.90

Whatsapp/ Call 0192512685

Sha Nazri

Sebarang SMS tidak akan dilayan. Sorry yer.. 




Jual : Printer HP Deskjet D2660

11:23:00 am Sha Nazri 0 Comments

Assalammualaikum

Hye guys! Sihat tak?
Kita baca iklan jap arini..boleh yer..

Saya ada Printer HP Deskjet D2660 untuk dilepaskan.


Disertakan sekali dengan Software CD, 
Setup Poster, Power Cord dan USB cable.
Cartridge tidak disediakan.


Printer in good condition.
Jarang digunakan.
Tiada apa-apa masalah.
Saya nak jual sebab dah ada printer kat rumah.


Bahagian hadapan printer


Bahagian belakang printer.


Printer HP Deskjet D2660
Harga : RM 70.00
Self Pick-up area Ampang.

Serius buyer yang berminat boleh hubungi saya.

Whatsapp/ Call : 0192512685
Sha Nazri
(Strictly for bussiness only)


Update :

Sudah dijual / Sold