Mr DIY Haul : Semangat Spring Cleaning

2:49:00 pm Sha Nazri 5 Comments

Hai semua!..
Lama tak jumpa dalam arena blogging ni kan..



Hari ni saya rajin nak share sedikit sebanyak pasal shopping kat Mr. DIY.
Maklumlah, sekarang tengah meruap-ruap bahang semangat nak spring cleaning.
Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri yang malas ni, saya telah meng 'hack' Mr. DIY.
Dah..tak mo citer banyak, taip berjela-jela, perenggan pendahuluan ni bukan korang baca pun.


Microfiber Cloth
RM 2.90 x 1 pc

First sekali saya beli kain lap ni.
Katanyer microfiber.. belasahla..
nanti saya test, samada microfiber palsu ataupun tak.
Apapun, memang saya teringin nak guna kain microfiber
 sebab dah banyak cakap-cakap yang saya dengar bahawasanya 
kain microfiber adalah kain yang menduduki carta top ten 
sebagai kain lap terbaik di bumi ini. 
Warna pilihan ialah pink, kerana ia adalah my favourate colour dan
 warna purple tu Cik Syifa yang pilih.


 Microfibre Duster
Harga: RM 3.80

Kita sering menyalahkan habuk yang melekat dekat perabut,
 sedangkan kita sendiri yang malas nak bersihkan hari-hari…
Mesti ada yang makan hati baca statement ni kan..ekekekek..
Wait seminit! 
Jangan cepat sentap..
Dapatkan berus kaler merah menyala ni kat MR. DIY. 
Fungsi berus ni adalah untuk membersihkan habuk 
yang bermaharajalela kat rumah tu. 
Habuk akan melekat dengan mudah di celah-celah sash brush ni,
 tak berterbangan lagi di udara. Plus, boleh basuh lepas digunakan.


Selain daripada warna merah yang memberi semangat, 
ada karakter kucing yang comel kat bahagian hadapannya.
 Mudah-mudahan warna merah ini juga 
dapat menceriakan kerja-kerja membersih habuk
 yang dianggap kerja yang cukup membosankan tu.


Washing Brush
Harga: RM 3.90

Berus ni pulak untuk berus lantai bilik air.
Biasanya sisa-sisa sabun dan keladak-keladak kuning tu susah nak ditanggalkan.
Berus ni membantu saya menanggalkan sisa kotaran yang degil.


Bulu berus ni agak kasar dan agak keras jugak.
Tapi takdelah sampai tahap mencalarkan lantai kat dalam bilik air.
Saya suka yang jenis macam ni, 
sebab kalau jenis yang bulu lembut tu 
nanti tak lut pulak nak tanggalkan kotoran degil.
Cuma takde pemegang yang bergetah untuk lebih cengkaman..
tapi takpe ini semua bisa diatur pak…saya pakai je sarung tangan getah.


Brush
Harga: RM 4.10

Berus lagi?
 Ha..yang ni pulak saya akan gunakan untuk membersihkan sinki 
dan juga tile dinding bilik air.

Sebelum ni saya gunakan span kasar, jenis nipis yang warna hijau tu.
 Kejap je dah lunyai.
Sebab tu saya invest juga beli yang jenis ni.
Ada handle senang nak pegang untuk bersihkan dinding dan sinki.

Beralih ke cleaning tools yang khas untuk cuci pinggan mangkuk,
 periuk belanga dan lain-lain lagi.

Frying Pan Cleaner
RM 4.10

Niat asal saya nak cari pan scraper, 
tapi tak jumpa.. ke mata dah jadi berpinar sebab lama tenung barang kat Mr. DIY.

Saya tertarik dengan berus untuk bersihkan pan ni.
Warna merah dengan corak lady bug. Ada handle yang ber rubber..
Tak salah kalau saya rembat satu, ye dak.. 
Ada warna hijau dengan merah. 
Saya suruh Syifa pilih nak warna apa. 
Syifa pilih hijau, in the end saya ambik warna merah. Haha..


Brush
RM 4.10

Lagi satu berus..Haha..ape kena la saya ni obsess dengan berus pelbagai rupa ni.
Saya teringat mak saya bagitau yang jari mak tercucuk berus dawai kat rumah tu.
Tu yang saya beli jenis ni, ada pemegang. Jadi takdelah kena jari lepas ni.

Walaupun tulisan kat pembungkusnya 
sepatah haram pun saya tak boleh baca, 
tapi saya suka sebab handle berus ni warna baby pink. 
Sooo cute!


Sponge
RM 1.80

Span basuh pinggan pilihan saya.


Saya pilih span jenis ni disebabkan oleh beberapa kriteria 
yang memenuhi keperluan saya ketika mencuci pinggan mangkuk.

1)      Tahan lama- Tahan sehingga 4 bulan
2)      Jimat duit, jimat masa,
 tak yah pergi kedai untuk  beli span basuh pinggan yang dah lunyai,
 sedangkan baru pakai sebulan.
3)      Teksturnya dapat menanggalkan kesan kotoran degil 
macam kuah pekat yang melekat, kesan kerak nasi dan lain-lain lagi.
4)      Boleh di basuh berulang-ulang kali 
sekiranya ada bau-bauan yang tidak menyenangkan 
seperti bau hanyir ikan, bau kari dan lain-lain.


Egg Basket
RM 3.50

Last sekali saya sambar jugak egg basket ni sebagai
 tempat untuk menghimpunkan semua barang-barang yang saya beli tadi.


Ada penutup, dan semestinya pink colour. I like!

Okey guys, setakat ni dulu MR. DIY Haul buat tatapan korang di luar sana.
Till next time!
Bye!
Take Care!




















5 comments: