Friday, October 21, 2016

Upcycle Canvas Lama

by , in

Hai semua..
Nak share diy yang simple hari ni.

Kalau korang ada lukisan canvas lama
 yang korang menyampah nak tengok,
 jangan buang atau peram dalam kotak.

Hari ni saya share cara saya guna semula canvas painting 
yang saya sendiri tak berkenan dengan gambarnya.

Ni nak tunjuk gambar sebelum canvas tu di makeover kan.
Yang gambar kerete antik tu..
Alahai..seram pulak dok tengok gambar tu ari-ari. 
Macam ada yang tak kena.

First, get ready dengan bahan-bahan yang diperlukan.
1) Lukisan canvas yang lama
2)  White glue
3)  Masking tape
4) Glitter
5) Foam brush
6) Acrylic colour
7) Optional: Berus lukisan

Lukisan canvas lama tu saya dah spray paint dengan warna putih. 

Kalau guna canvas yang baru memang dah warna putih, 
senang  tak yah nak spray paint dah. 
Tapi sebab saya guna semula canvas lama, 
kena la padamkan dulu gambar yang lama tu.

Ni saya lekatkan masking tape kat atas canvas. 
Buat macam corak geomatri. 
Senang je..silang-silangkan mengikut kesukaan ramai.

Lepas dah puas hati dengan corak yang kita nak, 
masa untuk mewarna pulak.

Saya guna acrylic paint sebab warnanya pekat dan cepat kering.

Eh..tetiba tangan jadi kecik?? 
Jeng..jeng..magik apakah ini? Hehehe
Takde unsur-unsur ilmu hitam ke hijau kat sini..
Ni saya pinjam tangan Cik Syifa untuk warnakan canvas saya ni.

 Sementara tunggu warna kering, bolehlah buat air ribena untuk Cik Syifa.


Warna tadi dah kering, kejap je dalm 5-10 minit macam tu.


Saya sapukan gam kat bahagian yang saya tak warnakan tu.
sebabnya saya nak letakkan glitter lepas ni.


Taburkan glitter secukupnya diatas canvas.


Tunggu glitter tu kering dulu.


Dah kering semuanya, mari kita tanggalkan masking tape tadi.


Last sekali spray paint dengan transparent spray
 untuk nampak glossy finish dan juga supaya senang nak lap kalau dah berhabuk.

Kalau nak beli kat Mr DIY ni cari Lacquer No 1#.

Dah siap, boleh gantung.
 Colourful sikit ruang tamu.

Haha..barulah ada perasaan sikit tengok warna warni. 
 Simple je deko kat ruang tamu saya. 
Hihi..budget friendly lah katakan.



























Tuesday, October 18, 2016

Tukar Mentol Lampu Kalimantang ke LED

by , in
Assalammualaikum semua..
Lama tak jenguk blog ni..Banyak sebenarnya nak share, tapi busy manjang.
Hari ini baru ada masa nak update cerita kat dalam blog ni.

Kali ini saya nak kongsi cerita pasal tukar mentol lampu kalimantang/ pandaflour ke mentol LED.
Tapi sebelum tu nak minta maaf sebab gambar kelabu asap, amik guna kamera handphone je. Maklumlah handphone tak canggih.


T8 glass tube 16 watt, beli di Mr DIY berharga RM12.90.

Al kisahnya, ballast (choker) mentol lampu kalimantang kat rumah terbakar, wayar kat dalam dah putus dua. Masa buka suis abis berasap, mujurlah takde kejadian yang tak diingini berlaku.


Beginilah nasib yang menimpa wayar tersebut.

Jadi saya pun ambil keputusan untuk tukar lampu kalimantang ke mentol LED.
Fitting dia tak payah tukar, pakai je housing lama lampu kalimantang kat rumah.

Mentol LED T8 yang saya pasang ni 
tidak memerlukan ballast ataupun starter macam lampu kalimantang.
Jadi, starter dan ballast tu kena tanggalkan nanti.

Antara ciri-ciri mentol T8 LED

Jom saya kongsikan serba sedikit pengalaman saya tukar mentol LED ni.

Safety first!
Mula-mula sekali saya tutup dulu suis utama kat box besar tu sebagai langkah keselamatan.

Lepas tu sediakan peralatan yang berkaitan:

Tangga, lampu kalimantang lama, mentol LED yang fresh dari kedai, test pen dan skru driver phillips, playar, pemotong wayar, dan connector.


Tanggalkan mentol lampu kalimantang yang lama tu
dan buka pulak penutup casing luar dia.

Meh kita berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan wayar ni.

Wiring lampu kalimantang kat atas siling rumah

Ada 3 wayar yang ada kat atas siling rumah saya ni iaitu:
1. warna hitam (LIFE)
 2. warna kuning (wayar NEUTRAL) 
3.  warna hijau (wayar BUMI) -tak nampak dalam sebab terselit celah ballast.

Wayar yang ada dalam lampu kalimantang pulak:
  hitam jalur putih,  
 biru jalur putih, 
merah jalur putih  dan kuning jalur putih tu bersambung dekat starter, 
(tak nampak dalam gambar sebab letak belah ujung sekali).

Tu baru warna wayar..jangan pitam dulu. Hehe..

Lampu kalimantang hanya ada 2 je wayar yang penting,
 iaitu LIFE dan NEUTRAL.

