Cuti- Cuti Cameron Highlands




Assalammualaikum..

Pergh..lame giler tak berblogging..kesian blog ni..bersawang habis..mane pergi Sha yang gigih dulu..
Blog dah terabai..penuh habuk..sampai masuk mata dah ni..

Sedar tak sedar dah masuk penghujung tahun 2017 kan..azam kurus amacam? Dah terlaksana ke?
Haha..soalan tu jawab dalam hati jela..

Mommy daddy mesti tengah sibuk shopping persiapan nak kembali ke sekolah.
Maklumlah..cuti sekolah pun ada berbaki dalam 1 minggu je lagi kan.
Boleh lagi ni bawak anak-anak pergi jenjalan.

Ada yang nak pergi Cameron Highland tak?
Ni ha..nak share cerita pasal trip saya dengan BFF ke Cameron Highland bulan November aritu. Punyalah lame..baru la ni nak updated kat sini.

Kitaorang BFF since sekolah rendah lagi. Dah bertahun tak jumpa.
Dah lama sebenarnya kitaorang plan bende ni..sepatutnya pergi 4 family. (Fyi, BFF semua tak single dan tak available).
Tapi seminggu sebelum nak pergi..BFF yang stay kat Penang tu tak dapat join.  Penang masa bulan November aritu banjir, abis semua harta benda berenang-renang dalam air bah..antaranya termasuklah peti ais, mesin basuh, TV dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Oleh kerana kos yang perlu dikeluarkan untuk repair merepair, jadi BFF Penang tak dapat ikut.
Kitaorang yang bertiga ni memahami keadaan beliau (BFF Penang). Ujian dari Allah..mudah-mudahan segala urusan BFF Penang di permudahkan.
Agak sadis jugak sebab dia yang plan semua ni. Last-last dia yang tak dapat pergi. Jadi 3 family je la yang pergi. Kitaorang bertiga semua kat Selangor, dia sorang je nun jauh tercampak kat Utara.

Mula-mula rasa macam nak cancel je….tapi semua dah plan baik punye. Duit homestay dah bayar, semua benda dah prepared.
Kitaorang gagahkan diri jugak untuk pergi walaupun sebenarnya agak keberatan sebab BFF Penang tak dapat ikut.
BFF Penang..next time kite pergi berjimba bersama-sama hokey!

Jom ke Cameron!
Saya 1 family bertolak dari KL pukul 9.30 pagi. BFF yang 2 orang lagi tu naik 1 kereta bertolak dari Rawang.
Haha..janji lepas subuh nak gerak…subuh gajah! Kelam kabut dibuatnya. Sempat gak buat nasi goreng. Nasib baik baju semua dah pack. Cuma tinggal nak pack cekedis dengan barang nak bawak untuk masak-masak kat homestay je.

Sampai RNR Tapah, singgah kencing dan sempat gak beli cekedis sebagai kudapan dalam perjalanan nanti. Lepas tu perjalanan harus diteruskan demi untuk mengejar cita-cita ber holiday di Cameron Highland.

Jalan Tapah berliku-liku, berbelit-belit macam ulaq kena palu. Pening rasa nak muntah jangan cakaplah, siap bawak minyak angin, gula-gula berangin dan semua yang berpudina dibungkus rapi, dah tau dah memang tak boleh tahan dengan jalan Cameron Highland.
Sepanjang jalan Tapah tu kiri kanan ade orang jual petai. Pendek kata time tu memang festival Petai la. Durian tak boleh lawan dengan kemeriahan yang dimiliki oleh Encik petai.


Dah sampai Tanah Rata.

Setelah mengharungi jalan yang berliku dan bermain dengan perasaan loya tekak semua...akhirnya semua tu terubat bila nampak ladang teh Cameron Valley terbentang luas di depan mata. Tapi kitaorang tak singgah sebab plan nak pergi esoknya. 

Cuaca mendung macam nak hujan.

Masing-masing dah kebulur. Cari tempat makan dulu. Kitaorang decide makan kat kedai berdekatan dengan homestay yang kitaorang duduk. Sampai Tanah Rata dalam pukul 1 petang. Check in pukul 2 petang, jadi sempatlah nak makan dulu. Kedai ni paling ramai orang makan, ingat sifir ni..kalau ramai orang makan, mesti dia masak sedap.
Tapi..hampeh sikit..tak sedap..saya order nasi goreng kampung..sedap lagi saya masak..amboi..amboi..amboi..amboi..amboi..amboi..tu dia..Encik Altimet dah nyanyi..hahaha..


