Tuesday, February 02, 2016

DIY Bubble Solution

by , in
Hai semua!
Syifa sekarang tengah obses dengan bubbles. 
Pergi supermarket nampak bubbles, 
pergi pasar malam nampak bubbles
 malahan pergi pasar Keramat pun bubbles gak yang dia nak.

Ingat nak char kuey tiaw ke, murtabak daging ke..



Nak membeli cecair bubbles idokler mahal, 
kalau kat pasaraya gergasi tu rege 
dalam lingkungan RM5 ke RM15 dengan peniupnya sekali. 
Tapi kalau minta dah 10 kali cuba darabkan..
berapa jawapannya..? Ngheee..

Jadi kepada peminat-peminat bubbles di luar sana, 
tak kisahlah generasi ke berapa, 
dari generasi W ke generasi Y -eh! Ade ke generasi W?.. 
saya hari ni nak share cara nak buat pati untuk bubble tu kekekkek..

Meh sini..kita sediakan bahan-bahannya dulu.

1)    Sabun cuci pinggan mangkuk-tak kisahlah kot jenama apa, yang penting banyak buih dan pekat.
2)    Baking powder -ni optional, taknak letak pun takpe..
tiada paksaan di sini
3)    Glycerin –Ha..yang ini terpaksa letak.
Kalau nak bubbles tu bersaiz besar dan 
bertahan lama terbang di atmosfera kita, gunakanlah glycerin. 


 
Ape ke benda glycerin ni Peot? Ceciter..ceciter..
Saya pun tak tahu sangat nak citerkan salasilah glycerin ni,
 tapi mengikut sumber google ia adalah benda yang digunakan dalam pembuatan kosmetik macam sabun, 
losyen dan kosmetik lain yang sewaktu dengannya.
 Selebihnya baca kat label botol ni.

Susah sebenarnya nak cari glycerin ni. 
Dari farmasi kat Taman Melawati, 
Taman Permata sampai ke Ampang point..nan hado..
Sampai Encik Hubby bebel kat saya…
nak buat apa cari benda ni?
Saya cuma bagitau yang saya beli glycerin ni untuk
 lembutkan kulit yang kering dan kudis-kudis kecil..Wakakkak..
Last-last saya jumpa online, 
penat dah kaki ni buat tour kat farmasi..
patutnya cari dulu online..
ok..my bad.
Harga RM55..shhhh..
jangan bagitau Encik Hubby..nanti kena babap.

Ok sekian, terima kasih dulu cerita pasal glycerin.
Jom kita tengok cara-cara nak membuat bubble solution pulak.
Fyi, kalau malas nak cari glycerin ni, google je, ada banyak resepi bubble solution yang tak payah ada glycerin pun.. 

Hari ni saya ada assistance merangkap PA saya.
Kepada yang belum kenal, saya perkenalkan Syifa kepada anda semua.


First sekali, kita perlukan 1 cawan air.


Lepas tu masuk dalam bekas atau cawan ke, mangkuk ke. 
Kalau buat banyak boleh guna baldi. 
Uitt..banyak no..macam nak meniaga pulak..
Saya guna cawan plastik bekas kentang shaker Mc D.



Lepas tu masuk pulak ½ camca tah baking powder.

Tuangkan 4 sudu besar sabun Joy ni.

Kemudian masukkan sabun ke dalam bancuhan tadi.

Last sekali masukkan pula 2 sudu besar glycerin.


Pastu kacau semuanya hingga sebati.


Pastu dah boleh tiup bubbles ni. 
Lagi bagus kalau bubble solution di perap semalaman, 
supaya lebih mesra adunannya. Heee..
Peniup tu pulak saya ambil pengikat wayar 
dan lilit dengan dawai supaya tak tertanggal kat kayu stick. 
Boleh guna batang aiskrim atau lidi sate kalau ada.


 Puas hati dah Cik Syifa main bubbles..


Kebetulan saya terbeli peniup bubble yang guna bateri ni.
Senang kerje, tekan je, banyak bubbles yang keluar.

Pasni buat sendiri je bubble solution. 
Kalau tak abis simpan dalam botol.
Next time boleh main lagi.













My Instagram