Kalau tak nak confuse, sebelum tanggalkan wayar, 
labelkan dulu wayar tu dengan kertas warna yang berbeza. 
Contoh wayar warna hitam bersambung dengan wayar hitam berjalur putih,
 jadi 2 wayar ni lekatkan dengan kertas warna pink.  
Takpun snap dulu gambar sebelum tanggalkan wayar tu 
semua supaya tak terlupa tempat asal wayar tu.

Okey, lepas dah tanggal semua skru kat casing lampu
 yang melekat kat siling rumah, 
bolehlah bawak turun lampu tu dengan penuh kasih sayang.


Step seterusnya ialah:

Tanggalkan ballast dengan membuka skru yang ada kat ballast tu.
Note: 2 wayar yang masuk kat ballast tu nanti  akan 
disambungkan dengan connector/penyambung.


   Tanggalkan starter dengan menolak kedua-dua hujung starter tu ke tengah.


Untuk tanggalkan wayar yang bersambung pada starter tu, 
tolak cover starter dengan player atau skru driver,
kemudian tarik je wayar yang bersambung kat starter tu.


Next step, saya potong wayar merah jalur putih dan biru jalur putih 
yang dah terbakar tu dan buangkannya jauh-jauh dari sudut hatiku.

Kat sini saya ada problem sikit, sebab bila dah potong wayar,
 jadi pendek pulak, nanti nak sambung kat atas siling, wayar tak cukup panjang.


Jadi, nak bagi panjang, saya ambil wayar kuning jalur putih dalam lampu kalimantang tu
dan sambungkan dengan wayar merah jalur putih guna penyambung wayar/connector. 
Wayar biru jalur putih tu pun pendek, sama jugak, 
saya sambungkan dengan wayar yang sama warna dengannya.

Lepas tu satukan wayar kuning jalur putih dan wayar biru jalur putih dengan connector.
Ketatkan skru.
Yang ni nanti akan sambung ke wayar NEUTRAL.

Manakala di satu lagi bahagian, iaitu wayar merah berjalur putih, 
dengan wayar hitam berjalur putih saya satukan, 
masukkan pada connector dan skru kan jugak ketat.
Yang ni pulak akan sambung ke wayar LIFE.

Jangan salah sambung wayar ye, kang trip kalau silap pasang.

For learning purposes, 
saya sambungkan wayar lampu kalimantang tadi dengan wayar plug 3 pin.
Untuk lebih mudah difahami.


Wayar biru- plug 3 pin (Neutral) 
disambung dengan wayar biru jalur putih dan wayar kuning jalur putih.

Wayar coklat -plug 3 pin (Life)
disambungkan dengan wayar hitam jalur putih dan merah jalur putih.

Wayar hijau- plug 3 pin (Bumi/Earth)  
tak payah sambung kat mana-mana, cuma selitkan sahaja dekat hook besi dalam housing lampu tu.

Pastikan skru pada connector ketat.
 Jangan nanti ada wayar yang tercabut pulak daripada penyambung tu.

Bila semua wayar dah pasang, skrukan penutup housing lampu.

Lepas tu bolehlah pasangkan mentol lampu LED. 

Dekat mentol LED ini dah bagitau :
 Bahagian N=Neutral dan L= Life.
Jangan salah pasang pulak.

Jom kita try dulu..
On kan suis.


Taraaa..berjaya!

Amaran: Jangan tiru aksi diatas- buat kerja atas karpet.

Dengan menggunakan konsep yang sama,
 lampu LED ni saya sambungkan dengan wayar kat siling rumah.

Wayar kat atas siling rumah saya:

Wayar hitam kat siling 
sambung dengan wayar hitam jalur putih dan merah jalur putih dalam lampu LED.

Wayar kuning kat siling 
sambung dengan wayar biru jalur putih dan wayar kuning jalur putih dalam lampu LED.

Wayar hijau tak sambung kat mana-mana,
 cuma selitkan je dalam housing lampu.

Note:  Warna wayar kat rumah masing-masing mungkin berbeza.
Kalau sama boleh copy paste, kalau tak sama jangan ikut. 


Dan inilah dia lampu yang saya dah siap pasang kat atas siling rumah.

Selepas tukar pada mentol LED, antara perbezaannya ialah:

1) Cahaya mentol LED ni lebih terang berbanding mentol fluorescent kalimantang.

2) Bila suis dihidupkan, mentol LED terus menyala, tak macam mentol lampu kalimantang yang lama tu, berkelip- kelip sebelum nak menyala.

3) Serangga seperti semut dan kelkatu tak datang kat LED Tube.
Cicak akan berkurangan di siling sebab katanye lampu LED ni tidak mengeluarkan sinaran UV-
 ni ulasan yang saya baca dari group CG.

4) Dari segi penjimatan elektrik, belum dapat di buktikan oleh saya sendiri, sebab saya baru je tukar satu mentol LED kat rumah.

Pesanan saya, jangan buat wiring kalau tak yakin boleh buat.
 Dapatkan khidmat dan nasihat pakar. Kalau kena karan saya tak bertanggungjawab hokey.

Tutorial ini untuk tujuan pembelajaran dan rujukan saya di masa kan datang.

Selamat ber mentolkan lampu LED! Bye!












































My Instagram