Homestay yang saya duduk ni dekat block Gladious, Greenhill Resort, Tanah Rata.  Dapat cari melalui FB Homestay Muslim. Rate dia RM350 1 Apartment, 2 hari 1 malam.
 Tapi..ha..ade tapi..apartment yang saya duduk ni tak begitu memuaskan especially bilik air dia..bukan nak riak..saya rasa toilet umah saya yang bukan taraf hotel atau homestay  lagi bersih.
Masuk je apartment ni lantai basah..baru lepas mop. Jenuh saya mengelap dengan pengelap kaki..bawak budak-budak tengah melasak..berlari ke sana sini..lantai licin..kang jatuh bedebuk…dah tak jadi percutian yang menggumbirakan hati.
Apartment sebelah yang BFF saya duduk pulak bilik air yang kat luar bedroom tu air bertakung. Sian diorang mandi sambil berzumba mencedok air ke dalam sinki..haha..hebat…
Lain-lain masalah biarlah saya simpan dalam kenangan. Kalau ade pembaca blog saya nak share homestay atau hotel yang tak best yang pernah korang duduk..silakan..saya sangat mengalu-alukan. Please tell me I’m not alone here.

Malam pertama di Cameron Highland, lepas maghrib, kami pergi ke pasar malam di Brinchang. Tak jauh dalam 10 minit dah sampai. Tapi yang buat lama sebab jenuh cari parking. Pusing punye pusing, tak jumpa. Lastly, parking depan apartment kat atas bukit tu.. apartment mende tah..dah lupe nama dia. Tu pun kena double parking. Pengajaran kat sini: Lain kali keluar awal. 
Kitaorang jalan kaki ke bawah menuju ke pasar malam. Tak jauh sangat. Sejuk jalan malam-malam dengan angin yang bertiup kat Cameron Highland yang membuatkan korang fefeeling macam berada di negara Eropah. Try la tiup-tiup ikut mulut, kot ada asap keluar. Tapi hampeh..bau petai yang kluar..Haha..
Kat pasar malam saya beli burger dengan ayam goreng ala-ala Uncle Bob tu.
Strawberi kat pasar malam murah. 4 bungkus RM10. Coklat celup yang makan dengan strawberri tu jual lain harga. RM5 kalau tak salah saya. Lain-lain macam pasar malam biasa, kalau korang nak beli keychain atau fridge magnet, harga boleh tahan murah. Boleh negotiate lagi.

Ada sorang uncle ni jual microphone yang bluetooth tu. Kebetulan masa dia tengah karoks tu, kami lalu depan stall dia. Saya tak boleh tahan dengar dia karoks..tergelak besar saya depan uncle tu. Haha..maafkan saya uncle..sebab suara dia nyanyi lagu Aiman Tino ke ape tah melodi jadi lain. Lagu tu sepatutnya melodinya sedih terus jadi happy.

Panjang celoteh saya ni. Kelopak mata korang pun mungkin dah separuh tiang..sikit lagi berdengkur la tu..hahaha..so lepas ni bak kate pepatah zaman viral ni...let picture do the talking..

Pasar pagi Brinchang (FAMA) Cameron Highlands
Hari Ahad. 
Pukul 7 pagi sampai 12 tengahari

Mari akak..mari abe-abe..meh beli cactus.

Macam-macam souvenir ada.
Berpinar mata.

Amboi Kak ngah..Shopping macam nak buka bisnes



Sape pernah makan ni?
Epal Cameron rasa macam honey dew

Seterusnya kita jalan-jalan ke Big Red Strawberry Farm.


Peace ya'll

 Strawberi tak banyak.
Yang tinggal semua strawberi ketot.
Bukan musim kot.

 Sooo fresh..

 Bunga cantik!

Cantiknya bunga ni mama!

Nak bawak balik ni boleh ke mama?

Syifa tak lepaskan peluang main benda pusing-pusing ni
 Harga: 2 token RM 2

Next kita pergi Kampung Sedia.
Lunch dekat kedai makan kat situ. Makan nasi campur. Tak ingat nama kedai tu, tapi sebelah dengan Taman Agro Al Mashoor.


