Kinetic Sand : Main Pasir Dalam Rumah

Kinetic Sand ni salah satu daripada mainan yang unik. 
Hebatkan mainan bebudak zaman sekarang. 
Macam-macam jenis, bentuk dan rupa.


Dulu masa korang budak-budak lagi, cuba bawak pasir main dalam rumah…
serius..mengucap mak abah ko..
silap aribulan kena kejar dengan penyapu keliling rumah.

Sekarang ni berebut mak ayah nak belikan mainan pasir ni untuk anak-anak. 
Ai pun terpengaruh U olls..haha..

Beli ni tahun 2017, sekarang tahun 2018 baru nak cerita kat sini. 
Haha..sila jangan bengang.

Beli kat Lazada, harga 19.90. 
http://ho.lazada.com.my/SHZHOf

Ni brand yang murah…bukan rate Toys R us hokey.
 Tak sanggup mak nak beli pasir rege ratus-ratusan..shawl mak pun baru RM10 hengget.

Meh sini nak story sikit pasal mende ni.

Pada korang yang dah tau tu dok diam-diam. Jangan menyampuk.

Kinetic Sand ni tekstur dia macam lembap-lembap gitu, tapi bukan pasir basah. 
Dia kering dan tak melekat kat tangan.
 Haihh..susah nak translate kat sini. 
Kalau korang pegang Kinetic Sand ni baru korang dapat hadam ape yang saya cuba sampaikan.

Dalam kotak Kinetic Sand ni ada pelbagai warna dan jenis acuan untuk anak-anak main. Ada bentuk nombor, bentuk ikan, bunga, rama-rama dan lain-lain lagi.

 Kat luar kotak tu tulis sesuai untuk anak-anak yang berusia 3 plus 
dan mak yang plus plus pun boleh join sekali. 

Katanya pasir ni non toxic, tapi sila pantau anak-anak masa main Kinetic Sand ni, manalah tau anak-anak geram tengok colourful sangat, ade yang termasuk mulut.
 Lagipun, main sama-sama dengan anak kan lagi meriah!

Apa yang menyebabkan saya suka Kinetic Sand:
1)     Disertakan sekali dengan acuan yang boleh buat macam-macam bentuk.
Boleh perkenalkan anak-anak dengan bentuk yang diaorang buat dengan acuan tu.
Contohnya mama tanya: ni bentuk ape Syifa?
Ni bentuk ikan mama..hihi

2)     Kinetic sand ni macam playdough jugak, 
tapi playdoh kalau dah keras melengkung tu tak boleh guna dah kan. 
Kinetic sand tahan lama, 
make sure korang simpan dalam plastic zip lock 
yang disediakan dan simpan di tempat yang kering.

3)     Sesuai untuk rumah sempit macam apartment.
 Kalau ari-ari nak main pasir kat tepi pantai area Ulu Kelang ni
 memang tak dapek nak nolong nyo..
Tapi sekarang kalau anak gian nak main pasir jer, keluarkan Kinetic Sand ni.

4)     Memberi kesan positif terhadap perkembangan anak-anak.
Meningkatkan kesedaran deria mata,
 kordinasi antara mata dan tangan untuk membuat pelbgai bentuk dan objek.

5)     Merangsang kreativiti anak-anak, 
bagus untuk perkembangan otak anak-anak.

Macam-macam bentuk, macam-macam design Syifa buat. 
Saya pun yang 25 plus plus plus ni pun terjangkit sekali main Kinetic Sand ni.

6)     Senang dibersihkan.
Tapi seeloknya letak tray pasir tu kat tempat rata macam atas meja,
 atas lantai, seandainya bersepah jugak, pasir ni tak 
berterbangan macam debu-debu cinta, 
pasir ni jenis suci dalam debu. 
Sepah atas karpet??.. vacuum kan aje.

Bila pasir ni di tekan (press together), ia melekat antara satu sama lain.
Rasanya la kan..salah satu sebab ia dinamakan
Kinetic sand, bila kita ambil segenggam pasir, 
pastu cuba biarkan.. dia akan bergerak perlahan-lahan kebawah.

Ish..kompleks sangat nak terangkan kat sini.

Korang tengok jela video kat atas tu.

Nota tambahan: Teringat dulu kat sekolah subjek sains..
E K = 1 2 m v 2. EK = Tenaga Kinetik m = jisim v = halaju.




No comments:

Post a Comment




My Instagram