Flexible Plunger Penyelamat Untuk Saluran Paip Sinki Tersumbat


Hai semua..
Lama dulu saya ada share cara untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Ada beberapa cara yang korang boleh gunakan. 
Antaranya boleh tengok kat link bawah ni.

Membaiki Sinki Tersumbat Tahap Kronik

2 tahun lepas (2016) saya di uji dengan saluran paip (main hole) dari sinki yang tersumbat.
Fakta kes: Kejadian dipercayai berlaku 3 hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
 Otak dah jammed masa tu. Dahla time tu tengah prepared makanan untuk berbuka. 
Disebabkan air basuhan dari saluran main hole tu melimpah keluar, 
terpaksalah basuh periuk belanga dalam bilik mandi.

Puaslah letak cuka + bikarbonat soda,
lepas tu setiap 2 jam sekali bila air dalam main hole dah surut sikit, saya letak garam kasar. 
Sampai 5 bungkus dah tuang garam kasar..tak jalan jugak. 
Siap godek-godek pakai batang mop…semua tu tak berkesan. 
Yang berkesan ialah satu badan berbau busuk limbah.

Guna plumbing snake macam gambar kat bawah ni pun tak boleh jugak.

Esoknya Encik Hubby panggil plumber.
Nak cari plumber time 2 hari nak raya, punyalah susah..
semua orang sibuk nak balik kampung beraya.
Apek dekat kedai hardware area rumah saya ni siap dah tutup kedai.

Nasib baiklah dapat contact Pakcik Plumber hasil carian dekat Google.
Beliau sudi datang tolong settlekan masalah tersumbat ni.
Tak sampai 10 minit, siap!
Air dari sinki mengalir dengan lajunya ke dalam saluran paip main hole.
Tapi korang nak tau tak kena charge berapa?

RM300 untuk kerja yang tak sampai 10 minit!
Huwaaa..nangis dalam hati. Lari budget raya!!
Takpelah..rezeki pakcik plumber..sob..sob..sob..redha kan je lah.

Bermula dari saat itu, saya memang nekad tak nak lagi benda yang sama berulang kembali.
 Semenjak kejadian itu, 3 hari sekali saya tuang air panas ke dalam sinki.
Dari 3 hari menjadi seminggu sekali tuang air panas dalam sinki.
Lepas sebulan..2 minggu sekali tuang air panas..bulan yang ketiga, kalau ingat, saya tuang air panas, kalau tak..takde la tuang…tak tun tuang..
tak tun tuang la jawabnya…haha..macam lirik lagu pulak kan..

Nak di pendekkan cerita, hujung bulan September 2017,
sekali lagi kena benda yang sama. Air dari saluran sinki ke main hole melimpah ke lantai.
Adussss..baunya Ya Ampun..tak boleh nak describe. Masuk je dapur kepala jadi pening.
Memang sakit rasanya..seperti tertusuk sembilu.
Sebelum panggil plumber, saya panggil Encik Hubby dulu. Memang kena basshh la dengan Encik Hubby. Kali ni Encik Hubby kata dia tak nak panggil plumber.
Hah! sudah..abislah..takkan nak hadap bau busuk ni tiap-tiap hari?

Encik Hubby suruh bersiap. Eh..nak jalan pergi mana ni?...
mungkin nak pergi makan kat luar kot..
Tak…tidak sama sekali..rupanya Encik Hubby suruh temankan dia pergi kedai hardware.
Cari peralatan plumbing yang Pakcik Plumber tu gunakan tahun lepas.

KItaorang beli Flexible Plunger sama macam yang Pakcik Plumber tu guna.
Harga RM141.00 selepas minta kurang harga dia RM130.00. Beli dekat kedai hardware kat Setiawangsa ke Wangsa Maju, kalau tak silap.. Kedai dia sederet dengan kedai Mamak.


Encik Hubby hantar sampai rumah, lepas tu dia terus ke tempat kerja.
Saya masa tu tak sabar, terus ambil Flexible Plunger pasangkan rod dengan plunger tu dan terus memulakan operasi. Cara dia sama macam kita pam guna pelocok. Tekan pada saluran yang tersumbat tu sambil tarik ke atas. Pam berulang-ulang kali. 5 minit saya mengepam, kedengaran air mengalir laju ke bawah. Saya punya happy lompat bintang kat situ jugak.
Wow..terbangga dengan diri sendiri. Tak sangka saya boleh buat. Terus call Encik Hubby untuk berkongsi kegembiraan. Syukur semua dipermudahkan.
Bayangkan kalau saya panggil plumber lagi, dah tentu RM300 melayang. Jauh bezanya RM300 upah plumber dengan RM130 harga Flexible plunger ni.
Rasa lega ada Flexible Plunger kat rumah, kalau berlaku lagi saluran main hole tersumbat, dah ada penyelamat lepas ni.
Kalau nak tahu lebih lagi pasal Flexible Plunger ni, saya sertakan videonya sekali di sini.
Take note, dalam ni ada scene yang kurang menyenangkan tekak korang.
So..Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment




My Instagram