Ambik gambar kenang-kenangan.

Kat sini pun strawberi ketot.

Penyejuk tekak.

On the way nak turun tu, cadangnya nak tengok ladang teh Boh.


Sampai sini je..Tak naik atas sebab hujan rintik-rintik dah turun.
Time ni pun dah pukul 4 petang. Ladang teh pun dah nak tutup.


Sempat tengok teh ni je..Huwaaa..
Ni je yang dapat snap..
Tak sampai hasrat nak berselfie depa tangan macam dalam filem Titanic tu..
huhu..


On the way nak balik, singgah jap Lata Iskandar.

Tu dia..air terjun..
Tingginyer air tu terjun mama.. :)

Relax sekejap..Sejuknya air..


Antara barang yang dijual kat tepi jalan Lata Iskandar.

Comel-comel kraftangan kat sini.

Orait..tu je..
Banyak lagi tempat yang tak pergi kat Cameron.
Masa tak cukup.
Takpe next time boleh pergi lagi.

Tu je wat kali ni.
Thanks singgah sini.






























3 comments:

  1. seronok kan ke cameron, sy sekeluarga pun suka ke sini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..seronok..tapi masa sgt mencemburui..byk tpt x pegi..

      Delete
  2. Mohd Reihan

    Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang REIHAN BANDUNG TRANSPORT selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rezeki nya Amiin…. Reihan Bandung transport hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Reihan, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Reihan Bandung Transport menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta.
    JOM JOM ke Bandung bersama Reihan, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Reihan…
    Dijamin Reihan bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..
    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281323761223
    WhatsApp : +6281323761223
    Email : mohdreihan98@gmail.com
    Reihan Bandung Transport tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..🙏🏻🙏🏻🙏🏻

    Ingat Bandung, Ingat kami..!

    Anda perlukan khidmat supir untuk bercuti di Bandung..? No problem, Kami boleh bagi solusinya. REIHAN TOUR BANDUNG adalah salah satu syarikat muslim yang mengkidmat dalam bidang pelancongan. Bermula dari CAR RENTAL, Syarikat kami berubah menjadi Syarikat pelancongan yang menyediakan berbagai macam pakej tour di Bandung, Khususnya dalam pengkhidmatan supir. Kami ada karena anda perlukan. Tak payah risau dengan supir kami, semua supir kami sudah mempunyai pengalaman tinggi di bidang pelancongan, mereka Mesra, Jujur, Sopan dalam berprilaku, Santun dalam berkata.

    Harga Pakej supir untuk mase 3Hari-2Malam

    RM380 :Untuk satu kete sepanjang 3Hari. Kete yang di pakai adalah sejenis TOYOTA AVANZA, DAIHATSU XENIA, SUZUKI APV, DAIHATSU LUXIO

    RM530: Untuk satu kete sepanjang 3Hari. kete yang dipakai adalah sejenis TOYOTA INNOVA

    RM680 :Untuk satu Van sepanjang 3Hari. Kete yang dipakai adalah sejenis VAN ISUZU ELF SHORT

    RM850 :Untuk satu Van sepanjang 3Hari. Van yang dipakai adalah sejenis VAN ISUZU ELF LONG, TOYOTA HIACE

    4D 3N

    RM530 :Jenis kete yang dipakai TOYOTA AVANZA, DAIHATSU XENIA, SUZUKI APV, DAIHATSU LUXIO.

    RM730: Jenis kete yang dipakai TOYOTA INNOVA.

    RM870 Jenis kete yang dipakai VAN ISUZU ELF SHORT.

    RM1180: Jenis Van yang dipakai VAN ISUZU ELF LONG, TOYOTA HIACE.

    5D 4N

    RM 660 :TOYOTA AVANZA, DAIHATSU XENIA, SUJUKI APV, DAIHATSU LUXIO

    RM900 Jenis kete yang dipakai TOYOTA INNOVA,

    RM1100 Jenis Van yang dipakai VAN ISUZU ELF SHORT.

    RM1500: Jenis Van yang dipakai VAN ISUZU ELF LONG, TOYOTA HIACE.

    "Terima kasih "







    (REIHAN TOUR BANDUNG)

    ReplyDelete




My Instagram